Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 26 September 2015

Salam Senja


Salam senja ..
Seringkali mengulit rindu
Pada suatu ketika dahulu
Tiap kali hadirnya
Hati diusik hiba
Sayu terkenang segala
Memori yang tercipta
kini menyingkap seribu rasa...
Andai diundurkan masa
Mungkihkah tercipta
Cerita antara kita...
-Anak Pantai-

Sajianku di Adil Adha

Puding milo dan puding mangga
Agar-agar sirap 
Mee goreng
Shushi

Daging masak hitam
Lemang dan kelupis
Gulai ayam
Nasi minyak
Bihun sup daging
Kek lapis
Makanan ringan dan bisjut raya

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Meriah dan syukur dapat kongsi rezeki dengan anak-anak yatim
Yang paling bahagia semuanya aku masak sendiri

Kenangan di Aidil Adha

Sekadar mengulit kenangan

Jumaat, 25 September 2015


Aku dan sebuah cerita
di mana penghujungnya 
atau baru sahaja bermula
sebuah cerita kita
peuh emosi
sikar difahami
kalau tidak dihayati
akukah pelakon itu 
yamg memegang watak utama
hakikat disebalik engkaulah pengarah yang
menjadikan aku dan sebuah cerita
tiada lagi kemesraan
tiada gurau senda
yang ada duka dan nestapa
watak utama cerita bukan aku
rupanya dia
hebatnya sandiwara
tak terjangkau dek hati
dalam bait manis ada hempedu yang kau taburkan
aku sebuah cerita yang titik tamatnya entah bila

-Anak Pantai-

.............



Melangkah tanpa curiga


kerana pergorbanan itu dibalas redhaNya


Meski hati terluka dengan manusia


Tapi sedarlah Allah sentiasa menemani...

Kita sering kali diuji

Jika direnung-renung kitaran hidup seharian,memang tiada yang terlepas daripada Ujian-Nya ,sama ada kita menyedari atau tidak.Semuanya datang silih berganti.Kita akan diuji dengan masa lapang,masasempit,gembira dan sedih,sakit dan sihat serta pada setiap pertemuan dengan manusia..disayangi kemudian dibenci semuanya berlaku pada kita.
Tetapi ,ada suatu kepastian yang sangat pasti.
Setiap ujian itu baik kesenangan atau  kesusahan,pasti tidak kekal.
Setiap satunya ada sifat pasang dan surutnya
Ujian-ujian itu akan menyapa kehidupan hamba untuk tempoh yang ditentukan,lalu digantikan dengan sesuatu yang sesuai menurut kehendak-NYA.

Apa yang penting haruslah sabar dan berusaha

Allah Sentiasa Ada

Allah sentiasa ada disetiap langkah  perjalanan.
Menemani kita walau seringkali kita terlupa padaNYa.
Di  saat suka dan duka
namun seringkali kita terlupa di saat suka kita

Namun Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani
Seringkali Dia memafkan hambanya

-Anak Pantai-

Isnin, 21 September 2015

Terima kasih teman

Sejuta penghargaan terima kasih buat kalian yang mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat diri ini pada 12 sept yang lalu
Semoga Allah membalas jasa baik kalian