Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 6 Disember 2017

Monolog Diri

Semalam penuh cerita
Ada tawa senyum tangis
Meninggal kan satu memori
Untuk aku rindui
Namun sayang sekali
Sukar untuk aku ulangi kembali
Saat-saat itu kini hanya mampu aku kenangi
Kini aku terbiar sepi
Mengenang nasib diri
Terkapai kini aku sendiri
Terkadang ujian ini perit
Untuk ditempuhi
Mungkin Ilahi sedang menguji
Ketabahan diri...
Membersihkan dosa yang pernah kulakui..
Namun ku yakini
Suatu hari nanti bahagia menanti
ANAK PANTAI

Selasa, 5 Disember 2017

Zikir Hari Selasa

Zikir Hari Selasa

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim

(Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka)

atau

Jika mahukan zikir yang lebih ringkas, anda juga boleh berselawat:

Allahumma solli a’la muhammad

(Allah berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad)

Fadhilatnya:

Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad ﷺ di akhirat kelak.

Isnin, 4 Disember 2017

Zikir Hari Isnin

Alhamdulillah..
Antara nikmat yang terbesar mash diberikan peluang hari demi hari bernafas di  dunia yang fans ini.

Laa haula walaa quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim

(Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)

Fadhilatnya:

Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.

Sabtu, 2 Disember 2017

Belajarlah

Belajar untuk menghargai bukannya dengki

Belajar untuk memuji bukannya merayu
biar orang lupa kita jangan kita lupa orang

Ingat kebaikan orang berusaha lupakan kesilapannya

Banyak memberi kurangkan meminta
dan hidup akan lebih bererti...

Jangan sedih bila orang suka berbicara tentang dirimu
Yakin dan percaya dia berbicara banyak tentang dirimu
itu hanya kerana hidupmu jauh lebih baik dari dia..

Kalau tidak mana mungkin dia suka berbicara tentangmu hanya
melihat kejatuhanmu..