Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 22 Januari 2019

Keusahawanan PPKI (latihan Menulis Buku Lejar)


LEJAR


Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.

Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga 
Lajur butir – mencatat nama akaun
Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)
Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga

LATIHAN 1 (Kumpulan Cekal)

1-Modal sebanyak RM 500.00 diterima pada 8 Ogos 2018


2-Membeli aiskrim untuk projek jualan RM 250.00 14 Ogos 2018


3-Jualan barang niaga RM 200.00 pada 15 Ogos 2018


4-Membeli bahan-bahan ABC RM 60.00 20 Ogos 2018


5-Membeli Ais batu RM4.00 25 Ogos 2018

6-Membayar sewa tapak RM 10.00 kepada  Koperasi Sekolah pada 30 Ogos 2018


Pernyataan di atas menunjukkan urusniaga pada bulan Ogos.
1-Buatkan akuan tunai 
2-Carikan untung atau rugi .


Rekodkan urus niaga tersebut dalam akaun tunai.


Simpan kira

Simpan kira  merupakan peringkat awal dalam proses perakaunan

Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat

Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunan.

Kerja simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutin


Akaun  Tunai

Digunakan untuk merekod semua urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran tunai oleh peniaga

Bahagian debit akaun tunai merekodkan semua penerimaan wang tunai.

Bahagian kredit merekodkan pembayaran wang tunai oleh perniagaan.





LATIHAN 2

1 Mei  2018 - baki tunai di tangan RM 1000.00

    
6 Mei  2018 -Membeli barang secara tunai RM 220


13 Mei 2018 - Jualan sebanyak RM 300.00 diterima


14 Mei 2018- Membeli gas RM 30.00  untuk aktiviti jualan.


16 Mei 2018 - Membayar upah RM 20.00


16 Mei 2018 -Membeli barang Aiskrim 180.00


17 Mei 2018 -Jualan sebanyak RM250.00
  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!