Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Jumaat, 6 September 2013

Kerja banyak dah tertangguh....isk2..




 

Kerja jangan bertangguh ya..itulah ayat yang selalu kita dengar.Bukan tak tahupun kesan kerja yang tertangguh ni..padam muka aku ni...stress dah mula menjelma le..biasalah bulan September ,Oktober dan November adalah bulan stress pada cikgu-cikgu termasuklah akulah salah seorangnnya.Migrain mula menjelma sebab banyak duk fikir kerja yang bakal mendatang dan yang telah lepas tapi belum lagi disiapkan,...Apa ni...mana kerajinan aku selama ni..macam mana anak-anak murid nak respek kat aku ni...ngajorpun semacam malas je..tak takut ke rezeki yang tak berkat ke.. Bila aku nilai diri sendiri...rekod pencapaian kerja aku ni ni..tahun ni aku ni tak lulus langsung..lemah..takde kesesungguhan..punca dan penyebabnya memang aku tahu pun...
nak berubah taknak berubah je... 
kerja tertangguh aku...list kat sinilah biar aku ingat sikit..
tulispun kena guna dakwat merah...kritikal lah tu!!
  1. tulis rekod mengajarlah...berminggu-minggu dah tak buat
  2. dokumentasi Kem Jom Solat.. belum siap..dah tulis tapi masalah nak print...printer berwarna ni yang sakit pala wei..
  3. Soalan peperiksaan akhir tahun.exam 9/10...(Sejarah/keusahawanan..)pandai-pandailah kau fikir Che Ta...
  4. Laporan S/U HEM PPKI
  5. Laporan Disiplin 
  6. Kena buat Takwim dan rancangan Hal Ehwal Murid PPKI untuk tahun depan
  7. Tempahan kraf orang..(alamak sebenarnya aku dah malas nak buat ni...tidur lebih baik dari duk berjaga...nak-nak bila dapat mimpi yang indah-indah)..
tu yang aku tulis kat atas tu kerja yang wajib aku siap...belum campur lagi kerja yang duk menunggu dah..program dan aktiviti sekolah yang aku pun terlibat sama...skrip emcee untuk sukan tahunan,Majlis motivasi dah mula perancangan,lawatan dan pameran..dan macam-macam lagi lah..
Bukan menyalahkan orang lain..jari tunjuk pada diri sendiri..
gagal
dan gagal untuk mengurus diri sendiri...

(pengajarannya..jangalah ko orang ikut seperti aku ni ya..masa yang pergi tak akan kembali..hargailah masa..) 
jangan menyalahkan orang lain tapi salahkan diri sendiri .jika perancangan tiada hancurlah jadinya.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!