Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 2 Ogos 2016


TEKS PENGACARA  MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN PPKI 
SMK KAMPONG JAWA
23 JULAI 2016


Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 Dan Salam Sejahtera

.ALUAN PENGACARA MAJLIS.

KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA
DIPALU OLEH SI ANAK MUDA
HADIR TUAN PUAN MERIAHKAN SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA

YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA
PN NORMALA BINTI MISMAN
PENOLONG KANAN PPKI SMK KG JAWA
YANG BERBAHAGIA
EN MOHAMED BIN HASHIM
YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA

EN DORASAMY A/L GOVINSAMY
NAIB PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS
SMK KAMPONG JAWA


YANG DIHORMATI

IBU BAPA ,DAN  GURU-GURU  ,PPKI   SMK KAMPONG JAWA

,.
MEMANJATKAN RASA SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZINNYA KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL PADA HARI INI BERSEMPENA MAJLIS YANG DIADAKAN.SESUNGGUHNYA KOMITMEN DAN KEPRIHATINAN TUAN PUAN PASTINYA DAPAT MENINGKATKAN LAGI KESEJAHTERAAN INSAN ISTIMEWA INI.






Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam   Mesyuarat Agung badan kebajikan PPKI SMK Kampong Jawa kali ke 18.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua


Bagi  pihak ahli jawatankuasa  berbesar hati  mengalu-alukan kehadiran  tuan puan sekalian.
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina  ke arah membantu pihak PPKI dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SMK Kampong Jawa sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun  sahsiah pelajar .  




BACAAN DOA

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput En Muhammad Faried Shah bun Mohd Nor membacakan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Muhammad Faried Shah bun Mohd Nor atas  bacaan doa itu tadi.





Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikul
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
 Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.




UCAPAN ALUAN YDP  Badan Kebajikan
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan menjemput, Naib Yang DiPertua Badan Kebajikan PPKI SMK Kampong Jawa  Yang Berbahagia En_________________________  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..


Demikian tadi ucapan oleh  Yang DiPertua  Badan Kebajikan PPKI  , En ______________________________________.  Terima kasih diucapkan.



UCAPAN PERASMIAN

Seterusnya majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Mohamed Nashan Bin  Singgan pengetua SMK Kampong Jawa  merangkap Penasihat badan Kebajikan PPKI   SMK Kampong Jawa menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat pada hari ini. Dengan hormatnya dipersilakan.


Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tn Hj Mohamed Nashan bin Singgan   pengetua SMK Kampong Jawa.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
 

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung Badan Kebajikan PPKI  SMK Kampong Jawa kali ke 18  akan dipengerusikan oleh   Yang Berusaha Pn Normala Misman  Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa untuk  menyampaikan ucapan,
Majlis mempersilakan.



TUAN-TUAN  DAN PUAN –PUAN SEKALIAN

DEMIKIAN TADI MESYUARAT Badan Kebajikan PPKI SMK Kampong Jawa Kali ke 18. DIHARAPKAN DENGAN PERLANTIKAN AHLIJAWATANKUASA YANG BARU AKAN MENJADIKAN KITA SEMUA LEBIH BERSATU PADU DEMI MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN MENINGKATKAN TAHAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK  DI PPKI SMK KAMPONG JAWA.

SEBELUM KITA AKHIRI MAJLIS KITA PADA HARI INI,MEWAKILI BARISAN JAWATAN KUASA PELAKSANA MAJLIS MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG BERLANGSUNGMYA MESYUARAT INI.
JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG HADIR DAN SUDI MEMERIAHKAN MAJLIS..



SEKIAN TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!