Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 30 Disember 2020

Motivasi Diri

﷽ 
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi RABU 30 Disember 2020/15 Jamadil Awal 1442H 😊.."Kita tidak akan terlihat baik hanya dengan merendahkan orang lain. Jadilah peribadi yang selalu melihat kebaikan orang lain.

Selasa, 29 Disember 2020

Motivasi Diri

﷽ 
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi SELASA 29 Disember 2020/14 Jamadil Awal 1442H yang *BAIK* 😊.."Semakin banyak kita Bersangka Baik maka jiwa kita akan tenang, lebih ikhlas dlm bergaul, lebih banyak kebaikan, lebih byk kasih sayang dan lebih banyak perhatian..

Jumaat, 18 Disember 2020

Resepi Bihun Sup Utara

 Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

Bahan bahan
1 peket bihun
1 sudu kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..
Bahan2 Sup Tulang
1kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..
***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak buat pon tak apa..
Bahan2 cabai merah
Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.
Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Selamat mencuba😊😊
Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning😁
Kredit Resepi : zaini talib

Khamis, 17 Disember 2020

Kemahiran Manipulatif (Aktiviti Membuat Kuntuman Bunga) -Hasil Kerja Arif Murid PPKI

Sebagai seorang guru tiada apa yang membahagiakan jika murid-murid dapat membuat apa yang cikgu berikan,Alhamdulillah saya melihat perubahan pada murid ini Arif semakin hari semakin semangat belajar ,Cikgu bangga dengan kamu.Semoga Arif sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleh

Titip doa untukmu..

Doaku kepada kalian yang diuji kesakitan tika dan saat ini..Ya Allah, hilangkan penyakitnya.Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh.Tiada yang dapat menyembuh kan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyusahkan rasa nyeri ..Aamiin 

Hasil kerja Arif -Murid PPKI Origami Bunga


 

Bantuan Misi Barangan Dapur Oleh Unit HEM SMK Kampong Jawa

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun barang dan tenaga.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian

Hasil Kerja Murid ku.

Hasil kerja murid PPKI  saya Insyirah.Seorang murid yang sangat pendiam di dalam tapi sejak saya mengajar pdpc secara online dia adalah salah seorang murid yang sentiasa hadir dan membuat kerja yang saya berikan.

Sambutan Hari Lahir

Sambutan yang sederhana tapi meriah untuk staf pembantu makmal dan PPM dan Guru Kanan Matapelajaran Pn Husniah.

Motivasi Diri

﷽ 
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi KHAMIS 17 Disember 2020/2 Jamadil Awal 1442H yang *INDAH* 😊.."Hati yang bersih lebih manis dari wajah yang tampan dan hati yang lembut lebih indah dari pakaian yang menawan.."..🕌🕋 

Isnin, 23 November 2020

TEKS PENGACARA MAJLIS TAKLIMAT PRESTASI BERSAMA PENGETUA SMK KAMPONG JAWA

 

TEKS PENGACARA MAJLIS TAKLIMAT PRESTASI BERSAMA PENGETUA

SMK KAMPONG JAWA

Tempat :Bilik Mesyurat SMK Kampong Jawa

Masa    :9.00- 10.00 Pagi

Hari      : Isnin



KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Dalam bercakap bersopan santun

Dalam susah tuntun menuntun

Dalam senang santun menyantun 

Mulia anak sempurna akhlak

Mulia tua sempuna agama

Mulia bahasa berbudi bahasa

Mulia majlis tertib atur cara.


Daun selasih daun bidara

Di cari orang di mana jua

Ucapan aluan pembuka bicara

Bilik mesyuarat  kita bersua.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.

Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir bin Muhammad,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha En Amir Saifuddin Abd Majid,Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran serta rakan-rakan guru yang diraikan.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita  memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Maha Mengetahui kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita berkumpul  pada hari ini   dalam Majlis Taklimat Prestasi Bersama Pengetua.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh bermanfaat  dan membawa makna.

BACAAN DOA

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Pastinya mengharapkan  majlis kita pada hari ini mendapat redha dariNya, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput ______________ ___________________    

untuk  memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Pergi mengail  ikan haruan

Turut di bawa jala dan pukat

Terima kasih kepada tuan dan puan

Doa di pohon semoga berkat.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ___________________________________ atas bacaan doa itu tadi

UCAPAN PENGETUA

Hadirin Sekalian,

Seterusnya dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa   untuk menyampaikan ucapan dan  taklimat prestasi .

Di persilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa atas ucapan dan taklimat sebentar tadi.


PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH

 Hadirin sekalian,

 Pukat dibeli di kedai Pak Dukun

Tidak tersedar koyak rupanya

Berkat usaha disulam tekun

Sumur digali terbitlah airnya.

Majlis seterusnya berbesar hati menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa ,bagi mengiringi  Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa   bagi menyampaikan sijil Kenaikan Pangkat.Majlis mempersilakan.

Seramai 14 orang guru telah terpilih untuk menerima Anugerah kenaikan Pangkat .Untuk itu di jemput:

1.En Ahmad Zawal bin Ab Razak

2.Pn Alina binti Mohamed

3.Pn Aswari A/P Singaram

4.Pn Hasfariza binti Hamzah

5.Pn Khathija Beeve binti Hamzah

6.En Amirulaizad bin Othman

7.Pn Noraini bt Saritak

8.Pn Norzalina Peries Ali

9.Pn Romizah binti Zakaria

10.Pn Shuhaidah Binti sharif

11.Pn Siti Aishah binti  Omar Othman

12.Pn Suriani Binti Mahabu

13.Pn Thilaga Valli A/P Tharumalingam

14.Pn Wan Mahira binti wan Omar @Wan Muda.

 

Terima kasih diucapakan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat dan yang Berusaha Pn Hajah Noshidah binti Saat kerana penyampaian sijil sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah kenaikan pangkat 2020.Semoga dengan kenaikan ini akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua guru SMK Kampong Jawa yang lain untuk terus berkhidmat dengan cemerlang di masa akan datang

 SESI BERGAMBAR

Dipohon Yang Berusaha Tuan Pengetua serta barisan pentadbir dan penerima -penerima anugerah untuk sesi fotografi.Majlis mempersilakan.

PENUTUP

Kini selesai sudah Majlis Taklimat Prestasi Bersama Pengetua.  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada  para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Sayang selasih bunganya wangi

Ia cantik tapi berduri

Terima kasih sekalung budi

Moga berjumpa di lain hari

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah

Ahad, 22 November 2020

k manipulatif -Pengamatan







Masa                       :9.00-10.00 pagi
Mata Pelajaran       :Kemahiran Manipulatif
Tarikh                     : 25 Nov 2020
Kelas                      : KKBP Gigih
              


Tonton video di atas👆
















Jawab kuiz online di bawah👇

https://wordwall.net/ms/resource/7287856