Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 17 Oktober 2013

SMK DEMAK BARU KUCHING SARAWAK
TEKS PENGACARA MAJIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2013
SMK DEMAK BARU

CIKGU NORZITA MOHAMED & CIKGU SAIEE BISUNI
17 Oktober 2013



Contoh Teks Pengacara Majlis Penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK
Demak Baru,Kuching


Teks Pengacara Majlis Penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Demak Baru Kali ke 5.

Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke padang,dan berada di hadapan pentas utama untuk pengacara penyampaian hadiah dan majlis penutupan.
KATA ALUAN
Assalamualaikum dan selamat petang,
Yang Berusaha,
Cikgu Hajah Fatimah Hamid Pengetua SMK Demak Baru,

Yang Dihormati,
Pn Misia Hj Zain , Penolong Kanan Kurikulu.

En Razalie Badar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Selamat Masuni, Penolong Kanan Kokurikulum,

En Jamal Shukuri Bolhassan, Penolong Kanan PPKI

Wakil-wakil PIBG,
Guru-guru,tuan-tuan,Puan-puan,

Serta para pelajar yang kasihi sekalian.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan sukan tahun ini.Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.



PENYAMPAIAN HADIAH&CENDERAMATA

Hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan  Balapan Dan Padang Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,Pengetua SMK Demak Baru, dengan diiringi oleh En. Selamat bin Masuni, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK  Demak Baru  untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini. Para pemenang dipersilakan menerima hadiah.

-Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah___________.

-Seterusnya tempat kedua menjadi milik pasukan Rumah________.

-Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah__________.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.

-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah Saudari ___________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________

-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah Saudara____________________.
Beliau telah meraih pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

-Menduduki tempat ketiga pada tahun ini menjadi milik pasukan Rumah____________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke5 jatuh kepada:

Rumah Sukan__________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.


-          Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

*sama ada
Mohon tuan pengetua terus berdiri untuk penyampaian cenderamata
Atau penerimaan bendera kejohanan.bergantung pindaan yang akan berlaku.




 Upacara Penurunan Bendera Kejohanan

Selesai sudah upacara penyampaian hadiah.Kini Bendera Kejohanan akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan Balapan dan Padang SMK Demak  Baru 2013  da seterusnya di bawa untuk diserahkan kepada tua pengetua.

majlis menjemput Cikgu Hajah Fatimah Hamid  untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh wakil Pasukan Pengakap .Bendera ini akan dikibarkan lagi pada kejohanan kali ke 6 tahun hadapan. InsyaAllah.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

Teria kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan Pasukan Pengakap.


Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku
Sekarang ayuh seluruh warga SMK Demak Baru menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku dengan penuh semangat kesukanan.


PENUTUP

Dengan nyanyian Ibu Pertiwiku  sebentar tadi,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali 5 Sekolah Menengah SMK Demak Baru tahun 2013.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya.Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus asa.
Akhir kata dari kami berdua,
Maaf atas ketelanjuran kata dan bahasa ,syabas untuk semua dan ‘majulah sukan SMK DEMAK BARU demi menjulang kecemerlangan di persada marcapada.
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!