Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 16 Ogos 2013

KeK Kukus Tiga Warna

Semangat betul sejak dua mejak ni...gila nak masok balik..dan hari ni tertiba je rasa nak makan kek seperti kak long saya buat tiap kali raya..rasa dah bboring makan kek lapis ..inilah kek yang paling saya suka ..mudah buat rasapun simple je..tapi janji sedap..ahak..


KEK KUKUS TIGA WARNA
Bahan-Bahan
 

  • 1 cawan mentega
  • 200gm  gula kastor
  • 8 biji telur
  • Sebungkus santan dalam kotak
  • 1 tin serikaya kecik
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, kuning
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan santan, garam, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 3.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!