Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 28 Julai 2015

AHLI JAWATANKUASA JAMUAN MAKAN MALAM BUDI MERIMBUN KASIH BERSEMI SEMPENA PERSARAAN PENGETUA SMK DEMAK BARU

AHLI JAWATANKUASA JAMUAN MAKAN MALAM BUDI MERIMBUN KASIH BERSEMI SEMPENA PERSARAAN PENGETUA SMK DEMAK BARU

PENGERUSI                       :                PN MISIA HJ ZAIN
TIMBALAN PENGERUSI :                 PN.HAJAH JEMAH BT POJAK
SETIAUSAHA                  :                   PN NORZITA BT MOHAMED
BENDAHARI                   :                   PN HAJAH SUHARYATI OSMAN

BIL
JAWATANKUASA
SENARAI NAMA AJK

PERINCIAN TUGAS
1.
Event Manager
1.Pn Jemah Pojak
1.Memastikan perjalanan majlis
    mengikut aturcara
2.Memastikan semua AJK bersedia
    sebelum majlis bermula

2.
Tempahan tempat/menu
1.Pn Hajah Suharyati Osman
2.Pn Hajah Jemah Pojak
1.Menempah tempat dan membuat
    pembayaran
2.Menempah menu yang bersesuaian

3.
Sambutan/Protokol
1.Pn  Sanisah Hassan (Ketua)
2.En Selamat bin Masuni
3.En Jamal Shukuri Bolhassan
4.Pn Wong Siew Ting
1. Menyambut VIP dan para jemputan
     yang hadir.
2 .Mengiringi VIP dan jemputan semasa
     berada di sekolah sepanjang majlis
     berlangsung.
4.

Perhiasan Pentas

1.Pn Norzita Mohamed


1.Bekerjasama dengan pekerja hotel
    bagi memastikan tajuk majlis dieja
    dengan betul.

5.

Penyediaan Kek /Hadiah

1.Pn Rozita Alli
2.Pn.Stina ak Kuteng

1.Menyediakan sebiji kek untuk acara
    pemotongan kek
2.Menguruskan acara penyampaian
    hadiah .

6.
Siaraya
1..En . Mat bin Yak
2. Pekerja Hotel Penview
1.Menyediakan peralatan siaraya
2.Memastikan peralatan yang digunakan
    berfungsi dengan baik sebelum dan
    sepanjang majlis berlangsung
3. Mengembalikan semua peralatan
     siaraya dikembalikan selepas tamat..

7.
Juruacara Majlis
1. Pn.Sofiah bt Suhaili (Ketua)
2. En. Francis ak Dangeh
1. Mengacara sepanjang majlis
     berlangsung
2.Menyediakan teks pengacara majlis
3.Memastikan majlis berjalan dengan
    lancer mengikut masa yang
    ditetapkan.

8.
Buku Program
1.Ustazah .Ajuwairiah bt Jumat
    ( ketua)
2. Ustazah. Aminah Husain
1.Menyediakan buku program untuk
    semua guru,staf dan tetamu
    jemputan.
2.Menghias buku program.
3.Mengedarkan buku program pada hari
    majlis.

9.
Bacaan Doa
1. Ustaz Badrol Hisham bin Majid
1.Mengetuai bacaan doa.

10.
Jurugambar
1.En Azman bin Salleh  (Ketua)
2.En Saifuldin bin Suhanda
1. Mengambil gambar sepanjang majlis
     berlangsung mengikut aturcara.
2. Membantu dalam pemilihan gambar
     yang bersesuaian untuk dokumentasi.

11.
Dokumentasi
1. Pn.Norzita bt Mohamed
1. Membuat laporan dan salinan laporan
     dalam 3 salinan.

12.
Persembahan Multimedia
1.Pn Kamariah bt Kunggi ( Ketua )
2.En Mohd Firdaus bin Mansur
3.En Jamaludin bin Juni
4.Pn Cheong Chai Lan
1. Mengumpul biodata ,gambar dan
     sejarah perkhidmatan pengetua
2.Membaca biodata semasa
    persembahan multimedia
3.Dipersembahkan juga semasa Majlis
    Makan Malam
13.
Persembahan
1.Pn.Suziah bt Ali
2.Pn Rohaida bt Idrus
3.Pn.Dora  bin Wan
1. Mengenalpastikan guru,staf atau
     wakil PIBG yang ingin membuat
     persembahan.

Disediakan oleh :  

.............................
(NORZITA MOHAMED)
Setiuasaha 
Kelab Kebajikan Staf SMK Demak Baru.                                           

ATUR CARA JAMUAN MAKAN MALAM BUDI MERIMBUN KASIH BERSEMI SEMPENA PERSARAAN PENGETUA SMK DEMAK BARU

JAMUAN MAKAN MALAM BUDI MERIMBUN KASIH BERSEMI SEMPENA PERSARAAN PENGETUA
SMK DEMAK BARU
 Tarikh :                5 Ogos 2015 (Rabu)
 Masa :                  7.30 malam hingga 11.00 malam
 Tempat :               Hotel Penview Inn


ATURCARA MAJLIS

 7.30 malam - Ketibaan para jemputan
        - Ketibaan Cikgu Hajah Fatimah Hamid yang diraikan
          Pengetua SMK Demak Baru
        - Bacaan Doa.
        - Ucapan :
Ø  Alu-Aluan oleh Pn.Misia bt Hj.Zain
Ø  Pengetua –Hajah Fatimah Hamid

-          Pemotongan kek Hari Ulang Tahun dan Pesaraan

-          Persembahan Multimedia
       -      Jamuan diiringi
       -      Persembahan
      -       Penyampaian Hadiah
11.00 malam  -  Majlis Bersurai


AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMK DEMAK BARU

Logo Baru SMK Demak Baru.jpg
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMK DEMAK BARU
2015
PENGERUSI                      :                 PN MISIA HJ ZAIN
TIMBALAN PENGERUSI :                 PN.HAJAH JEMAH BT POJAK
SETIAUSAHA                  :                   PN NORZITA BT MOHAMED
BENDAHARI                   :                    PN HAJAH SUHARYATI OSMAN

BIL
JAWATANKUASA
SENARAI NAMA AJK

PERINCIAN TUGAS
1.
Event Manager
1.Pn Norzita Mohamed
1.Memastikan perjalanan majlis mengikut aturcara
2.Memastikan semua AJK bersedia sebelum majlis
    bermula


2.

Perhiasan Tempat dan Hiasan Kereta

1.Pn Siti Haida Mohd Nanek
2.Pn. Dyg Hasimah Awg Madian
3.Pn. Zaimash Mat Yaakub
4.Pn. Melissa Abdullah
5.Cik Nilip ak Kevin Rises


1.Menghias pentas dan kereta En Jamal Shukuri Bolhassan
2.Memastikan semua perhiasan pentas dikemaskan selepa
    berakhir majlis
3.Menyediakan meja dan kerusi VIP.

3.

Peralatan Pentas & Kerusi guru & Tetamu

1.En.. Al - Idrus bin Jais ( Ketua)
2.En .Awang Jos bin Awang Ason
3.En. Sait bin Yusop

1.Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk
    penyediaan pentas
2.Menyusun kerusi dan meja VIP dan jemputan
3. Memastikan semua peralatan yang telah digunakan
     dikembalikan dalam keadaan selamat.

4.
Siaraya
1.En. Barnabas ak Bidin (Ketua)
2.En . Mat bin Yak
3.En. Saifudin bin Suhanda
1.Menyediakan peralatan siaraya
2.Memastikan peralatan yang digunakan berfungsi dengan
    baik sebelum dan sepanjang majlis berlangsung
3. Mengembalikan semua peralatan siaraya dikembalikan
     selepas tamat..

5.
Juruacara Majlis
1. Cik Nur Atirah bt Mubin (Ketua)
2. Cik nabila Hanim
1. Mengacara sepanjang majlis berlangsung
2.Menyediakan teks pengacara majlis
3.Memastikan majlis berjalan dengan lancer mengikut
    masa yang ditetapkan.

6.
Buku Program
1.Ustazah .Ajuwairiah bt Jumat ( ketua)
2. Ustazah. Aminah Husain
1.Menyediakan buku program untuk semua guru,staf dan
    tetamu jemputan.
2.Menghias buku program.
3.Mengedarkan buku program pada hari majlis.

7.
Bacaan Doa
1. Ustaz Badrol Hisham bin Majid
1.Mengetuai bacaan doa.

8.
Jurugambar
1.Pn.Fathiah bt Saini  (Ketua)
1. Mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung
     mengikut aturcara.
2. Membantu dalam pemilihan gambar yang bersesuaian
     untuk dokumentasi.

9.
Hadiah
1.Pn.Rozita bt Alli ( Ketua)
2.Semua Penyelaras Tingkatan:
Ø  Tingkatan 1- Pn. Sofiah bt Suhaili
Ø  Tingkatan 2- Cik Hanizza bt Ali
Ø  Tingkatan 3- En. Mat Hassan
Ø  Tingkatan 4- Pn Zunainah Redzuan
Ø  Tingkatan 5- Pn Chelaring ak Alok
Ø  PPKI            -  Pn Lina bt Mili
Ø  Staf             -  Cik Syazadila Hawat

1.Menyediakan tempat meletak hadiah (dulang/alas)
2.Mengumpulkan hadiah
3.Menyediakan hadiah
4.Menguruskan acara penyampaian hadiah oleh guru dan wakil pelajar.
5. Menyediakan jambangan bunga plastik atau hidup
     untuk yang diraikan.
10.
Dokumentasi
1. Pn.Norzita bt Mohamed
1. Membuat laporan dan salinan laporan dalam 3 salinan.



11.
Kawalan dan disiplin pelajar
1. En.Azman bin Salleh (Ketua)
2. En .Sudin bin Nyeng
3. En.Mohamad bin Yusuf
4. Pn.Noor Asmara Binti Mohd Yusuf
5.Pn Chong Fui Fong
6.En. Anthony Wong
7.En.Francis ak Dangeh

1.Memastikan pelajar berkumpul sebelum majlis bermula.
2.Memastikan pelajar berdisiplin sepanjang majlis
    berlansung.
3.Menguruskan pelajar untuk acara salaman kasih semasa
    bersalam dengan pengetua.
12.
Kebersihan
1.Ustazah Aminah bt Ahmad (Ketua)
2.Ustazah Rohaya Abdulah
3. Syarikat Pembersihan
1.Memastikan kawasan persekitaran sekolah bersih 
    sebelum dan selepas majlis.
2.Menyediakan plastik untuk membuang sampah.

13.
Kecemasan
1.Pn Lee Hui Hui (Ketua)
2.En. Bandah Hassan
3.Cik Muna bt Suut
1.Menyediakan peti kecemasan.
2. Memastikan peralatan kecemasan mencukupi.
3.Jika berlaku sebarang kecemasan hendaklah
    memaklumkan segera kepada pihak pengurusan
    sekolah.

14.
Protokol
1.Pn Jemah bt Pojak (Ketua)
2.Pn Hajah Natrah Yan
3.En Selamat bin Masuni
4.En Jamal Shukuri Bolhassan
5.Pn Wong Siew Ting

1. Menyambut VIP dan para jemputan yang hadir.
2.Mengiringi VIP dan jemputan semasa berada di sekolah
    sepanjang majlis berlangsung.
15.
Promosi
1.Pn.Dayang Hasimah bt Awang Madian
1,Menyediakan banner .
2.Mengantungkan banner beberapa hari  sebelum majlis
    berlangsung.
3.Menurunkan banner promosi selepas majlis.

16.
Persembahan Multimedia
1.Pn Kamariah bt Kunggi ( Ketua )
2.En Mohd Firdaus bin Mansur
3.En Jamaludin bin Juni
4.Pn Cheong Chai Lan
1. Mengumpul biodata ,gambar dan sejarah perkhidmatan
     pengetua
2.Membaca biodata semasa persembahan multimedia
3.Dipersembahkan juga semasa Majlis Makan Malam




17.
Persembahan
1.Pn Lina bt Mili – PPKI
2.Pn Salbiah bt Mohammad – Pengawas
3.Pn Hafizah bt Mahamad Nawawi
4.Pn Mariana bt Kaderi
5. Pn. Noor Hazwani bt Mamat
6.Pn Aniza Adi

1. Memilih dan melatih pelajar
2.Menyediakan persembahan guru atau pelajar yang ingin
    membuat persembahan
3.Setiap persembahan tidak lebih 4 minit.

Disediakan oleh:

(NORZITA MOHAMED)
Setiusaha ,                                                                                                                          

Kelab Kebajikan Staf SMK Demak Baru                                                                  

Khamis, 9 Julai 2015

Makanan dan Hari Raya..Ada Kenangan Tersendiri

Raya semakin hampir.Hanya tinggal seminggu je lagi panjangumur dapatlah sambut raya kan.Bercakap tentang raya teringat pulak jenis-jenis makanan yang buat aku terkenang sampai sekarang dan terlalu dekat di hati.Kalau tak ada bende ni rasa macam tak lengkap pulak raya...itu akulah..

Makanan yang pertama adalah:;

Tapai pulut...

rasa tak lengkap kalau tak ada tapai pulut kat rumah.Teringat masa arwah ayah masih ada..terlalu suka ayah menghirup air tapai tika tu.kini bila melihat tapai hati begitu sayu terkenang beraya kali kedua tanpa ayah lagi.Tentang tapai ni biasanya dari dulu-dulu aku cukup tunggu mak buatkan tapai ni.kerja aku masa tu raut lidi dan potong lidi pendek-pendek.lepas tu laplah pulak daun jambu atau daun getah untuk mak bungkus tapai tu nanti.Masa aku kecik ,mak cukup pantang kalau kami bising ketika dia bungkus tapai kerana kalau bising tapai akan jadi merah.Satu lagi kalau perempuan yang datang bulan juga tidak dibenarkan membungkusnya bimbang perkara yang sama akan berlaku.Bila aku meningkat dewasa tugas membungkus aku dan Kak Jan yang buatkan hinggakan beleh mata sebab terlalu lama untuk siapkan.namun sejak aku merantau peluang membungkus tapai dengan keluarga dah tak de...Hanya tahu makan je...rindu sebenarnya suasana bungkus tapai ni..sambil bungkus sambil telinga melayan lagu raya yang dimainkan di corong radio.

Image result for tapai terengganu

Ketupat Nasi dan Kuah Kacang

Image result for ketupat sate

Ini juga salah satu menu yang perlu ada kalau aku ada kat kampung..Ketupat nasi bersama kuah kacang.entah kenapa inilah yang aku suka. nak tahu kenapa ..kerana aku suka kesibukan melihat mak mengayam ketupat satu demi satu dan aku pula asyik je memerhati,...gelagat mak mengayam ketupat tulah yang aku nantikan..lepas tu rebus pula ketupat kat tanah guna dapur kayu.rasa kesibukan menjelang raya itulah yang aku suka.mana tidaknya nak buat kuah kacang perlu dahulu goreng dan buang kulit nya.Aroma kacang yang digoreng menyelinap setiap ruang rumah cukup aku suka..dulu masa belum ada blender tugas menumbuk kacang adalah tugas aku atau kakak..tapi aku suka buat tu semua sebab aku nak rasa suasana sambut raya.

Satay
aku cukup suka buat satay bila tiba hari raya.namun peluang membuatnya tak sentiasa ada,ini kerana buat satay leceh sedikit,perlukan banyak tenaga untuk mencucuk dan membakar.selalunya bila buat satay aktiviti membakarnya bermula pada pukul 2 atau 3 pagi..satu rumah berbau dengan satay...bila pergi solat raya mulalah mata merah dan bengkak.





Ketupat Pulut

Image result for ketupat pulut palas

Ini juga makanan yang aku suka dan perlu ada tika hari raya.Mak tak pernah pun buat ketupat pulutni..Selalunya mak akan tempah dari orang.Dulu waktu bulan puasa pasti aku pergi beli ketupat ni dekat dengan rumah aku..memang ketupat dia antara yang paling sedap.seronok tengok orang ramai menunggu membeli ketupat dia.Ketupat ni aku suka makan dengan rendang ayam ke daging ke..Selalunya di pagi raya .ketupat pulut inilah yang menjadi mangsa pertukaran kuih ke rumah jiran-jiran .tugas hantar kuih itu pula biasanya tugas aku dan kak Janlah..Tapi aku suka buat kerja ni kerana ada setengah jiran sempat lagi hulurkan duit raya pada kami..kata orang sambil menyelam sambil minum air..sambil hantar kuih dapat duit raya.Biasanya di hari raya pertama kurang sikit mendapat sambutan ketupat ni..bila raya kedua barulah masing-masing mencari bila mak buka daun dan goreng balik ketupat ni hingga jadi garing..itu biasa terjadi setiap tahun..

Rendang Ayam /daging

Image result for rendang ayamSeingat aku,rendang daging atau ayam aku yang buatkan dulu.jadi tiap kali aku balik mak suruh aku buatkan rendang ni..tak sangka juga rupanya mak suka rendang yang aku buatkan..bila dah berjauhan adik-adik pula yang mengambil alih..kiranya bila aku dah mulakan rendang di pagi raya rupanya dia berterusan hingga kini.malam raya bagi kami adalah malam yang paling sibuk.selalunya masa tidur cukup sedikit.yelah mana nak masak rendang ,mana nak buat roti jala,mana nak buat nasi minyak dan gulai ayam..manalagi nak sediakn balang kuih dan isi biskut raya.mana lagi nak pasang langsir..Ituulah suasana dulu ..

Nasi Minyak.


Ini makanan tradisi keluarga kami.dari kecik bila tibanya raya nasi minyaklah yang mak buatkan.Hingga kini walaupun aku dah pandai buat sendiri tapi bila hari raya tetap nak rasa mak yang buatkan..Air tangan mak kan..cukup sedap walaupun tak cukup bahannya.Mungkin lidah dah biasa dengan segala jenis masakannya.