Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Jumaat, 31 Mei 2013
Senja Yang Mendamaikan....
Rindu betul saat di waktu senja macam ni...
tenang dan damai melihat mentari semakin menghilang.
warna kemerahan dilangit
serta pecikkan cahaya mentari yang terkena air lautan
cukup untuk membuat hati terharu mengenang Rabbul Izati..Pencipta Yang Maha Agung..
Siapa yang mempunyai minat yang sama seperti diri ini pasti nya akan tahu dimana keindahan dan ketenangan yang dapat dirasai..Alhamdulillah diberikan minat pada keindahan alam semulajadi..tidak kira siang atau malam itu lah terapi yang paling berkesan
merenung kebesaranNya serta tidak lupa mengucapkan syukur atas nikmat yang dikurniakan..
-Anak Pantai-
tidak akan pernah sesekali berhenti menulis...
sehingga nafas ini terhenti.
apa yang dirasa itu yang dititipkan
inalah duniaku...
SMK Meru Kelang.....alahai..
rasa macam nak pergi SMK Meru kelang.lah pulak
Agak-agak pendidikan khas ada tak kat sana
mesti menarik perjalanan cerita kehidupan selepas ni
Resepi paling mudah
Sayur Cekur manis
Bahan-bahan:
daun cekur manis
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sebiji keledek
secubit garam
secubit gula
ikan bilis atau ikan tamban /keropok keping.
Cara membuatnya:
tumiskan bawang putih dan merah yang dicincang halus hingga garing
masukkan air
masukkan keledek dan masak sehingga ubi empuk..
masukkan daun cekur bersama gula dan garam..kalau boleh nak rasa manis sikit..
Siap untuk dihidangkan...
Ikan kering berlada bersama petai..
ni yang paling senang jugak nak masak..
sangat sesuai makan nasi bersama dengan sayur cekur manis tadi..
ni kira masakan orang terengganulah ni..
time duit semakin mengecil bolehlah cuba..
bahan-bahan:
1 bijibawang besar
beberapa helai cili kering yang dikisar
minyak
garam
gula
air asam jawa
petai
ikan kering yang telah siap digoreng..
cara membuatnya:
panaskan minyak
tumiskan cili bersama bawang sehingga masak
masukkan air asam jawa
masukkan garam dan gula secukup rasa..
masukkan petai
masukkan ikan kering yang telah siap digoreng
tunggu seketikakemudian hidangkan..
Sotong Rebus
Bahan-bahan:
sotong
serai dipukul dengan alu lesung.hahaha
bawang putih/bawang merah
halia
garam
Cara Membuatnya
Masukkan kesemua bahan tadi bersama air
rebuskan sehingga sotong masak..
senang kan...
Kepala Sotong Masak Merah
Bahan-Bahan
Bawang merah
Bawang putih
garam
gula
asam jawa
minyak untuk menumis
kepala sotong
daun limau purut
tomato
halia dipukul
serai dipukul
cili boh atau cili kering
kicap sedikit
kalau suka ajinomoto tu letaklah jugak
Cara Membuatnya
Tumiskan cili bersama bawang putih dan bawang besar atau bawang merah yang telah dikisar
Bila cili dah betul2 masak masukkan air asam jawa
masukkan kepala sotong,serai dan semua bahan yang dinyatakan di atas.
Tomato tu letak last sekali lah ya..
kalaau ada nenaspun bolehlah jugak letak.lepas tu hiriskan lada besar masukkan seketika atas kuali lepas tu angkat.
Telur dadar
basuhkan telur
masukkan garam dan ajinomoto
pukul telur hingga kembang
panaskan minyak
goreng dalam api yang sederhana
Paling senanglah kan.
Tapi satu petua yang dapat dari bapa mertua
nak telur dadar yang cantik pastikan letak minyak lebih sedikit dan tunggu hingga kuali tu keluar asap baru letakkan telur
Hasilnya memang puas hati
telur dadar kembang dan gebu..
Kerabu Sotong Nenas
Bahan-bahan
Sotong yang telah direbus
nenas
cili kecil dihiris halus
bawang merah dihiris halus
garam kasar
gula
kacang tanah ditumbuk kasar
limau nipis ambil airnya
serai di hiris halus
tomato
kacang panjang
timun batang
daun kunyit dihiris halus
Cara Membuatnya
Kesemua bahan tadi digaulkan sekali..
inilah resepi ciptaan sendiri tak copy dari mana-mana..
paling senang dan mudah je nak buat..
-Anak Pantai-
Selasa, 28 Mei 2013
Giler masak hari nie...
masakan pertama ari ni...kerabu kacang botol udang barin..aku buat ni reka sendiri tau...no copy-copy paste aaa..aku buat dari hati...aku buat kerabu ni untuk membangkitkan selera mak yang pening dan kurang sihat..aku tahu kegemaran mak adalah sebarang jenis kerabu..so...for u mak saya masakan untuk mak..bila siap terus bawa masuk bilik dan bagi mak rasa..mak kata sedap...
itu dah cukup membahgiakan saya mak...
Hari ini buat juga ikan masak kicap ..ala-ala aku punya staillah,..biasanya masakan ni anak kita yang sulung Alya yang suka...
masakan seterusnya gulai ikan kering terung bersama petai...hah..kau orang nak rasa k...kalau nak rasa pergilah masak sendiri hahahaha...lawak-lawak..
ini pulak daging panggang dan kukus...
biasanya orang kukus baru panggang kan
yang aku buat pulak terbalik..
lantak..aku punya selera...
jangan nak komplen-komplen ekk.
ni pulak tempe goreng kunyit serikin..sebab aku beli tempe ni dari serikin...goreng biasa je hari ni sebab bila siap goreng terus makan ala-ala makan kacang gitu....
terliur tak...alah pastilah ko orang tak terliur nya...
yang penting ada aku kisah.......
ini pulak paling senang nak masak dan paling anak-anak suka..cara dia cuci panaskan air dan rebuslah telur tu hingga masak...senang kan....
kelas kau..
in i pulak ikan rebus panggang..nampak semacam je kan..tapi jangan tengok luaran tau..kena rasa dulu baru tau camana.ibarat jangan pandang rupa untuk buat kita jatuh
cinta tapi pandang dan lihatlah hati budi dan tingkahlakunya sekali..
kih-kih....
Ini pulak shushi terengganu,...aku saje je letak nama tu...rasa benda ni ala-ala solok ladalah.sebab bahan dia hampir sama je..ni juga salah satu yang mak aku suka makan..
hahhh..inilah kalu masuk dapur ...apatah sekarang ni tengok pulak master cheff kat tv sekarang ni..
berkobar-kobarlah semangat nak cipta resepi sendiri...
apapun masak mestilah lahir dari hati yang ikhlas..baru rasanya sedap seikhlas hati kita..
apapun masakan aku hari ni semua ada masam manis,pahit masin..ibarat kehidupan kitalah..
Alhamdulillah nikmat yang Allah bagi setiasa bertambah..
-Anak Pantai-
Rojak Terengganu,agar-agar santan masakan mak
Sejak dua bulan mak bersama...bertuah sangat rasa kerana dapat makan masakan dari air tangan mak.
Boleh dikatakan saban hari mak masak apasahaja yang kami minta...sebut je di mulut,pastikan mak akan cuba usahakan..
Semalam mak buat rojak dan agar-agar santan buat kami..
Rojak semestinya kegemaran diri ini kerana masa mak berniaga dulu,inilah salah satu jualan mak dulu .Buat rojak ni senang je...
bahan-bahan
(Kuah)
Air Asam jawa
cuka
kicap
cili boh
belacan
gula
sedikit garam
ikan kering
ikan rebus
air
Semua bahan tadi dimasakkan sekali termasuk ikan kering dan ikan rebus yang telah ditumbuk tu ...masak dia mudah tapi sedapp!!
kuah ni kita makan dengan betik kekuningan tu,timun batang,nenas dan ubi sekuang..tambah pulak kalau ada kerepok keping terengganu..fuyoi...sedap menjilat jari..
Ni pulak agar-agar santan buat cucu-cucu mak...
Masakan mak yang terbaikbagi kami...
Dalam hati menghitung hari....mak akan balik kampung tinggalkan kami..
Kalau boleh biarlah waktu lambat beredar supaya mak masih lama dengan kami...
Nikmat yang tak terhingga bila mak ada di sisi...
Langgan:
Catatan (Atom)