Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 14 Julai 2013

Lima Hari Dah Puasa

 
Salam semua ...Hari ini dah hari kelima kita menjalani ibadat puasa.
Alhamdulillah kita diberi nikmat umur yang panjang untuk merasa sekali lagi rahmatnya bulan ini iaitu bulan Ramadan yang di tunggu oleh kita sebagai hambanya.
Tahniah pada yang berjaya mengawal nafsu..itulah kejayaan yang paling besar buat anda.
Pejam celik,pejam celik nanti kejap je nak sambut raya pulak...begitu pantasnya rodaran masa berputar dan pergi tanpa kita rasa.
Masa yang berlalu bertambah usia hampir pula kita dekat dengan mati.
menuju ke alam yang abadi.
Saya pasti semua antara kita ingin menjadi yang baik-baik.
tidak mahu sesekali untuk menjadi jahat dan sebagainya
antara kita diuji dengan pelbagai situasi
mana yang tabah dapat menjalani hidup dengan sempurna dan tenang
mana yang longgar imannya mudah saja putus asa dan hidup ikut perasaan bukan ikut batasan agama.
Semoga kita sama-sama sentiasa berdoa agar sentiasa menjadi baik
tidak bermakna zaman silam yang kita lalui hari semalam akan suram selamanya
ada cahaya untuk kita
carilah cahaya itu..
InsyaAllah kita berada di satu jalan yang amat terang..
dikesempatan bulan yang mulia ini saya memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan tutur kata perbuatan saya pada sesiapa saja yang pernah mengenali diri ini.
saya insan yang biasa yang sangat lemah dalam tutur kata dan perbuatan.
doa saya semoga kita sentiasa mendapat hidayah daipadaNya..

Tulus ikhlas
-Anak Pantai-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!