Suka betul tengok gambar itik dan familynya.
Sejak bila saya suka itiknya.
Entahlah terjumpa gambar itik dengan bilangan yang sama dengan keluarga saya ini buat saya tertarik.
Diibaratkan mengambar kan saya,suami dengan 5 orang anak.
Alhamdulillah ribut badai melanda tapi saya bahagia.
kerana disisi saya seorang suami yang cukup tabah.
jauh disudut hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya begitu menyayangi insan ini.
Pada Allah saya memohon agar
kebahagiaan dan ketenangan kami sekeluarga akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Seperti kata suami andaikata kami berhijrah ke destinasi seterusnya hijrahkanlah kami ke satu tempat yang boleh membawa kebahgiaan dunia dan akhirat.