Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 9 Julai 2013

Kenangan Ramadhan

Allhamdulillah semoga Allah panjangkan umur untuk bersama dibulan yang mulia ini
Terharu dan pilu 
sebak dada
semua ada
lebih-lebih lagi bersahur pertama nanti terpaksalah bersahur sorang-sorang tanpa suami dan anak-anak..
kalau tak tentu sibuk di dapur dan mulut bising je memekik-mekik suruh anak-anak untuk bangun bersahur..
Selamat datang ramadhan 
bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua ciptaanNya..
kenangan di bulan Ramadhan  ...banyak rasanya....
Pada yang masih punya ibu 
pastinya kalau boleh ingin bersama ibu menyambut pertama Ramadhan dengan air tangan masakan ibu.Kata orang marilah sehebat mana cheff yang masak untuk kita,tapi masakan ibu juga yang menambat hati.Walaupun kadang-kadang tu hanya ikan rebus berlaukkan kicap tapi kerana air tangan ibu mengubah rasa menjadi satu nikmat yang tak terhingga.
Pada yang telah kehilangan ibu...semua itu telah menjadi nostalgia dan tak mungkin akan dapat diulangi..
Bagi diri yang senasib ni..jauh na rasa masakan ibu..memang jeles juga bila lihat kekawan yang dapat pulang untuk bersama berpuasa dengan mak dan ayah.
Hai..isk..isk..
iyelahkan..faktor ibu nombor satu
dan bulan puasa teringat mak dan masakannya..
bubur lambuk,pengat pisang,ikan percik...hmmm
kalau kuih yang dbeli tu..banyaklah.masa ni lah tunggu ketupat dan pulut panggang arwah 
Touching!!!.
Dulu bila tiba je bulan puasa pasti kad-kad raya menjadi rebutan.
Pergi pasar malam je ,gerai kad rayalah menjadi pilihan.
Dalam minda tu dah senarai dah sapa yang nak dikirimkan..
pilihan kad raya pulak tu pastilah terhadap kata-kata ucapan yang puitis gitu..
Terkadang tu beli punyalah banyak tapi posnya sedikit je..
Bila dapat kad raya dari posmen rasa bahagia sangat ..lagi banyak lagi suka..
posmen pulak tu ada yang bertauliah dan ada jugak yang tak bertauliah.
Bila tiba raya mulalah keluarkan semua kad yang dapat dan tayang kat dindng atau bawah meja kuih..
Banggalah katakan..
Tapi kini anak-anak zaman IT tidak berminat lagi untuk kirim kad raya.Banyak ucap kat facebook ,sms dan sealirannya.Teknologi canggih dah jadi pengganti.kad raya hilang kepopularitinya..Posmen dah tak sibuk lagi...
Tapi kalu di tanya pada diri ini...tentulah saya pilih kad raya..sebab ianya ada satu value yg sukar nakciter...
Tahun ni agak-agak dapat tak kad raya nie...hmmm..
Kenangan Ramadhan...bila tiba waktu nak berbuka..kalau boleh semua jenis air nak ada atas meja. air yg wajib yang mesti ada kalau tak air tebu mesti air kelapa..Ini kesukaan minum masa puasa dari kecik hingga kini..kalau takde dalam hati memang rasa kecewa sesangat..ko orangpun semestinya ada air kesukaan masing-masing kan..jangan nak tipulah...semua jenis kuih nak di makan..tapi bila tiba waktu berbuka hanya satu dua je yang dapat dihabiskan..
last-last akan kedengaranlah leteran mak yang tak habis marahkan anak-anak sebab membazir.. 
lagi satu kalau dulu waktu berbuka puasa ,siapa yang tak berpuasa tu biasanya mak kita tak bagi kita makan sekali kenalah tunggu dan duduk kat luar dulu hinggalah habis orang berpuasa berbuka puasa.Tapi sekarang tak lagi berlaku..anak-anak puasa ke tidak tetap akan makan sekali waktu berbuka..
Bila bulan puasa ni ...hati mesti dekat dengan masjid kan..
teringat dulu bila malam je mesti bersama dengan beberapa orang makcik yang kini semuanya dah jadi arwah..Dialah kawan-kawan masa tu yang jadi geng aku pergi masjid nak solat terawih..
bila kenangkan balik...betapa hebatnya ujian bila sesuatu kebaikan itu disalah erti..
Hidup dalam suasana kejahilan waktu itu..betul-betul menguji keimanan..Alhamdulillah Allah memberikan hidayah pada diri ini..indahnya malam-malam Ramadhan mengejar pahala berlumba ibadat.
Waktu kecil..berjalan malam dengan kawan-kawan memanglah paling suka.letak lilin dalam tempurung bawa tanglung..jalan-jalan sekitar kampung langsung tak takut sebab masa tu dalam minda hantu syaitan dah kena rantai.
kat halaman rumah pulak mesti nak buat pelita buluh atau pasang banyak -banyak pelita pahtu letaklah atas pagar..cantik je tengok kerdipan pelita ditiup angin...
sekarang ni payah dah nak jumpa situasi macam tu
anak-anak lebih rapat denga gajet yang pelbagai jenis.. bermain game dan facebook.
main-main macam tu dah lapuk..
Bila bulan puasa,dulu-dulu sama-sama jiran tiap petang bertukar juadah masing-masing..dapatlah rasa masakan jiran  kita punya.
tapi kini dikampung sekalipun tradisi ini dah berkurangan.
masing-masing sudah melupakan adat yang diamalkan.macam aku kini pun ramai lagi jiran-jiran dekat rumah yang aku tak kenal..kemesraan dah semakin hilang..anak-anakpun tiada kawan-kawan walaupun tinggal berjiran.
hilang seri kan..
yg paling suka kalau dulu-dulu
tak sabar-sabar nak dengar radio mainkan lagu raya.aduh..bila dengar je..hati tak sabar -sabar nakpakai baju raya..Lagu yang paling minat masa tu tentulah lagu arwah Ahmad Jais..dan Saloma.kini kalau tanya tentulah Dendang perantau menjadi pilihan.
Tapi kali ini tahun ini..nikmat lagu raya kurang lah dirasai..sebab tahun  ni..tak balik beraya..huaaaaaaa..
sok-sok..sedihnya.
ketupat nasi....tapai..nasi minyak mak...tak dapatlah hamba nak merasa..


Walaupun banyak dah perbezaan puasa dulu dan sekarang...
yang penting
banyakkan amalan
semoga kita insan yang sentiasa terpilih untuk mendapat keberkatan dariNya..
Amin..

Walau dimana anda berada..selamat menjalani ibadat puasa dari saya..
--Anak Pantai--


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!