Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 28 Oktober 2017

Motivasi diri

Bukan mudah untuk mengusahakan sesuatu kejayan. Sesuatu kecemerlangan memerlukan pengorbanan  dan usaha yang gigih untuk mencapai kejayaan.
Bila ada kerjasama dan komitmen yang cukup ikhlas dan jujur kejayaan pasti akan tercapai dalam apa jua sekalipun.

Cabaran itu indah

Benarlah kata pujangga pengalaman adalah guru terbaik yang tidak terrnilai...
Biarpun segunung emas permata yang mendatang.. Pengalaman  mematangkan  dan mendewasakan untuk terus berdiri agar tidak jatuh sekali lagi. Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran.
Sahutlah cabaran itu
Bukan mudah untuk mengusahakan sesuatu itu berjaya.. Banyak pengorbanan  yang harus ditelan

Khamis, 26 Oktober 2017

Selamat Pagi

Jika orang bahagia kita gembira untuknya... Barulah hidup kitapun ceria...
Selamat pagi...
Semoga hari ini membahagiakan hidup  mu..

Rabu, 25 Oktober 2017

kehidupan itu satu Novel

Kehidupan  kita seperti   sebuah novel. Jalan Cerita nya terlalu panjang
Bab demi bab
Ada tawa 
Ada duka
Senyum
Tangis
Semuanya secukup rasa
Ujian yang datang juga pelbagai
Tak terjangka diminda
Yang pasti pengakhiran itu menjadi persoalan
Namun 
Teruslah bergantung dan mengharap padaNya. 
Dia sentiasa ada
Cuma kita seringkali kali terlupa
-Anak Pantai-

Ahad, 22 Oktober 2017

Ruang Rindu

Hidup ini kita sentiasa diulit rindu
Terkadang rindu yang sukar untuk kita luahkan
kerana kata-kata tidak menzahirkan rasa rindu itu.
-Anak Pantai-


Sabtu, 21 Oktober 2017

Pelbagai petua

Saya copy paste balik beberapa petua yang elok kita amalkan.
Bagi yang rajin mencuba segala petua.inilah waktunya..

Petua-petua untuk diamalkan.
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
*Jangan kedekut ilmu. kongsi untuk manfaat bersama..