Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 2 Februari 2019

Sambutan Ambang Tahun Baru Cina Sesi Pagi Dan Sesi Petang SMK Kampong Jawa

Sambutan ambang Tahun Baru Cina. Ringkas namun tetapi meriah. Bersama-sama meraikan tanpa mengira bangsa dan agama kerana hormat menghormati amalan kami. 'Kami anak Malaysia' 'Kami warga SMK Kampong Jawa.  Badan Amal Guru  dan staf(BAGUS) bersama jawatankuasa sekolah Penyayang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan perlaksanaan majlis ini.Majlis ini adalah idea tuan pengetua Tuan Haji Kamaludin bin Taib.

Imej mungkin mengandungi: orang berdiri
Pentas ini aku buatkan bersama dengan Cikgu Loo dan PPM Firdaus.Betapa peritnya untuk aku mencari kedai yang menjual hiasan sempena tahun baru nie..Rasa dah semacam putus asa...bukan satu dua kedai aku jelajah.pergi Sentosa..pergi kedai-kedai 2 ringgit.Kembali semula ke Seksyen 18,19 hingga 6.30 petang tergerak hati untuk ke AEON Big Seksyen 23. Alhamdulillah di situ aku jumpa semua hiasan tu.Nak beli pun lucu.aku pergi tanya amoi yang jual aksesorie hp.Tanya apa maksud kad raya tu.Mana yang tulis Selamat Tahun Baru.Bukan aku tak reti membaca..reti.cuma aku belum pandai dalam bahasa Cina..kih2..apapun aku puas walaupun hasilnya macam tu je.cukuplah buat rakan cikgu berbangsa Cina gembira dengan apa yang kami sediakan.
Begitu juga dua bakul buah limau tu..aku sediakan ..ada sedikit peristiwa yang berlaku..mencari buah imau yang sedap banyak menguji aku.Beli kotak yang pertama separuh daripadanya telah pun busuk.Terpaksa mencari yang baru.Semuanya aku beli di AEON Big Seksyen 23..Alhamdulillah sangat lega.Pukul 7 malam baru aku dapat jejak kaki ke rumah  setelah pukul 6.30 pagi meninggalkannya.Sakit habis kaki dan betisku lantaran berkasut tumit tinggi hihi..
Dan selepas maghrib aku terlena sampai pukul 2.00 pagi
Lumrah seorang guru...

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri dan orang duduk
Barisan pentadbir SMK Kampong Jawa yang sporting
Imej mungkin mengandungi: 17 orang, kanak-kanak, orang ramai dan luaran
Sebahagian guru-guru sesi pagi
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramai

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, orang ramai dan luaran
Ucapan pengetua

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Ucapan Penyelia Petang En Amir
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri, orang duduk dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri
Pembahagian buah limau oleh guru-guru berbangsa Cina kepada Tuan Pengetua

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Pembahagian buah limau guru berbangsa Cina sesi petang kepada Penyelia Petang
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Soalan Kuiz berkaitan Tahun Baru Cina
 Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Soalan Kuiz sesi petang
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Nyanyian Lagu Hari Tahun Baru Cina

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiriImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri
Pemberian Buah Limau oleh Tuan Pengetua
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan orang duduk
Pemberian buah limau daripada kaunselor sesi petang
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan kanak-kanak
Wakil Bagus sesi petang Cikgu Luar Polly
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang berdiri
Guru Berbangsa Cina sesi pagi
Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, kanak-kanak dan luaran
Pemberian Limau kepada guru
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang berdiri
Guru-guru sesi pagi yang spoting mengikut tema merah pada majlis ini
Kalian memang Besttttttt
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, orang berdiri
Guru Sesi petang yang sporting
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri
Guru berbangsa Cina sesi petang
Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang duduk, orang ramai dan kanak-kanak
Murid sesi petang
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang duduk dan meja

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang di atas pentas dan orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri

Sebuah Cerpen Pendekku (Kasihku Terpaut Padamu)



(Malam ini aku cuba menulis untuk melihat sejauhmana aku mampu menjadi seorang penulis novel.Jujur aku suka membaca novel dan aku juga suka menulis ,Justeru itu.....ani adalah latihan untukku .dan....jemari ini pun mula bergerak membuat ayat satu persatu...) 


Malam itu terdetik dihatiku untuk menghantar mesej ke dalam inbox  seseorang kerana aku pasti dan yakin dia adik  insan yang aku minat sebelum ini .
Aku cuba memberanikan diri dengan Mengucapkan salam padanya.pesanan ringkas ku berbalas jua. Hati berbunga riang bila dia lantas membalas mesejku dengan menjawab kembali salam tu.aku mula menekan kunci keypad supaya aku dapat menjayakan misiku. Dalam fikiran pasti aku dapat mencungkil rahsia kakak dia..
Paling kurang dapat nombor handphone kakak dia itu satu kejayaan buatku andai dia tidak keberatan memberikan padaku
Walau dalam hati timbul rasa segan
Bagiku adik dia ni taklah sombong orangnya. Dari bahasa dan ayat - ayat yang ditulis menunjukkan  dia juga senang membalas mesej denganku.  Kiranya peramah juga orangnya.
apatah lagi setiap ayat yang berakhir pasti ada perkataan kih- kih atau ha.ha tanda gelak darinya. Senang citer
Jenis happy juga orangnya,peramah dan mudah mesra.
Sikapnya menjadikan aku samakin berani
Dan dia juga bercerita panjang tentang kakaknya
Lama juga kami berbalas mesej walaupun hanya menggunakan inbox messenger
Hingga satu ketika dia minta gambarku sebagai bukti aku jujur dan bukan berpura-pura. Dia luahkan rasa bimbang kerana aku salah seorang stalker nya. Aku yakinkan dirinya dan aku janji padanya yang esok  hari aku akan kirimkan gambarku apabila handphone kepunyaan ku yang rosak itu
diambil di kedai. Aku meminta dia berikan nombor handphonenya supaya dapat aku hubunginya esok hari. Dan nombor handphone tertera di laman skrin... Wajah berbunga riang kerana aku pasti aku dapat hubunginya esok hari. Tertiba perasaan terdetik.. Kenapa setelah aku melihat wajahnya di wall facebooknya dan setelah aku bersembang dengannya aku merasakan seperti ada satu perasaan yang menarik aku untuk mengenalinya. Walau hakikat niat awalku hanya untuk mengetahui nombor handphone kakaknya. Aku seolah terlupa niat sebenar aku dan perasaan untuk mendekatinya mula bermain dibenakku. Cuma aku bimbang sudikah dia menerimaku dengan aku rasakan wajahku bukanlah hensem tapi bolehlah untuk disamakan dengan Remy Ishak..tinggi aku dan berbeza sedikit kalau dibandingkan dengan warna kulit sebab kulit aku lebih cerah dibandingkan dengan Remy Hahaha...tak salah kan kalau sesekali aku berperasan sekejap..Apa yang aku rasakan aku dan dirinya banyak kebetulan dan kesamaan.. Seolah ada aura yang menerik antara kami... Alah jangan pulak kau fikirkan yang teori sains tu positif pasti menarik yang negatif... Ini memang benar - benar.. Pendek citer true story....apa yang dia citer.. Kisah hidup, Sikap ,minat, lagu ,hampir kurang sama.. Itu yang membuatkan perasaan jantanku dah terganggu... Aku mula minat dengan dia... Tujuan pertama telah menjadi nombor dua.. Tapi terdetik juga kalau dia menolak niatku.. Sebab dia dah tahu niat sebenar aku menghubungi nya iaitu untuk mengorat kakak dia. Aku tidak melepaskan peluang stalker ruangan facebooknya.. Menatapi gambar-gambar dirinya dan juga kebetulan dapat juga kumembaca ayat-ayat yang dipostkan difacebooknya yang dicirikan dalam status umum.. Sedikit sebanyak aku seolah mengenali sisi insan ini.. Sedikit demi sedikit perasaan ini seakan dicuri dan seakan sudah terpaut pada sesuatu.. Apa ni... Niat aku tadi dah berubah haluan.. Misi yang sebenarnya baru bermula.
keesokkannya
aku telefonnya lagi.. Dan dia lantas tanyakan ku gambarku
Dengan pantas aku hantarkan gambar itu pada wassupnya
Sebab niatku memang ikhlas
Aku tidak pasti apa dimindanya bila melihat raut wajahku  Bagiku itulah aku
Cuma aku pun terdetik rasa hati kenapa aku nak mesej dan call dia sedangkan dia telahpun memberikan nombor handphone kakaknya padaku. Terdetik juga dibernakku kenapa dipertemukan dengan dia. Kenapa tiba-tiba aku mula merasa rindu.
Hati ni dah terpaut pada dia ke terpaut sayang ke kat dia atau  kakak dia
Timbul persoalan difikiranku ketika itu . Hari itu beberapa kali aku menelefonnya hingga pada ketika waktu tengahari dia memberitahu untuk menaiki komuter berjalan-jalan.sempatlah sebagai lelaki yang sejati aku berpesan pada dia antaranya "jaga diri. " jaga beg tangan tu"  " "jangan nakal-nakal" .Dia mengiyakan sahaja segala pesananku.. Tidak tahulah dia perasan ke tidak dengan pesananku itu sebenarnya aku cukup risau dia keluar takut nanti terlayan orang lain pulakkan.. Aku ni sebenarnya seorang yang kuat cemburu. Bila dia ada tercerita dengan orang lain pasti mukaku terus kelat. Tapi nasiblah dia tak nampak cuma dia akan perasan bila mesej yang aku reply sengaja aku tulis "mmm".dia akan tahu aku cemburu... Sebab sayang lah aku cemburu.
Hari berganti.. Aku akan pastikan aku bertanya khabar tentangnya... Dan kemesraan diantara kami semakin berputik... Putik yang telah mula kuntumnya.. Hinggalah satu malam apabila aku membicarakan tentang perihal kakaknya,  aku mula perasan seolah ayat yang tadinya berbunga mesra seakan hilang seri.. Rupanya dia cemburu bila berbicara tentang kakaknya.. Sebenarnya tentang kakaknya itu adalah salah satu topik yang sengaja aku lontarkan untuk menguji perasaan dia padaku... Cuba menduga  isi hatinya padaku. Walaupun pada mulanya dia memberikan jawapan standard  untuk melayan aku tapi sedikit demi sedikit ayat-ayatnya menampakkan dia mula merajuk dan mula untuk menjauhkan diri dariku... Ayat-ayat nya mulai serius kemesraan tiba-tiba menjadi mati. Teringat lagi kata-katanya yang aku jadikan dia batu loncatan.. Kalaulah dia tahu hakikat mulanya sememangnya kuakui tapi bila cerita itu bermula niat itu telahpun aku ubah setelah hatiku terpandang raut wajahnya.. Senyumnya.. Gelak tawa serta suaranya betul-betul buat aku jatuh cinta..

 Betullah kata orang terlajak perahu boleh kita undur sekalipun pelbagai cara kita gunakan. Namun terlajak kata tidak akan mungkin dapat kita ubah sekalipun berjuta maaf kita lafazkan.. Itulah yang berlaku pada situasi aku.. Aku mula gelisah. Menagih kepercayaannya yang aku tidak mahu peduli lagi tentang kakaknya. Yang aku tahu aku ingin dirinya. Buntu seketika mencari kata-kata yang sesuai untuk mengungkapkan kata yang dapat meyakinkan hatinya. Payahnya untuk meyakin kan perasaan sayangnya pada dia tidak berbelah bahagi.kakak dia itu adalah satu sejarah yang sebenarnya untuk menemukan aku dan dia.. Hakikatnya dia dan dia yang ingin aku miliki kini.. Cuma menyakinkan dia itulah bagiku satu kesukaran.. .kau mampu ke menyakin kan orang yang kau inginkan bantuan untuk dapatkan seseorang  tiba-tiba berubah yang kau katakan kau suka dia.. Sebenarnya rasa teragak-agak juga untukku luahkan rasa hatiku.. Bimbang hajatku ditolak dan aku akan malu sendiri. Jelas sekali pada awalnya ceritaku tidak berhasil untuk meraih simpati nya untuk mempercayai luahan hatiku.. Tapi aku seorang lelaki yang berjiwa kental.. Tak mudah mengalah tapi bagiku perjuangan ku baru bermula.. Malulah tewas sebelum berjuang kan. Perlu aku nyatakan aku seorang yang berjiwa kental. Mungkin pengalaman ku hidup seorang diri belajar di ibu kota mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan. Jiwa harus mempunyai semangat dan impian yang tinggi. Anak felda mana mungkin mudah mengalah.. Kerana sentiasa mengangkat buah kelapa sawit ketika membantu ayah dulu antara faktor aku kuat.. Tapi taklah kuat macam badangku.. Aku ni kurus je tau hingga kini masih maintain  orang kata.

Aku bukan seorang lelaki yang romantik  yang tahu perasaan  seorang wanita. Tiada banyak pengalaman padaku untuk mengenali sisi hidup seseorang wanita kerana aku seorang yang cukup pemalu. Namun aku cuba keluar dari kotak kemaluan itu.. Hahaha... Namun dalam kesempatan berbicara bisu dengannya pada malam itu,
aku berterus terang padanya aku mencintainya lebih dari segalanya.. Dan malam itu juga. Dia turut meluahkan perasaan sebenarnya terhadap aku.. Antara kami  saling melengkapi menya yangi.aku tersenyum sendiri... Siapa tak akan tersenyum kalau misinya berjaya.. Aku minta padanya panggilkan aku dengan panggilan ABANG  dan aku mahu dia membiasakan dirinya SAYANG. Bagiku panggilan itu akan sentiasa memupuk rasa kasih dan sayang antara kami, walaupun aku dan dia berpisah jarak waktu. Dia di pantai barat dan aku di pantai timur.. Aku juga sempat menitipkan pesanan supaya hubungan yang terjalin ini sentiasa mekar dan terus mekar. Aku mohon agar dia sentiasa berfikiran positif. Saling memahami antara satu sama lain. Aku cuba memahami kerja nya dan aku juga mahu dia faham dengan tugasku yang sering kali dihambat waktu.. Dia bersetuju dengan cadanganku.

Dua minggu berlalu hubungan aku dan dia seakan bertambah mesra. Jujur kukatakan walaupun hubungan kami baru bermula tapi aku merasakan seolah - olah telah lama kami menjalinkan hubungan..mesra Terlalu rapat hingga rasa aku tidak mahu lagi  mencari cinta lain selain dirinya. Aku sering kali memanggil dirinya isteriku.. Kerana aku mahu suatu hari nanti impian ku dan impian kami untuk menjadi suami isteri tercapai..

Hari silih berganti kemesraan semakin hari semakin berputik.aku rasakan akulah insan yang bertuah jika dirinya dapat kujadikan permaisuriku..Dia cukup penyanyang orangnya..setiap bait bicaranya pasti dengan titipan positif yang boleh membuatkan dirimu terpengaruh dengan sikap positifnya itu.Aku akui sentiasa aku cemburu padanya,aku cemburu kerana aku tidak menatapi wajahnya setiap masa.Aku takut kehilangan insan yang cukup sempurna ini..Aku bimbang ada insan lain yang cuba merampas aku darinya...Hanya doa dari kejauhan yang mampu aku lakukan moga kasihnya terus mekar dan abadi buatku...Di lubuk hati yang paling dalam ingin kunyatakan ,kasihku terpaut padamu...