Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 26 Mei 2014

Pentas Hari guru 2014

Siap juga Pentas untuk sambut hari guru esok..walaupun idea dan Spontan tanpa dirancang,alhamdulillah berpuas hati tanpa melibatkan kos...ingatkan tahun ni malas nak terlibat tapi bernasib baik terasa nak Tolong rupanya sebagai penyelaras protokol,rupanya aku terlibat dengan Pentas ni..takpelah yang penting dapat melancarkan Kerja orang itu sudah membahagiakan aku...

Dalam satu perkara sedih juga..hanya simpan dalam hati jelah


Rabu, 21 Mei 2014

Gelagat anak murid saya

Inilah gelagat sebahagian anak- anak murid saya  dalam kelas..PPKI 3 gelagat mereka ini kadang mencuit hati saya kadang Pulak tu memang mencabar kesabaran saya...pantang iPad saya di atas meja akan beralihlah ditangan mereka..yang jadi mangsa saya lah .mereka suruh Posing macam- macam..kalau orang tak tahu macam saya ni yang suka bergambar..namun hakikatnya inilah sebahagian kegemaran mereka..bila saya kaji..salah satu buat mereka seronok dengan apa yang saya ajar...Ialah mengikut apa yang mereka suka..kadang tu saya cuba berada dalam dunia mereka...buat perangai gila- gila..bagi saya kita ajar lah dalam kaedah macam anda pun yang penting ilmu itu berjaya disampaikan kepada mereka.