Terima kasih Mr budu...membuat kejutan pada diri ini...kejutan yang berlainan daripada tahun lepas..Hanya Allah yang Tahu .terima kasih kerana sentiasa menjadi suami yang terbaik untukku dan anak-anak.
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 8 September 2020
Luahan hatiku
lama sungguh jari jemari ini tidak menitip bicara di blog ini...sungguh kubiarkan ianya sepi dari bicara lubuk hati kerana kini bicara ini hanya kutitipkan dalam hati..Namun ingatan dan kasih sayang pada blog ini tidak pernah terhakis..
disinilah untuk aku meluahkan segala yang terbuku dihati..meratapi kesedihan berkongsi suka kadang pengalaman yang manis dan pahit untuk kalian yang membacanya mengambil sedikit pengajaran dan iktibar.Jua diri ini ingin membantu dari segi pengacaraan kerana aku pasti ramai dikalangan kita yang sentiasa terlibat dengan dunia emcee ini...tidak lupa perjalanan dan ilmu menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang kadang dipandang sebelah mata oleh orang lain..tapi itu semua mana bisa mematahkan jiwaku pada dunia anak-anak istimewa...
aduhai kenapa aku tidak meneruskan catatan ini.ada sedikit kesyahduan..kepiluan yang bermain di hati...mungkin ujian yang silih berganti yang aku tempuh..hanya aku rasakan diri ini sahaja yang mengerti..
teman...ingin aku titipkan pesanan ...andai ini berguna untuk mu
dalam hidup mu jadikan keikhlasan itu dalam semua yang kamu lakukan.ikhlas melakukan apapun tanpa kau fikirkan untuk terima balasan,In Sha Allah aku pasti kau akan temui satu titik ketenangan yang hanya kamu yang dapat rasa nikmatnya.
Contoh Senarai Semak Aktiviti Kemahiran PPKI
PPKI SMK KAMPONG JAWA
SENARAI SEMAK INDIVIDU AKTIVITI MEMBUAT JAMBANGAN BUNGA
(KEUSAHAWANAN)
Nama
Murid : ……………………………………………………………..
Kelas :………………………………………………………………
BIL |
KEMAHIRAN |
MENGUASAI ( / ) |
TIDAK MENGUASAI ( X ) |
1. |
Boleh mengingati bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat jambangan bunga. |
|
|
2. |
Boleh menghasilkan satu jambangan yang kemas dan
menarik |
|
|
3. |
Memahami arahan dan boleh membuat jambangan bunga mengikut
citarasa sendiri |
|
|
4. |
Boleh membuat satu jambangan bunga menggunakan
aksesori yang lain seperti coklat,buah dan lain-lain. |
|
|
5. |
Tahu membuat ikatan reben. |
|
|
6. |
Tandakan ( / ) di ruangan yang disediakan perasaan
kamu tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, |
Seronok |
Tidak seronok |
|
|
Isnin, 7 September 2020
Rancangan Pengajaran Keusahawanan PPKI
Rancangan Pengajaran Harian |
F
Subject: Mata Pelajaran: KEUSAHAWANAN |
Tema: TRANSISI KERJAYA Tajuk: AKTIVITI MEMBUAT
JAMBANGAN BUNGA |
Kelas: KKBP Arif |
Tarikh: 8/9/2020 Hari: Selasa Masa: 08.30 pagi – 11.30 Pagi |
|||||||||||
Kod Standard
Pembelajaran: 2.1, 2.1.1 |
Nilai Murni: -Homat-menghormati -Sabar -Berkeyakinan,kasih
sayang |
Pautan Merentas
Kurikulum: - Kemahiran Hidup - Matematik |
||||||||||||
Student Aspirations/ Aspirasi
Murid |
||||||||||||||
Knowledge Pengetahuan |
/ |
Thinking Skills Kemahiran berfikir |
/ |
Leadership Skills Kemahiran memimpin |
/ |
Bilingual Proficiency Kemahiran dwibahasa |
|
Ethics & Spirituality Etika dan kerohanian |
/ |
National Identity Identiti nasional |
/ |
|||
Objektif Pembelajaran: Pada akhir PdPc, murid
dapat 1. membuat satu jambangan
bunga dengan citarasa sendiri menggunakan pelbagai aksesori. |
Kriteria Kejayaan: 1.Murid dapat
menyebut sekurang-kurangnya 5 bahan-bahan untuk membuat jambangan bunga. 2.Murid dapat
menghasilkan satu jambangan bunga
dengan cantik dan kemas. 4. Murid dapat
mempamerkan hasil kerja masing-masing. |
|
SoKey Concepts/ Key Vocabulary: Konsep / Perbendahaaan
Kata Utama: jambangan(tempat menaruh bunga), ,kertas
pembalut(sesuatu kertas,kain dsb yang digunakan untuk membungkus),facebook(mukabuku),blog(catatan
sesawang iaitu memberikan ulasan ,berita atau cerita ) ,media sosial(sejenis
media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan
mudahuntuk menyertai,berkongsi dan bercerita, |
Resources: Sumber: video youtube, smartphone,laptop,Peralatan membuat jambangan bunga(
kertas pembalut,bunga.coklat.gunting,reben,tali,pisau,gam panas,dll). |
|
Lesson Outline/ Rangka Pengajaran |
Impact/ Reflection Impak/ Refleksi |
|||
Starter/ Set Induksi •
aktiviti untuk menarik minat
murid (Set Induksi) •
memaklumkan kepada murid
tentang objektif pembelajaran •
ingatan terhadap
pembelajaran terdahulu (5 minit) |
STARTER : Idea Rush/Pop Corn 1.Guru mengucapkan
salam dan bertanya khabar murid. 2.Guru
bertanyakan murid hadiah apa yang selalu mereka terima daripada orang lain
pada hari jadi mereka. 3. Guru
menunjukkan contoh jambangan bunga yang telah dihasilkan dengan mengaitkan
pengalaman semasa murid.kerjaya dan masa depan. 4.guru mengaitkan
media sosial yang menjadi sumber utama untuk membuat pendapatan melalui
jualan online. 5. Murid diberitahu
tentang objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang harus dicapai oleh
murid. 6.Guru bertanya kepada
murid sama ada faham atau tidak (show your view) |
I see,I think ,I
Wonder(Saya Lihat,saya fikir& saya bertanya) a)senaraikan/apa yang
mereka lihat(see) b)fikirkan apa yang
mereka lihat dan kaitkan dengan hidup seharian dan lain-lain (think) c)bertanya soalan -soalan
yang berkaitan.(wonder) - murid menjawab
pertanyaan guru - guru menggunakan bahan
maujud untuk mengaitkan dengan pdpc hari ini |
||
Main Activities/ Aktiviti Utama •
kandungan pembelajaran •
contoh dan tunjuk cara •
peluang membuat latihan •
bimbingan dan maklum
balas berterusan •
bagi pelbagai gaya
pembelajaran •
cabaran bersesuaian untuk
semua murid •
peluang untuk belajar
secara kolaboratif •
bimbingan dan maklum
balas berterusan (Pentaksiran untuk Pembelajaran-AfL (45minit) |
1. Guru
menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. 2.Guru menerangkan dengan jelas cara
membuat jambangan bunga.(tayangan video youtube.) 3. Guru meminta
murid untuk menyebut bahan-bahan untuk mebuat jambangan bunga. 4.Guru membuat sedikit demo cara-cara untuk membuat jambangan bunga. |
- Strategi Penyoalan - Peer Assessment (Penilaian Rakan Sebaya) - Aktiviti Touch N Go Contoh soalan: Strategi Penyoalan 1.
Senaraikan 4 media sosial yang boleh digunakan untuk membuat jualan . 2.Berikan 5 bahan utama
yang perlu ada untuk menyiapkan satu jambangan bunga . |
||
5.Murid menjalankan aktiviti membuat:(VAK
:KINESTETIK:) 6.Guru
menggunakan strategi perbezaan antara murid Iaitu
menyesuaikan mengikut keupayaan murid -Murid yang
menguasai diberikan kebebasan sendiri untuk menghasilkan jambangan bunga
tanpa bantuan atau menggunakan sumber lain. -Murid yang
lemah guru memberikan mereka melihat contoh jambangan bunga yang telah sedia
ada dan juga memberikan mereka smartphone atau laptop untuk panduan mereka 7.Murid mula menghasilkan jambangan bunga. 8. Murid yang
lemah diberi bimbingan untuk membuat jambangan bunga. 9.Semasa murid
menjalankan aktiviti, guru menggunakan strategi penyoalan untuk mengetahui
apa yang murid tahu, apa yang murid faham, dan apa yang murid boleh buat. C/L:
Pembentangan Hasil Sendiri 10.Setiap murid
diminta membentangkan hasil mereka.Murid yang lain membuat penilaian pada
hasil kerja kawan mereka (Lihat-Fikir-Komen) (VAK AUDITORI
-MENDENGAR ARAHAN) 11. Kuiz- Murid
menjalankan aktiviti secara individu mengikut arahan guru. (VAK AUDITORI
-MENDENGAR ARAHAN) |
||||
Plenary/ Penutup Refleksi: kajian dan penilaian
pembelajaran (10 minit) |
Assessment For Learning : 1. Murid
menggunakan kriteria kejayaan untuk menyemak apa yang telah mereka capai dan perkara yang perlu
diperbaiki. 2. Penilaian murid
kepada guru berkaitan pdpc. 3. Murid memberi maklum
balas tentang pdpc guru pada hari ini. 4.Murid
memberitahu murid lain tentang apa yang telah mereka capai dan cadangkan
untuk penambahbaikan. 5.Guru
memberikan pujian dan hadiah sebagai token kepada murid yang memberikan 6.Guru memberi ulasan terhadap
kemampuan dan kreativiti murid. 7.Maklum balas
guru memberitahu murid tentang apa yang telah mereka capai dan di mana mereka
perlu perbaiki. |
- Pentaksiran Kendiri - Borang Maklum Balas/Senarai
semak Murid dikehendaki menanda
item-item dalam senarai semak untuk menunjukkan kefahaman murid dalam topik
yang telah mereka pelajari. - Maklum Balas Rakan
Sebaya - Maklum Balas Guru |
||
Pentaksiran Pembelajaran Abad ke 21 |
-Lembaran kerja |
|
-Aras Pemikiran |
|
-Berpusatkan Murid |
|
-Mencipta |
|
|
-Komunikasi/Pembentangan |
|
-Menilai |
|
|
-Kreatif |
|
-Menganalisa |
|
|
- Pemikiran Aras
Tinggi |
|
-Mengaplikasi |
|
|
Students to follow-up Tindakan susulan murid |
Remedial / Pemulihan |
Reinforcement Pengukuhan |
Enrichment Pengayaan |