Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 30 Jun 2013

Teks Pengacara Majlis Penangguhan Kem Jom Solat Siri Pertama



 Teks Ucapan Pengacara Majlis Penutupan Penangguhan Kem Jom Solat 
Siri Pertama
Perigkat SMK Demak Baru.



 Emcee yang tak di rancang

Bissmillahirrahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh..


Yang  Berusaha
Ustaz Busman  bin Rambli
Yang Dipertua PIBG
SMK Demak Baru.

Yang Berusaha
Cikgu hajah Fatimah Hamid
Pengetua
SMK Demak Baru

Yang Dihormati

Barisan Penolong Kanan


Ahli Jawatankuasa Kerja
Kem Jom Solat Siri Pertama  
Peringkat SMK Demak Baru 2013

Barisan fasilitator

Para peserta

serta

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Penangguhan Kem Jom Solat Siri Pertama Peringkat SMK Demak Baru 2013


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penangguhan Kem Jom Solat  siri pertama Peringkat SMK Demak Baru Tahun 2013. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Indah mekar si bunga siantan
Mekar mewangi di taman larangan
Cintakan solat , fahami al-Qur’an
Moga terealisasi jadi kenyataan.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz..Ibrahim Haling .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ibrahim Bin Haling atas bacaan doa itu tadi.

RUMUSAN AKTIVITI KEM JOM SOLAT( KETUA KOMANDEN)

Seterusnya majlis menjemput ustaz Badrol Hisyam bin Majid, selaku ketua komanden kem jom solat siri pertama untuk membuat sedikit ulasan dan rumusan sepanjang program ini berlangsung.

Majlis dengan segalanya hormatnya  mempersilakan.

Majlis mengucapakan terima kasih kepada Ustaz Badrol Hisyam bin Majid atas ulasan dan rumusan beliau tadi.

UCAPAN ALUAN PENGETUA.

 Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada
Yang Berusaha Cikgu hajah Fatimah Hamid,Pengetua SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid  atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

 

UCAPAN PENANGGUHAN

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ucapan perasmian penangguhan  yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha  Ustaz Busman Bin Rambli , Yang  Dipertua PIBG SMK Demak Baru .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syukran jazilan diucapkan kepada Yang Berusaha  Ustaz Busman bin Rambli  atas ucapan perasmian penangguhan  yang telah disampaikan sebentar tadi.


PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PENCERAMAH /PEMENANG.

Sidang majlis sekalian,
Seterusnya acara penyampaian cenderamata dan hadiah kepada penceramah dan pemenang.


Untuk menyempurnakan  majlis, dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En Razali badar ,Penolongg Kanan Hal Ehwal Murid  mengiringi Ustaz Busman Bin Ramli  bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.Dipersilakan.

Dijemput Ustaz Wan Yusuf Wan Mumin,penceramah jemputan pada hari ini untuk menerima sedikit penghargaan kenang-kenangan.

JK kuasa Kem Jom Solat turut sama mengadakan pertandingan antara kumpulan.Untuk pengetahuan  pengadilan dikira berdasarkan  pelbagai kategori seperti kerjasama diantara kumpulan,kerajinan,disiplin dan kesebagainya.
Dipersilakan kumpulan:

1.kumpulan 10

2.Kumpulan 2

3.Kumpulan 4

4.Kumpulan 5

5.Kumpilan 6

6.Kumpulan 9
7.Kumpulan 8

Seterusnya diumunkan tempat ketiga ..dimenangi oleh  kumpulan_____1_______________.

Tempat kedua diberikan kepada Kumpulan _____________7_____________

Dan tempat pertama diberikan kumpulan______________3___________


Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang berjaya dan kepada kumpulan yang tidak berjaya. supaya tidak merasa hampa..Apalah ada pada hadiah ini kerana dan sesungguhnya di mata Allah ada semua  adalah hambanya yang mulia. yang berusaha untuk menjadi hamba yang soleh.Selepas ini khabar-khabarkanlah kepada ahli keluarga,rakan rakan ,betapa indahnya Kem Jom Solat ini.dan mana yang buruk itu buangkan saja disini dan lupuskan dari kotak ingatan .Jangan jadikan ia satu ingauan ngeri untuk kita melaksana ibadat wajib ini.





PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,


Sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha  Ustaz Busman  bin Ramli atas kesudian hadir dan merasmikan penutupan penangguhan majlis kita pada hari ini, majlis ingin mempersilakan  Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid ,Pengetua SMK Demak Baru  menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis mengucapakan terima kasih kepada Cikgu Hajah Fatimah atas penyampaian cenderamata itu tadi.





UCAPAN PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,



Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung majlis.

Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Jom Solat siri Pertama Peringkat SMK Demak Baru, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis selama 2 hari majlis ini berlangsung. Kepada anak –anak pelajar yang dikasihi jadikan ilmu yang dikutip selama kita berkampung 2 hari ini sebagai titik mula kepada kamu untuk mencintai solat , jadikan satu ibadat yang mengembirakan. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah.

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta.

Sekian saya akhiri dengan lafaz suci wabilah hitaufik wassalamualaikum W.B.T.

Dijemput kepada Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah  untuk mengiringi Yang Berusaha  Ustaz Busman  bin Rambli   untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.



7 ulasan:

  1. Assalamualaikum...saya copy paste teks nie tuk majlis smart solat....cume sya ubah serba sedikit...mohon halalkan ya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumussalam.semoga segalanya berjalan lancar dan dapat membantu

      Padam
  2. Assalamualaikum...saya copy paste teks nie tuk majlis smart solat....cume sya ubah serba sedikit...mohon halalkan ya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam...silakan.semoga dapat membantu

      Padam
  3. Assalamualaikum..saya mintak copy ye. Mohon dihalalkan. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum.. saya mohon copy paste teks nie sebagai rujukan.. mohon dihalalkan. Terima Kasih.

    BalasPadam
  5. terlebih dahulu saya ingin memohon keizinan cikgu untuk mengambil teks pengacaraan majlis penangguhan yang telah dikongsikan dalam blog cikgu.moga cikgu semakin bertambah rezeki.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!