Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 23 September 2012

Satu petang berbagai cerita suatu masa dulu


Petang-petang gini terasa pula jari jemari nak menulis.
Namun entri apa yang nak dikongsi tak tahu pulak..
Semua dah saya citerkan
:)

 mahupun
 (: saya ..
semua saya dah kongsikan di blog ini..
hmmm
petang ni terbayang masa remaja dulu
waktu -waktu petang macam ni
selalunya saya akan buat...
  • Biasanya saya akan memastikan baju -baju yang dibasuh sudah selesai dilipat.Inilah kerja saya setiap hari.Baju pulak tu bertimbun -timbun tak tahu kenapalah banyak sangat..Kalu masa nilah ada mesin yang pandai lipat baju bolehlah jugak tolong selesaikan masalah saya ni..
  •  
  • Selesai lipat baju aktiviti lepak atas beranda luar rumah.Biasanya saya duduk muka pintu..sambil khayal sambil dengar lagu..Petang-petang gini biasanya lagu jiwang-jiwanglah yang DJ putarkan..apalagi fikiran melayang entah kemana.terkadang tu tak sempat nak khayalpun mak dah panggil..ta...tolong ambil kayu api..Ta tolong uli tepung..Ta koyak ubi.. dan bla bla...Terkadang tu saya buat-buat tak dengar maka menjeritlah mak saya panggilkan nama saya..Bila nama dah dijerit tu barulah litang pukang saya pergi buat apa yang mak suruh..Dalam baik saya ni ada nakalnya jugak.
  •  
  • Kalau rasa rajin saya akan melepak lawat kawan-kawan kat rumah dia.Ambil masa tanya hal ehwal orang sekampung..kih-kih..Mulalah kami bergosip.Gosippun sudahpasti kisah cerita tentang berlainan jantinalah.Dari situlah saya tahu banyak cerita.Yelah kat kg saya ni ada juga wartawan yang tak bertauliah.Lagi hebat rasanya dari wartawan yang kerja kat Media Hiburan tu..Cuma biasalah dia orang tutak diberi peluang je..Bila dengar cerita terkadang buat saya rasa happy..terkadang buat saya frustlah..(hanya saya je yg tau kenapa).

  • Rutin harian saya mesti tidak lengkap kalau daun-daun di tanah tu saya biar begitu je.biasanya pagi dan petang saya akan pastikan di tanah tu takde daun-daun yang mencemarkan persekitaran rumah saya.Hilang ketenangan kalau biar daun berguguran tanpa dikutip atau disapu..Orang kata rumahku syurgaku..walaupun rumah hanya layak dipanggil pondok tapi yang tinggal kat situ adalah saya..Saya bahagia dengan cara saya.Biasanya saya tak bakar daun tu tapi saya buang dalam tong sampah MPKT.Jahatkan saya.Kerana daun-daun tu membuatkan tong sampah tu cepatlah penuh..Macamlah milik saya sorang..Sedangkan yang sepatutnya sampah sarap dari bahan atau sisa makanan..Agak-agak saya ramai yang marah kat saya masa tu..Bila menyapu ni..time nak buang sampah nak melintas jalan tulah buat saya fikir dua kali.Apatah lagi saya tak tahulah apa yang pelik bila saya keluar lintas jalan nak buang sampah tu adalah mata-mata yang duk perhati.Apa masalah dia orang ni..Pelik ke saya ni..mungkin saya ni gadis melayu terakhir kat kg tu..hahahaha..
  • Biasanya saya sambung lagi buat kerja.Bab ni memang memerlukan tenaga yang lebih.Sebab tu masa saya remaja badan saya slim je..Tak payah nak gi gym pun.Apatahnya setiap hari saya duk angkat berat. Angkat air di telaga dekat rumah Mah atau telaga Pok Su Lah..Telaga ini lah yang menjadi nadi membekalkan air buat kami sekeluarga.Boleh dikatakan setiap hari saya buat benda tu kecuali saya demam je..Ini antara kerja wajib saya yang diarahkan oleh mak saya.Anak yang baik mana boleh derhaka kan,..Baiklah sangat saya ni..Kalau tak percaya tanya lah mak saya.:)
  • Kerja ini pun wajib jugak..Selepas angkut air tu..penat ,letih belum boleh rehat lagi.Saya kena pastikan daun-daun buah pisang dikutip dan dibuang..Mana -mana barang jualan perlu dikemaskan..Papan kedai perlu dikutip dan kedai harus ditutup.Aktiviti inilah paling menyiksakan bila mana time nak ambik papan kedai tu saya kena mengadap insan-insan yang duk kat wakaf tu..saya tak perasan tapi memang saya perasan mata dia orang duk perhatikan gelagat saya,Terkadang buat saya rimas terkadang buat saya cukup malu tapi terkadang tu ada gok rasa sunyi bila mana diaorang tak ada kat situ..isk pelikkan saya ni..
Aktiviti inilah yang saya suka.Waktu senja dah mula hadir menjelmakan diri.Waktu inilah saya dan kakak akan melepaskan lelah seketika kat pantai..Sambil berjalan kaki saya pasti akan saya basahkan dengan air ombak..Tenang rasa bila dapat menyejukkan kaki ..Hilang rasa penat seharian buat kerja.Kira waktu ini waktu rehat kamilah..Malam pulak ada lagi kerja.Bukan je belajar tapi kerja-kerja membantu mak yang belum selesai..Bila di pantai kami biasanya menunggu cahaya merah diufuk barat..Bayang-bayang perahu semakin kelam dari pandangan mata..Pecikan cahaya sangat cantik terkena ombak..Hmmm hanya insan-insan yang tinggal di pantai sahaja tau betapa nikmatnya melihat keindahan ketika senja itu.Sesekali saya ukirkan kata-kata.Luahkan apa yang terbuku dari hati.Mengharap luahan saya di baca oleh insan lain.

Inilah citer saya..kisah saya bila tibanya waktu petang..
Kisah saya ..perjalanan hidup saya
kini menjadi memori teramat indah..
Tak mampu dan tak mungkin untuk kita kembali pada masa dahulu..

-Anak Pantai-

8 ulasan:

  1. Saya pasti disaat cerita ini ditulis..segala kenangan lalu satu persatu terbayang dan terlintas di benak fikiran kan...Alangkah indah jika ada orang dapat dengar dan sama2 menceritakan nostalgia itu.Walau ia dah lama berlalu namun ia tetap malar segar diingatan.Kata org..tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat bermanja...hanya mereka yang mengalami sahaja dapat merasai perasaan dan ingatan terhadapnostalgia lalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam tulah kiranya bila imbas balik terbayang satu persatu setiap perkara yg dibuat tu ...yelah semua orang ada kenangan..bukan tempat bermanja tempat meneruskan kehidupan yg cukup mencabar tika dan saat tu...

      Padam
  2. Betul la kata org...tmpt lahir ckp2 memberi kesan pada kita..sebab tu la org tua2 marah jika kita merobohkan warisan kita..walau besar pun rumah kita kini..walau damai pun tmpt tinggal kita kini..walau suka pun dgn tmpt kini...warisan bonda tidak dilupakan..kaau tak dada rumah...tapak rumah pun akan kita kunjungi..begitu kuatnya ingatan kita pada tmpat kelahiran dan bermain kita kan..rumah lama dan kubur yang akan kita lawati walau beribu batu kita merantau...

    BalasPadam
  3. bertuahlah org yg ada tanah sendiri ..kalau macam saya tanda tu akan hilang jua kerana suatu hari rumah buruk tu akan roboh jua..dah takde kenangan lagilah...

    BalasPadam
  4. Mgkn ada insan2 kt wakf dulu yg meminati anak pantai dr jauh kut...atau mgkn ada sesuatu yg ada pd anak pantai menarik minat dia orang..cnthnya gelagat anak pantai takkala melintas jalan...menyapu sampah...cbe ingat balik apa yg istimewa tu...atau mgkn juga anak pantai merupakan wanita melayu terakhir di kampung itu masa tu kut.ha.ha...bestkan ble teringat masa tu..kisah masa remaja.

    BalasPadam
  5. Tak tahulah...pandangan masing2..tapi lucu jgk bila dikenang.nakal jugak dia org ni..zaman remaja zaman penuh keseronokan tu...

    BalasPadam
  6. Kalau boleh kan..mesti msg2 mahu alami walau sekajap suasana itu kan..walau dh senja sekarang ni tp berlakon jd zaman remaja.Tak gitu anak pantai...tapi budy tak boleh ubah la..sbb msg mesti dh tembam..dn perut dh boroi skrg...Sehari pn jadilah utk merasai suasana zaman remaja..

    BalasPadam
  7. kalau boleh kan...angan-angan jelah..org kata kalau dapat diundurkan masa..tapi mana mungkin kan..
    kenangan hanya tinggal kenanganlah nampaknya

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!