Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 11 Januari 2013

menu petang jumaat daging masak hitam

 Lama dah tak buat daging masak hitam..
Petang ni menu sekeluarga makan nasi dengan daging masak hitam resepi orang Sarawak.semenjak duk Sarawak ni tak dapat dinafikan banyak dah resepi menjadi kesukaan .
Dah terbayang dah kalu berpindah nanti mungkin dari saat ini kena belajar terutama kek lapis yang masih lagi gagal nak jadi betul-betul.kek belacan tu tahulah..
Inilah daging masak hitam.tunggu En Suami turun makan je lagi...
resepi saya ni biasa je
5/6 ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1/2 kilo daging
10 cili kering
seinci halia
seinci lengkuas
2/3 helai daun kari
minyak
kicap pekat
sos tomato
sos tiram
sedikit sunquik
aji ,garam dan gula scukup rasa
tumislah hingga naik bau kemudian letak sedikit air ,kacau dan pastikan jangan hangus..
pastu selamatlah masuk dalam perut..

hihi selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!