TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN
TARIKH : 30 OKTOBER 2108
HARI : SELASA
MASA : 11 .00 PAGI
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI
YANG BERUSAHA PN NORMALA MISMAN PENOLONG KANAN PPKI SMK KAMPONG JAWA..
YANG DIKASIHI ,PN FARIDAH ABDUL RAHMAN ,RAKAN YANG DIRAIKAN..
.
YANG DIHORMATI
BARISAN KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,
BARISAN KEPIMPINAN PIBG
KETUA-KETUA BIDANG,
RAKAN-RAKAN GURU ,
KAKITANGAN SMK SMK KAMPONG JAWA.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN
DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN…
HARUM SEMERBAK SI BUNGA MELUR
JADI HIASAN TAMAN LARANGAN
SEJAMBAK PANTUN MESRA DIHULUR
SETULUS INGATAN MENGIMBAU KENANGAN.
TERIMA KASIH PADA PENGERUSI MAJLIS, ALHAMDULILLAH KITA BARU SAHAJA SELESAI MERAIKAN MAJLIS ANUGERAH DAN KERAIAN PPKI SMK KAMPONG JAWA.DAN KINI MAJLIS GEMBIRA TADI MENJADI SEDIKIT HIBA KERANA WARGA PPKI SMK KAMPONG JAWA BAKAL KEHILANGAN SERANG INSAN YANG BANYAK MENABUR BUDI DAN JASA PADA PPKI SMK KAMPONG JAWA.DI KESEMPATAN MAJLIS INI,TIDAK LUPA UNTUK KITA MERAIKAN MAJLIS PERSARAAN BAGI INSAN YANG DIRAIKAN IAITU PUAN HAJAH FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN.
SAAT PERTEMUAN BERAWAL DENGAN KEBAIKAN ,MAKA AKHIRILAH SEBUAH PERTEMUAN DENGAN PERPISAHAN YANG MEMILIKI KENANGAN INDAH.
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN KURNIA-NYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI DEWAN JUARA PADA PAGI YANG PENUH HENING DAN DAMAI UNTUK SAMA-SAMA MERAIKAN JUA MENCIPTAKAN KENANGAN SEMPENA MAJLIS __________________________ PERSARAAN UNTUK YANG DIRAIKAN YANG DIKASIHI PUAN FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN GURU PPKI SMK KAMPONG JAWA.
BUAT PENGETAHUAN SEMUA ,TARIKH SEBENAR PERSARAAN YANG DIRAIKAN ADALAH PADA _____________________NANTI. DAN KEBETULAN PADA TARIKH ITU JUGA DALAM CUTI PERSEKOLAHAN,JUSTERU MAJLIS PERSARAAN INI DI AWALKAN DARI TARIKH YANG SEPATUTNYA.DIHARAPKAN SENTUHAN MAJLIS PADA HARI INI
DAPAT DIJADIKAN TANDA KENANG-KENANGAN DI DALAM LIPATAN SEJARAH.
DARI PELABUHAN BAWA DELIMA
MASAK SEBIJI DI BALIK DAUN
JASAMU PUAN KAMI TERIMA
JADI KENANGAN BERTAHUN=TAHUN
TAYANGAN MULTIMEDIA
BACAAN BIODATA/PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
RAUT WAJAH PENUH KETENANGAN
TIDAK TERKALAM KASIH DIJUNJUNG
JASAMU TETAP DIKENANG
BUDIMU TETAP DISANJUNG.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
BAK KATA PERPATAH ,TAK KENAL MAKA TAK CINTA.TIDAK LENGKAP RASANYA MAJLIS ,TANPA MENGENAL EMPUNYA DIRI INSAN YANG DIRAIKAN PADA PAGI YANG DAMAI INI
DISINI SAYA MEMBACAKAN SEDIKIT BIODATA YANG DI RAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN.
DILAHIRKAN PADA 22 SEPTEMBER 1964 DI TAIPING,PERAK .MERUPAKAN ANAK KEEMPAT DARIPADA 4 ORANG ADIK BERADIK.TELAH BERUMAHTANGGA DAN MEMPUNYAI 4 ORANG CAHAYA MATA. SEMUANYA PEREMPUAN.MERUPAKAN SEORANG IBU DAN ISTERI YANG BERJAYA KERANA ANAK SULUNG DAN ANAK KEDUA TELAH PUN MENJADI PEGUAM DAN ANAK KETIGA PULA BARU SAHAJA MENAMATKAN PENGAJIAN DALAM PERUBATAN DAN BAKAL MENJADI SEORANG DOKTOR TIDAK LAMA LAGI.
YANG DIRAIKAN MERUPAKAN LULUSAN SARJANA MUDA PERAKAUNAN(UUM) PERNAH JUGA MENGAMBIL DIPLOMA PERAKAUNAN DI UITM DAN DIPLOMA PENDIDIKAN DI MAKTAB TEKNIK CHERAS.
MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK PADA 1.JAN 1992 DI SEK MENENGAN KEMUNING TAIPING.PERAK.PADA 26 MEI 1994 TELAH BERTUKAR PULA KE SEKOLAH SEKSYEN 19 ,SHAH ALAM .SELEPAS ITU KE SMK PENGKALAN AUR ,CHANGKAT JERING PERAK PADA 16 FEB 2003.
SETERUSNYA TAKDIR ALLAH PERPINDAHAN DEMI TUGAS SEKOLAH KE-4 KE SMK ALANG ISKANDAR ,BAGAN SERAI PERAK.SELEPAS ITU BERPINDAH PULA KE SMK _________________________ SUNGAI BAKAP,SEBERANG PERAI SELATAN PADA 1 JUN 2010.
DAN PADA 1 JAN 2014 BERMULANYA KHIDMAT BELIAU DI SMK KAMPONG JAWA SEHINGGA KINI.
ENAM BUAH SEKOLAH SELAMA DI ALAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PASTINYA SERIBU SATU CERITA KENANGAN SUKA DUKA..YANG AKAN MENJADI MEMORI SEORANG YANG BERGELAR GURU
HADIRIN DAN HADIRAT SEMUANYA …
DI BAWAH SELIAN DAN PENYEDIAAN JK MULTIMEDIA ,KAMI MEMPERSEMBAHKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN TAYANGAN MULTIMEDIA UNTUK TATAPAN INSAN YANG SEDANG KITA RAIKAN IN. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGHAYATI PERSEMBAHAN TERSEBUT.
BEGITULAH TADI DAPAT KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH BINTI ANDUL RAHMAN .MUDAH-MUDAHAN IANYA DAPAT MEMBERI SUMBER INSPIRASI BUAT KITA SEMUA.
CUKUPLAH SETIAP KENANGAN YANG TELAH KITA TANAM ,AKAN MENJADI KENANGAN YANG TUMBUH SUBUR ,MENABUR BENIH SUKACITA DI ANTARA KITA .KARENA KITA TIDAK PERLU BERADA DI SINI,KITA TIDAK HARUS SELALU BERSAMA,KITA HARUS MELANGKAH UNTUK SATU DESTINASI .
SEMUA CERITA DI SEKOLAH INI AKAN BERAKHIR,CANDA,SENYUM,KEBAHAGIAAN DAN SEMUA MOMEN AKAN MENJADI SATU KENANGAN YANG TIDAK TERNILAI.
TAK TUMBUH TAK MELATA, TAK SUNGGUH ORANG TAK KATA.BENAR KATA PEPATAH MELAYU, YANG PATAH AKAN TUMBUH YANG HILANG AKAN BERGANT INAMUN YANG HILANG TIDAK AKAN SAMA DENGAN YANG BERGANTI. WALAU BAGAIMANAPUN,YANG HILANG AKAN TETAP DIINGATI KEKAL ABADI DI DALAM HATI.
.
UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SIDANG HADIRIN SEKALIAN
SETERUSNYA ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ,UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BAGI MEWAKILI BARISAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN .SMK KAMPONG JAWA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DAUN KELADI DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
UCAPAN PUAN FARIDAH ABDUL RAHMAN
SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.
UCAPAN YANG DIRAIKAN (PENGETUA)
HADIRIN YANG DIHORMATI,
SAMPAI MASA KITA NANTIKAN BAGI MENDENGAR BINGKISAN KATA DAN AMANAT.
SEKOLAH MENENGAH KAMPONG JAWA DENGAN PENUH BANGGA MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN MENERUSKAN TIRAI PERSADA UCAPAN,MENYAMPAIKAN AMANAT,UNTAIAN KATA KALUNGAN WACANA,SALAM PERPISAHAN BUAT KENANG-KENANGAN INSAN YANG BAKAL DITINGGALKAN.
DIPERSILAKAN.
DEMIKIAN ….SATU PENYAMPAIAN DAN PENGUCAPAN YANG TELUS MEMBAWA MESEJ DAN MAKNA YANG KUDUS DARI YANG DIRAIKAN .JASAMU PASTI KAMI ABADIKAN…AJARMU PASTI KAMI TIDAK LUPA.TEGURANMU PASTI MEMBINA KAMI.IANYA AMAT LUAS UNTUK DIUKUR.IANYA AMAT MAHAL UNTUK DINILAI.
MAJLIS MERAKAMKAN SEPENUH PENGHARGAAN DAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN.
BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG
KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN
DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.
PASTINYA KAMI WARGA SMK KAMPONG JAWA TIDAK AKAN LUPA DENGAN .BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN JASA YANG TELAH DTABURKAN ..
MENJEMPUT PUAN FARIDAH KE TEMPAT KHAS
SEBELUM MAJLIS DITERUSKAN,DIJEMPUT YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH BINTI ABDUL RAHMANN UNTUK DUDUK DI ATAS KERUSI YANG DISEDIAKAN DI ATAS PENTAS.DIPERSILAKAN.
PERSEMBAHAN
SIDANG HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI,KAMI TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR ___________________________________ SEBAGAI KENANGAN HALWA TELINGA UNTUK KITA KHUSUSNYA UNTUK YANG DIRAIKAN.SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NYAYIAN _____________________________
BEGITULAN LONTARAN SUARA DARIPADA PELAJAR-PELAJAR SMK KAMPONG JAWA YANG DIALUNKAN UNTUK KITA ,SEKALUNG PENGHARGAAN ATAS PERSEMBAHAN ISTIMEWA ITU TADI
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
PENYAMPAIAN HADIAH /CENDERAHATI
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN
SETERUSNYA IALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA TANDA KENANG-KENANGAN YANG ABADI,TANDA KASIH TIDAK BERTEPI , AGAR INGATAN TAK LUPUT DI HATI KEPADA YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH..
1.MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN NORMALA MISMAN MEWAKILI GURU PPKI UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YANG DIRAIKAN.DIPERSILAKAN.
2.SETERUSNYA DIJEMPUT KETUA PELAJAR SESI PAGI _________________________________________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA .DIPERSILAKAN,
TERIMA KASIH.
3.MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT RUPESHRAJ A/L SHAMMUGAM SUNDRAN MEWAKILI SKIM LENCANA ANTI DADAH.
4.MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT PUSAT SUMBER SEKOLAH ________________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
5.MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT WAKIL KOPERASI SMKKJ IAITU PN ___________________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN TANDA MATA DARIPADA PIHAK KOPERASI SMKKJ .DIPERSILAKAN.
6.MAJLIS SETERUSNYA MENJEPUT PN ANNE LOURDESAMY KETUA PEMBANTU TADBIR N26 MEWAKILI STAF SOKONGAN SEKOLAH UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
TERIMA KASIH.
7.SETERUSNYA DIPERSILAKAN PULA PENGERUSI KELAB BAGUS EN__________________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
8.SETERUSNYA MEWAKILI BIDANG BAHASA DIPERSILAKAN PULA PN _____________________________________________________SELAKU KETUA BIDANG BAHASA UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
9.SETERUSNYA MEWAKILI BIDANG SAINS DAN MATEMATIK DIPERSILAKAN PN ________________________________________SELAKU KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
10.10SETERUSNYA MEWAKILI KEMANUSIAAN DIPERSILAKAN PN ________________________________________SELAKU KETUA KEMANUSIAAN UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
11.SETERUSNYA MEWAKILI BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL DIPERSILAKAN PN ________________________________________SELAKU KETUA BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
12 SETERUSNYA DIPERSILAKAN PN NORMALA BINTI MISMAN PENOLONG KANAN PPKI MEWAKILI UNIT PENDIDIKAN KHAS.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
13.BAGI MEWAKILI UNIT KOKURIKULUM,MAJLIS MEMPERSILAKAN ,YANG DIHORMATI TUAN HAJI MUZIKIR BIN MOHAMED ,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH
14.SETERUSNYA MEWAKILI UNIT HEM,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN PUZIAH BINTI TUBAN ,PENOLONG KANAN HEM UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
15.MEWAKILI MAJLIS TADBIR SEKOLAH ,DIJEMPUT YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR ,GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA TANDA INGATAN KEPADA PUAN FARIDAH.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
16. BAGI MEWAKILI PIBG,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PN ANITA MD IDRIS UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
17,(ORANG PERSEORANGAN JIKA ADA)
BEGITULAH TADI UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KHUSUS UNTUK YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN.
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN ATAS KESUDIAN MENERIMA CENDERAMATA ITU TADI.MAJLIS JUGA MERAKAMKAN SEJUTA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KALUNGAN BUDI ATAS TANDA INGATAN,SUMBANGAN DAN TANDA HATI YANG DIBERIKAN.SEMOGA MENJADI MEMOIR INDAH DALAM DAKAPAN YANG DIKASIHI PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN..
BELI CENDAWAN DI PEKAN ARA
MARI DIISI KELAPA DITANGAN
MESKI PUAN AKAN BERSARA
KAMI DI SMKKJ DILUPA JANGAN.
BAK AIR YANG MENGALIR
TIBA JUA KIRANYA DI MUARA WAKTU
DISINI KAMI PASTI MERINDU
HAKIKAT SEORANG INDIVIDU
BERNAMA PUAN HAJAH FARIDAH
JELINGLAH KAMI JIKA MASIH RINDU BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU.
SELAMAT BERANGKAT DALAM DOA BERKAT
SELAMAT BERISTIREHAT DARI SEGALA MUSLIHAT
SELAMAT BERSARA DENGAN SEUNYUMAN MESRA
SENYUMLAH SEINDAH SURIA
SETELAH MENCURAHKAN SEGALA-GALANYA
PASTI BEROLEH KEREDAANNYA.
BAK AIR YANG MENGALIR
SAMPAI SINI KENANGAN TERINDAH PASTI TERUKIR.
BAGI PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA BUAT YANG BERUASAHA PUAN HAJAH FARIDAH ABDUL RAHMAN.
PEMONTONGAN KEK HARI LAHIR DAN PERSARAAN
SEBAGAI TANDA INGATAN TULUS IKHLAS DAN MERAIKAN HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DIRAIKAN DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN NORMALA MISMAN PENOLONG KANAN PPKI UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN YANG DIRAIKAN PUAN FARIDAH ABDUL RAHMAN BAGI ACARA PEMONTONGAN KEK HARI LAHIR DAN PERSARAAN. MARILAH SAMA-SAMA KITA NYANYIKAN LAGU SELAMAT HARI JADI UNTUK YANG DIRAIKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA PUAN NORMALA MISMAN KERANA SUDI BERSAMA DALAM ACARA SEBENTAR TADI.
SESI BERGAMBAR
SEBAGAI TANDA KENANGAN-KENANGAN MAJLIS MENJEMPUT SEMUA UNTUK SESI BERGAMBAR DENGAN YANG DIRAIKAN .DIPERSILAKAN.
PENUTUP
PARA HADIRIN SEKALIAN,KITA TELAHPUN BERADA DIHUJUNG ACARA
ADA PASANG ADA SURUTNYA
ADA PANGKAL ADA HUJUNGNYA
ADA HULU ADA HILIRNYA
ADA PERTEMUAN ADA PERPISAHANNYA
ADA HILANG ADA GANTINYA
ADA AWAL ADA AKHIRNYA.
DENGAN ITU ,BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI,MAJLIS INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN KERANA SUDI BERSAMA KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI DAN KAMI SEMUA MENDOAKAN AGAR YANG DIRAIKAN BERTAMBAH CERIA DAN BAHAGIA DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
MAJLIS TURUT MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAUN KELADI,TERIMA KASIH MENJUNJUNG BUDI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH INI.
DI KESEMPATAN INI JUGA ,KAMI INGIN MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN ANDAI ADA SALAH SILAP SEPANJANG KAMI MENGACARAKAN MAJLIS INI.
TUAI PADI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN
INTAILAH KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN..
SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,WA BILLAHIT TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH