Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Isnin, 29 Februari 2016

Contoh Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baru Pendidikan Khas Intergrasi SMK Kampong Jawa 2016

Teks Pengacara Majlis Perasmian Bangunan Baru Pendidikan  Khas Intergrasi SMK Kampong Jawa 2016




DEWAN JUARA.
1 MAC 2016
1st announcement
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.
PARA TETAMU DIMINTA UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,
TERIMA KASIH.

2sd announcement

HADIRIN DA HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN

KERJASAMA PARA TETAMU ADALAH DIPOHON UNTUK MEMATIKAN ATAU MENUKAR TELEFON BIMBIT KEPADA SILENT MODE,KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR SAHAJA LAGI .

HADIRIN SEKALIAN JUGA DIINGATKAN AGAR BERDIRI APABILA DIUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT DAN TIDAK MENINGGALKAN MAJLIS SEBELUM TETAMU MENINGGALKAN MAJLIS.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA SEMUA.

1.PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA KE MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK KAMPONG JAWA  2016 DIIRINGI OLEH PN NORMALA BINTI MISMAN ,PENOLONG KANAN PPKI DAN DIF-DIF JEMPUTAN.



BIJI SELASIH BOLEH DIMAKAN
MENJADI PERISA SEDAP TERPERI
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN
SEMOGA MAJLIS TAMBAH SERI.



2. NYAYIAN LAGU NEGARAKU

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN MAJLIS DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU.MOHON SEMUA YANG BERADA DI DALAM DEWAN INI MENYANYIKAN DENGAN PENUH SEMANGAT.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.   DAN HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.







3.ALUAN PENGACARA MAJLIS.

KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA
DIPALU OLEH SI ANAK MUDA
HADIR TUAN PUAN MERIAHKAN SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA

YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA
PN NORMALA BINTI MISMAN
PENOLONG KANAN PPKI SMK KG JAWA
MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PPKI SMK KG JAWA
YANG BERBAHAGIA
EN MUHAMMAD BIN HISHAM
PENGERUSI PIBG
SMK KAMPONG JAWA


YANG DIHORMATI

PN PUZIAH TUBAN
PENOLONG KANAN HEM
SMK KAMPONG JAWA

EN MUZIKIR BIN MUHAMMAD
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK KAMPONG JAWA.





EN DORASAMY A/L GOVINSAMY
NAIB PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS

PN NOOR MADIAH BINTI A.KARIM
MANTAN PENOLONG KANAN PEND.KHAS SMK KG JAWA

PN CHONG QUI LAN
MANTAN GURU PPKI SMK KG JAWA

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN HADIR KEPADA PUAN BERDUA YANG PASTINYA BANYAK MENYUMBANG BAKTI DEMI KECEMERLANGAN PPKI.

SETERUSNYA

BARISAN KETUA BIDANG,KAUNSELOR ,AJK PIBG
IBU BAPA , GURU-GURU  ,PPM   SMK KAMPONG JAWA
SERTA PARA PELAJAR PPKI  YANG DIKASIHI SEKALIAN
,
TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PENGETUA ,TERIMA KASIH HADIRIN BUDIMAN ,TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KERANA MEMENUHI DEWAN JUARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA UNTUK SAMA-SAMA MERWARNAI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PPKI 2016.
MEMANJATKAN RASA SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZINNYA KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL PADA HARI INI BERSEMPENA MAJLIS YANG DIADAKAN.SESUNGGUHNYA KOMITMEN DAN KEPRIHATINAN TUAN PUAN PASTINYA DAPAT MENINGKATKAN LAGI KESEJAHTERAAN INSAN ISTIMEWA INI.



4.BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI

TANGAN DI TADAH PENUH INAYAH
MAJLIS DIBUKA PENUH RAHMAT
MOHON KEBERKATAN SERTA HIDAYAH
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT

MAJLIS MEMPERSILAKAN EN ARIFF ABHAR BIN IBRAHIM UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN.

AAMIN,AAMIN YA  RABBAL ALAMIN..
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN ARIFF BIN IBRAHIM DI  ATAS   BACAAN DOA ITU TADI.


5.UCAPAN ALUAN

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN ADAT BERBAHASA MENYAMPAIKAN PESAN ADAT MAJLIS MENYAMPAIKAN UCAPAN,

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI  UCAPAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PPKI , MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PN NORMALA BINTI MISMAN ,PENOLONG KANAN PPKI SMK KAMPONG JAWA MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PPKI SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN .
DIPERSILAKAN.

********UCAPAN*****

MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PN NORMALA MISMAN ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN SEBENTAR TADI.


6.UCAPAN PERASMIAN

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,
CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN YANG BERUSAHA MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI
.
MAJLIS SETERUSNYA  MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN .
PENGETUA SMK KAMPONG JAWAU NTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN  MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PPKI 2016.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
******UCAPAN********
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN  ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN  MAJLIS ITU TADI.
MOHON YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN  KEKAL DIPENTAS BAGI ACARA SETERUSNYA.

7.PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ,SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH , MAJLIS MEMPERSILAKAN  YANG BERUSAHA PN NORMALA BINTI MISMAN PENOLONG KANAN PPKI  SMK KAMPONG JAWA  UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN, PENGETUA SMK KAMPONG JAWA.

SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH KAMI , MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN UNTUK MENERIMA  CENDERAHATI.

DIPERSILAKAN.


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI DARI KAMI SEIKHLAS HATI. DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA PN NORMALA DAN TN HJ MOHAMED NASHAN .


8. PERSEMBAHAN ANGKLUNG

HADIRIN SEKALIAN,
BERUCAP SUDAH,BERMADAH SUDAH,ELOKLAH PULA DITAMBAH SERI.
BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI,MARILAH SAMA-SAMA BERHIBUR DENGAN PERSEMBAHAN  ANGKLUNG  OLEH PELAJAR-PELAJAR PPKI DENGAN TAJUK LAGUNYA BINTANG KECIL DAN BURUNG KAKAK TUA.
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH HASIL BIMBINGAN KREATIVITI  CIKGU ILLIANA SYAZNI IBRAHIM .TERIMA KASIH KASIH DIUCAPKAN.






9.   PERSEMBAHAN NYANYIAN  

HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH ALUNAN SUARA DARIPADA NYAYIAN ADIK JAYA  ANAK /PEREMPUAN DURGA DIIRINGI OLEH BEBERAPA ORANG PELAJAR PPKI BERMASALAH PENGLIHATAN DENGAN TAJUK LAGUNYA –NYALAKAN TERKAD.

SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

I.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK JAYA A/P DURGA DAN PELAJAR PPKI ATAS NYANYIAN YANG  ITU TADI.





10. LAWATAN
HADIRIN SEKALIAN,
BAGI ACARA SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT
YANG BERUSAHA PN NORMALA BIN MISMAN  BAGI MEMPERSILAKAN DAN MENGIRINGI  YANG BERUSAHA TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN     SERTA JEMPUTAN-JEMPUTAN YANG LAIN KE BANGUNAN BAHARU PPKI .

DIPERSILAKAN.

11.SIMBOLIK PERASMIAN

SELAMAT DATANG KEPADA YANG BERUSAHA TN HJ MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN DAN PARA JEMPUTAN YANG LAIN KE BANGUNAN BAHARU PPKI.

SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA ACARA PERASMIAN PADA PAGI  INI DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN  UNTUK ACARA PEMOTONGAN REBEN DAN MENANDATANGAN PLAK PERASMIAN BANGUNAN BAHARU.DIIRINGI OLEH PN NORMALA SERTA BARISAN PENOLONG KANAN DAN TETAMU JEMPUTAN YANG LAIN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

DENGAN POTONGAN  REBEN DAN MENANDATANGAN PLAK PERASMIAN  ITU TADI MAKA RASMI SUDAH BANGUNAN BAHARU PPKI SMK KAMPONG JAWA 

TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.






12.PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

SETERUSNYA KITA AKAN DIPERTONTONKAN DENGAN SATU  SATU TAYANGAN MULTIMEDIA BERKAITAN AKTIVITI PPKI SEPANJANG TAHUN 2015 HINGGA AWAL TAHUN 2016.



13. ACARA PEMOTONGAN KEK

ATURCARA MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT YANG BERUSAHA PN NORMALA BINTI MISMAN BAGI MEJEMPUT DAN MENGIRINGI YANG BERUSAHA TN HJ MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN,PENGETUA SMK KG JAWA  DAN YANG BERBAHAGIA EN MUHAMMAD BIN HISYAM YDP PIBG SMK KG JAWA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN

14.PAMERAN

HADIRIN SEKALIAN,MAJLIS BERBESAR HATI MENJEMPUT YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMED NASHAN DAN PARA JEMPUTAN LAIN UNTUK MELAWAT KE RUANG PAMERAN YANG TELAH DISEDIAKAN.

DIPERSILAKAN.

15.SESI BERGAMBAR

SEBAGAI TANDA KENANGAN MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN  DAN TETAMU KEHORMAT YANG LAIN  KE HADAPAN  UNTUK SESI BERGAMBAR.

DI PERSILAKAN.








16. PENUTUP/JAMUAN

HADIRI DAN HADIRAT SEKALIAN

Pantai damai indah berseri
Tampak bersih penghibur hati
Selesai sudah majlis ini
Terima kasih daun keladi.




SEBELUM KITA BERSURAI,PIHAK MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
SEGALA KELEMAHAN YANG BERLAKU SEMASA MAJLIS INI BERLANGSUNG ,KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF .

DARI MANA ASALNYA ,USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DI BAWA KE DALAM HATI

BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI ,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI.

MEWAKILI WARGA PPKI SMK KAMPONG JAWA MERAKAMKAN PENGHARGAAN  TERIMA KASIH SEKALI LAGI  KEPADA YANG BERUSAHA TN HJ MOHAMED NASHAN DAN DIF-DIF JEMPUTAN ATAS KESUDIAN HADIR  KE MAJLIS PERASMIAN INI.

RUMPUN NIPAH TEPI TELAGA
DI AMBIL ORANG BUAT NIRA
HIDANGAN DI MEJA SUDAH TERSEDIA
SEBELUM PULANG JEMPUT SEMUA MENJAMU SELERA.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN MAJLIS SETERUSNYA BERBESAR HATI MENJEMPUT YANG BERUSAHA TN HJ MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN SERTA JEMPUTAN YANG LAIN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT HIDANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN .


SEKIAN TERIMA KASIH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!