Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 30 Oktober 2015

Kenang yang indah-indah sahaja
Sekalipun yang pahit itu sering menyapa


Yang Terindah Hanyalah Sementara

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini

Tak ku menduga kau berlalu pergi..tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis

Ku terima suratan takdir...

Khamis, 29 Oktober 2015

Surat dari Mantan Pengetua



Sudah lama tidak menerima Surat bertulis tangan..
Terima kasih atas nasihat..Akan saya jadi kan ingatan sepanjang kehidupan

Lawatan ke Sempadan TEBEDU





Tak kumenduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua Mimpi dan janji
Terluka  aku menangis
Tersedar kau dihilang dihati...

Selasa, 27 Oktober 2015

Suatu ketika bila kenangan datang menyapa mungkin hati kita tersentuh dan rindu pada kenangan itu...namun hati menjadi sayu kerana kita tidak mungkin akan kembali kepada kenangan itu...

Isnin, 26 Oktober 2015

Senyumlah

sekalipun kita mencuba untuk bertahan namun jikq hanya kita yang inginkan itu terjadi hakikatnya hanya kita...tidak sesekali ianya berjaya..Teruskan melangkah.carilah destinasi yang bisa membuatkan dirimu tersenyum kembali.bangkit dari rasa kecewa.tanamkan itu semua permulaan untuk Kau terus kuat.senyumlah seindah suria Kerana telah lama senyummu seakan pudar

Kunjungan Guru dan Murid PPKI SMK Bangsar Kuala Lumpur

Terima kasih atas kunjungan..maafkan kami andai tidak dapat melayan sepenuhnya..

Tak perlu berkirim Salam tak perlu bertanya khabar  tak perlu mengambil  tahu memujuk  Hati Ini...Rasanya Sudah terlewat untuk Ku terima tiap per soalan....


Tak sangka pula komen yang saya tinggalkan di Pen Merah .com boleh mencecah 103 ..Hutu rasanya memang yang merasa kesusahan terlebih dahulu sebelum berjaya..
Yang penting bagai mana kita kuat mengatasi masalah out..

Ahad, 25 Oktober 2015


Lirik Lagu Hidup Dalam Mati Syamel AF 2015

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
Hidup dalam mati

Sumber: Lirik Lagu Hidup Dalam Mati Syamel AF 2015 Single Terbaru | melvister.com
https://youtu.be/VLC-Ss7fvbw

Sabtu, 24 Oktober 2015

Listen to this cover of "Dalam Gerimis" via #Smule: http://www.smule.com/p/445137172_191253345 #SingKaraoke

Antara Sunnah Nabi

SUNNAH NABI ITU MEMANG TERBAIK...
1. Buang air besar duduk, beresiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
2. Kencing berdiri beresiko prostat dan batu ginjal. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyehatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
4. Makan dan minum berdiri dapat mengganggu perncernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyehatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
5. Makan di kerusi, masih kurang menyehatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi lambung, karena ada reaksi asam. Yang sehat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
7. Tidur meniarap tidak bagus untuk kesehatan, bahkan itu tidurnya syaitan. Tidur menghadap kanan lebih menyehatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
8. Banyak Rahsia Sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesehatan. Benarlah yg dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.
9. Seorang doktor Eropah berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi, dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi doktor kerana tidak ada pesakit..
Subhanallah....
Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab2 sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam...

COPY /PASTE

Ada Pengalaman Tak



Ada yang sapa pernah kena macam ni....huhuhu selalulahkan tapi anggaplah duit tu bukan kita punya .kita hanya diberi pegang je....cuma terkadang ada juga mari terkilan di hati.huhu
Ada waktunya kita terasa begitu kerdil
ada waktunya kita hampir hilang arah bila masalah melanda diri ,namun kita terlupa Allah sentiasa ada di sisi.cuma kita yang sentiasa terlupa Dia Yang Abadi.sentiasa menunggu ,menanti untuk kita memohon dan meminta pertolonganNYa tanpa balasan.

DI SINI


DI SINI
TERCIPTA MEMORI
DALAM SEPI KUTERINGAT KEMBALI
DI SINI JUA  KINI 
AKU HARUS MELANGKAH PERGI
MENINGGALKAN LUKA DI HATI
TIADA LAGI UNTUK AKU TANGGISI
TIADA LAGI UNTUK AKU KENANGI
AKAN KUKUBURKAN SEGALANYA
BILA TIBA SAATNYA NANTI
JANGAN DIUNGKIT LAGI
JANGAN SESEKALI DIIMBASI
SEMADI KAN SAJA CERITA ANTARA KITA
USAH KATA DISIMPAN SAMPAI MATI
ANDAIKATA HATIMU HANYA ADA BENCI

Tips menjadi orang kaya


Copy dan paste je ni

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali sekala tu apa kata kitacuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka. Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.

Hidup umpama pusingan roda

Terbaca kisah adik ini di Pen Merah.Com...
Seàkan membaca kisah diri sendiri di zaman persekolahan hingga menjejakkan kaki ke universiti...semuanya memakai baju serta kelengkapan lain pemberian insan lain yang simpati atas kesusahan keluarga kami..dan tidak terucap dengan kata-kata untuk melafazkan ucapan penghargaan terima kasih kerana bantuan itulah menjadikan diri ini insan yang berguna..
Hanya doa agar insan-insan yang membantu kami selama ini dilimpahkan ràhmat dan  nikmat yang berpanjangan dari ALLAH.semoga rezeki kalian sentiasa bertambah.

Sesungguhnya hidup umpama pusingan roda kan...

-Anak Pantai-