Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 4 September 2013

Buah Epal...

Photo: LIKE > Lovely Roses 
jadilah seperti buah epal
cantik dipandang
sedap juga dimakan
mahal juga harganya.
cantikkan diri kita
 cantik di luar 
dan cantik juga di dalam.
cantik rupa
indah budi bahasa
maruah juga terjaga

 antara khasiat yang terdapat dalam epal:-

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat

melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang
115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Fitokimia yang dijumpai dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah

daripada tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan

antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal

berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat
memberikan kita tenaga.

6) kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang

hendak berdiet,epal sesuai menjadi makanan ringan terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan 

  7. Membantu kesihatan membran paru-paru.

8. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia  pada mineral tulang.


9. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

10. Mengurangkan risiko barah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!