Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 26 Mac 2017

Ingatan kita bersama

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan “Laa illallah, Muhammadur Rasulullah” supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DLM LINDUNGANNYA 😊

Jumaat, 17 Mac 2017

Mesyuarat Profesioanalisme Comunity (PLC) ke Sarawak

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada PPKI SMK Kampong Jawa sebagai tuan rumah.

Bila jemari menulis

Jangan riak dan bangga diri bila sesuatu kejayaan kau miliki
Jangan lupa hari ini dan esok berbeza
Jangan juga terlupa untuk mengucapkan syukur pada Ilahi
kerana dialah menginginkan semua itu terjadi.
apa yang telah kau nikmati saat ini

Hidup ini sangat singkap untuk dipersiakan
kejarilah impian selagi belum tercapai
nikmatilah nikmat yang diberikan dengan penuh ketenangan
lakukan segalanya dengan penuh keikhlasan
abaikan  sindiran dan kutukan orang
hidup kita adalah bagaiman kita menghadapi sesuatu itu terjadi
kuat atau tidak kita yang mengemudikannya dan 
pastilah Dia yang sentiasa di sisi..

-Anak Pantai-

Ahad, 12 Mac 2017

Pantun HARI GURU


terukir indah cincin suasa
diukir oleh orang kuala
pergorbanan guru setiap masa
jasamu guru tak terbalas sampai bila-bila


bijak berkata menyampaikan ilmu
mendidik sentiasa tanpa jemu
terima kasih guru kuucapkan padamu
jasamu guru kukenang selalu.


setinggi langit seluas lautan
kusanjung dirimu penuh keikhlasan
budimu guru menjadi ingatan
kasihmu guru dalam sanjugan

16 mei tarikh keramat
ditunggu oleh semua pendidik
memohon doa minta selamat
buat semua insan pendidik