Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 24 November 2013

Semuanya Kerana BUDU

Mr Budu...
ada cerita untuk awak tau..
hari ini pergi balik rumah yang membantu saya menjadi seperti hari ini...
sesungguhnya JODOH ITU MILIK KITA..
nak tahu tak kenapa
hari ini baru saya tau rahsianya..
rupanya insan ini ke rumah mak bertujuan nak ambil BUDU yang mak buatkan
lalu tergerak hati untuk bertanyakan pada saya result STPM saya...
kerana BUDU saya dibukakan jalan untuk ke MENARA GADING..
rupanya bila kaki ini menjejakkan kaki disana...ada jodoh saya disitu..
Allah nak temukan saya dia MR BUDU..
saya masih ingat waktu hari persandingan kita
HUjan renyai-renyai turun waktu awak sampai...ada suara-suara yang mengatakan mesti pengantin makan BUDU..
aduahai waktu tu saya anggap lawak jenaka
tapi rupanya
awak memang suka BUDU...
hari-hari hidup awak mesti ada BUDU walaupun bagaimana hebatnya saya masak kan...
menjadikan saya asyik teringat dengan BUDU bila saya ke kedai atau kemana-mana..
Sesuai sangatlah saya gelarkan diri awak MR BUDU..dan saya bangga awak panggil saya MRS BUDU tau...

cuma hari ini setelah 15 tahun kita kawin saya baru terfikir kenapa saya sahaja yang buatkan BUDU yang paling sedap untuk awak..ruginya saya baru sedar sekarang tapi belum terlambatkan..
yang pasti resepi untuk buat BUDU yang sedap telahpun saya dapat...

MR BUDU....hanya ini coretan buat seketika...bulan NOVEMBER/DEC adalah bulan yang sentiasa menjarakkan kita..APAPUN AWAK SENTIASA DIHATI SAYA>>.:) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!