Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Khamis, 15 Oktober 2015

Luahan Rasa

Jemari terus menulis menitipkan apa yang bermain diminda…tak terluah dengan kata-kata tapi dalam hati sentiasa berbicara.
Hati sering bertanya ada ke insan yang mengerti apa yang kita lalui dan kita rasa..terkadang kita terpaksa bermonolog sendiri  meluahkan segala yang terbuku di hati di halaman bisu yang sentiasa menemani..

Tidak mengapa asal hati dapat berbicara meluahkan apa yang dirasa di halaman ini sudah biasa membuat diri ini tenang.
Alhamdulillah semakin hari semakin Allah memberikan ketenangan pada diri ini.Semakin bertambah rasa ketabahan diri yang sebelum ini amat goyah.sudah boleh menerima takdir yang berlaku ..dan redha dengan Qada dan Qadarnya..pun begitu untuk mengatakan diri ini kuat sepenuhnya adalah mustahil kerana kadangkala berderai juga airmata bila sesekali diuji dengan cukup hebat.

Manis juga ujian ini.dalam pahit dia mengajar erti penghambaan jiwa yang sepenuhnya pada Ilahi.hati semakin dekat denganNya kerana kita tahu hanya Dia yang sentiasa ada saat kita suka mahupun duka..Dia tidak pernah jauh dari kita tapi sebaliknya kita yang selalu jauh dariNya.

Ya  Allah andai dapat kuundurkan masa pasti ingin sekali kuubah segala-galanya…itulah andainya…namun mana mungkin kita dapat memutarkan kembali  semua yang telah terjadi..tak mungkin kan..namun bersyukurlah bila diuji kita semakin tabah ..

Pada diri ini..teruskan berdiri..aturkan langkah kaki terus
 berlari dan jangan berpaling lagi…tumpukan pada destinasi yang abadi. ..semalam adalah sejarah ,semalam adalah kenangan,semalam adalah serpihan cerita yang harus dibukukan..

Untuk tenang..jangan fikirkan masalah kerana masalah sentiasa hadir  Cuma kita yang harus kuat menepuhinya…maafkan semua orang yang menyakiti hati kita..doakan mereka baik-baik sahaja..apapun yang orang berikan pada kita meskipun pahit.tersenyumlah dan bersyukur kerana Allah sengaja menguj sejauhmana kita sabar dan tabah dengan ujianNya

Alhamdulillah dan Alhamdullillah manisnya ujian bila kita redha menerimanya..


-Anak Pantai -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!