Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 26 September 2012

Sedikit bingkisan di hari Rabu

Salam Rabu buat semua..
.Pastinya hari ini mengharapkan yang terbaik daripada sebelumnya.
Yelah terkadang apa yang dirancang tak menjadi
Apa yang diimpikan 
Lain pulak yang jadinya.
keceriaan dan kegembiraan
 yang diharapkan
rupanya
bertukar menjadi detik yang suram dan
mengecewakan..
Itu yang seboleh-bolehnya  cuba untuk dielakkan.
Semalam dah berlalu dengan cerita yang tersendiri
Hari ini entah apa yang bakal berlaku nanti
Mudah-mudahan Allah memberikan segala kesenangan dalam menguruskan banyak perkara hari ini.
Semakin hari semakin banyak tanggungjawab yang diberikan dan yang harus dilaksanakan.
Kerja-kerja banyak sudah yang tertangguh ni..
hmmm
entah bila akan berubah ni..
Buku rekod entah kemana..
Kertas soalan Sejarah,Bahasa Melayu dan Keusahawanan belum satu pun yang siap.
Minggu depan 2 Oktober dah bermula nya exam.Bayang kertas soalan belum nampak lagi
16 Okt-19 Okt pulak diberi amanah sebagai ketua kontijen Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Melaka.
Banyak tanggungjawab yang terpaksa diuruskan sebelum berangkat..
Tiket kapal terbang,baju dia orang,pasport, pengangkutan di sana..borang-borang...dan apa2 lagi..
Hari ini pulak kena mengadap meting bersama orang jabatan untuk uruskan ke Melaka tu..
Belum lagi persediaan untuk Hari Motivasi Kecemerlangan PPKI di Hotel Pen View Inn pada 3 Nov nanti..
Kena pulak ketua bahagian Hadiah dan Cenderamata.Ketua Penghiasan Pentas dan AJK Protokol..
Cenderamata dan hadiah perlu disediakan awal..sekarang baru je siap 50%.
Nasib baik ada kwana-kawan Cgu Lina dan PPM Nilip dah menolong menjahitkan mana yang dapat dahulu..
Belum lagi nak fikir pasal takwim HEM PPKI.2 minggu lagi nak diadakan mesyuarat.
Laporan Disiplin sekolah pun tak tahu bila nak buat...Begitu jugak takwim untuk disiplin ni..
Beginilah tugas saya sebagai guru untuk bulan 10 dan 11 nanti hihihi..
Kena suka,ceria kalu tak mood kerja tak datang.
Yang penting anak-anak murid happy dengan cikgu "dia ni"

Oh ya..
Hari ini menerima kunjungan daripada guru-guru dan murid-murid PPKI dari SMK Manir,Terengganu.
Seronok dapat jumpa dengan orang sendiri.
Bolehlah cakap-cakap ganu nanti..
Kih-kih
Samat Datang 
Cangmmane naik kapal..
Dok brape hari sning...
Mungkin tulah soalan-soalan yang nak di tanya nanti..

 
 Sapaan Mentari tika muncul menampakkan diri Di SMK Demak Baru..
Harap sinar itu akan berterusan
Hingga ke petang.
  • tq kerana awak baca blog saya hari ini..kih2..yelah blog saya biasa2 je ..coretan hati dari seorang guru..
  • kalu rajin tu tinggallah pesanan ye..:)kawan2 apa salahnya kan..
  • Apapun semoga Allah sentiasa memberkati kita sepanjang perjalanan hari ini dan hari-hari seterusnya.. 


-Anak Pantai -

Selasa, 25 September 2012

Selamat Hari Lahir Alya


 Kakak montel masa kecik

 Ketika usia 6 bulan..Inilah kawan kakak yang pertama.Nama dia Amirul...
 Masa ni Alya baru berumur 19 hari bergambar kenangan dengan kakak Fatin..
 Masa ni kakak berumur 3 tahun..
 Atas katil Cek La kat UKM ketika umur kakak 1 tahun lebih..
 Kakak dengan mak dah jadi kawan baik...hmmm.

Kakak
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 13 tahun..
Doa dan harapan mak pastilah
mengharapkan permata hati yang pertama mak ni
panjang umur,murah rezeki..menjadi anak yang soleh
kakak yang baik
dan sebagai pelindung pada adik-adik.
Semoga Allah memberkati usia kakak dan
cemerlang dalam pelajaran.
AMIN..
 
Kakak..
Terima kasih kerana menjadi anak mak yang baik.
Mak sayang kakak 
jua anak-anak mak yang lain
Tiada beza kasih sayang mak dengan kakak,Alif,Adam ,Aimy dan Azib
Sebab semuanya permata hati mak yang lahir dari perut yang sama..
Mak tak tahu apa yang ada dalam hati kakak
justeru mak nak kakak tahu
mak sayang kakak
leter mak kerana mak nak kakak menjadi insan yang sempurna..
menjadi contoh pada adik-adik..
Maaf juga kakak
mak mungkin bukan emak yang sempurna yang kakak harapkan
tapi mak sentiasa ingin berusaha untuk menjadi yang sempurna..
Semoga hari-hari yang mendatang kita bisa menjadi kawan yang paling rapat.
Akhir kata..
SELAMAT HARI LAHIR ALYA..:)
 

Kawan


 
Kawan sentiasa ada di mana-mana
Kawan  datang dari pelbagai cara
Datang dan pergi 
sesuka hati.
Ada orang memerlukan kawan tika dia susah je.
Masa senang jumpapun buat-buat tak kenal
Ada pulak tu masa kita susah ramai yang tak nak mengaku kita ni kawan
Rasanya nak jeling sebelah matapun payah
Kalau berlanggar bahupun pura-pura buat tak tahu
Bila kita senang boleh pulak mengaku kita kawan sejati
Itulah realiti hidup ini 
Itutakpe lagi
Kawan yang tikam dari belakang ini yang bahaya.
Depan kita berjela-jela menyokong dan memuji kita
belakang kita Ya Rabbi
Berbakul-bakul kutuk kita.
Takut ada kawan yang macam ini 
walaupun diakui kawan yang kategori inilah
yang paling banyak disekeliling kita.. 
Pengajarannya yang boleh diambil
Jangan hanyut dengan pujian
Jangan lalai dengan kata-kata
Hati-hati berbicara
Musuh sentiasa menanti 
Kita lemah dan terus tersungkur...
Namun
Ada juga kawan yang sebaliknya
Kawan yang pantang dengar kita susah ..
Masa kita gembira dia buat-buat tak tahu je
rupanya dia nak buktikan dia kawan bukan waktu kita gembira
tapi dia kawan saat kita berduka
Sanggup memasang telinga 
mendengar rintihan hati kita.
Ada juga kawan 
Dia sentiasa ada
Waktu kita gembira
Mahupun waktu kita bersedih
Bahagia kita bahagia juga yang dia rasa..
Susah kita susahlah dia..
Kawan yang macam ni amat berharga sangat-sangat
Namun mungkin nanti kita kehilangan dia
Pada suatu masa yang kitapun belum pasti...



-Anak Pantai-
 

Ahad, 23 September 2012

Satu petang berbagai cerita suatu masa dulu


Petang-petang gini terasa pula jari jemari nak menulis.
Namun entri apa yang nak dikongsi tak tahu pulak..
Semua dah saya citerkan
:)

 mahupun
 (: saya ..
semua saya dah kongsikan di blog ini..
hmmm
petang ni terbayang masa remaja dulu
waktu -waktu petang macam ni
selalunya saya akan buat...
  • Biasanya saya akan memastikan baju -baju yang dibasuh sudah selesai dilipat.Inilah kerja saya setiap hari.Baju pulak tu bertimbun -timbun tak tahu kenapalah banyak sangat..Kalu masa nilah ada mesin yang pandai lipat baju bolehlah jugak tolong selesaikan masalah saya ni..
  •  
  • Selesai lipat baju aktiviti lepak atas beranda luar rumah.Biasanya saya duduk muka pintu..sambil khayal sambil dengar lagu..Petang-petang gini biasanya lagu jiwang-jiwanglah yang DJ putarkan..apalagi fikiran melayang entah kemana.terkadang tu tak sempat nak khayalpun mak dah panggil..ta...tolong ambil kayu api..Ta tolong uli tepung..Ta koyak ubi.. dan bla bla...Terkadang tu saya buat-buat tak dengar maka menjeritlah mak saya panggilkan nama saya..Bila nama dah dijerit tu barulah litang pukang saya pergi buat apa yang mak suruh..Dalam baik saya ni ada nakalnya jugak.
  •  
  • Kalau rasa rajin saya akan melepak lawat kawan-kawan kat rumah dia.Ambil masa tanya hal ehwal orang sekampung..kih-kih..Mulalah kami bergosip.Gosippun sudahpasti kisah cerita tentang berlainan jantinalah.Dari situlah saya tahu banyak cerita.Yelah kat kg saya ni ada juga wartawan yang tak bertauliah.Lagi hebat rasanya dari wartawan yang kerja kat Media Hiburan tu..Cuma biasalah dia orang tutak diberi peluang je..Bila dengar cerita terkadang buat saya rasa happy..terkadang buat saya frustlah..(hanya saya je yg tau kenapa).

  • Rutin harian saya mesti tidak lengkap kalau daun-daun di tanah tu saya biar begitu je.biasanya pagi dan petang saya akan pastikan di tanah tu takde daun-daun yang mencemarkan persekitaran rumah saya.Hilang ketenangan kalau biar daun berguguran tanpa dikutip atau disapu..Orang kata rumahku syurgaku..walaupun rumah hanya layak dipanggil pondok tapi yang tinggal kat situ adalah saya..Saya bahagia dengan cara saya.Biasanya saya tak bakar daun tu tapi saya buang dalam tong sampah MPKT.Jahatkan saya.Kerana daun-daun tu membuatkan tong sampah tu cepatlah penuh..Macamlah milik saya sorang..Sedangkan yang sepatutnya sampah sarap dari bahan atau sisa makanan..Agak-agak saya ramai yang marah kat saya masa tu..Bila menyapu ni..time nak buang sampah nak melintas jalan tulah buat saya fikir dua kali.Apatah lagi saya tak tahulah apa yang pelik bila saya keluar lintas jalan nak buang sampah tu adalah mata-mata yang duk perhati.Apa masalah dia orang ni..Pelik ke saya ni..mungkin saya ni gadis melayu terakhir kat kg tu..hahahaha..
  • Biasanya saya sambung lagi buat kerja.Bab ni memang memerlukan tenaga yang lebih.Sebab tu masa saya remaja badan saya slim je..Tak payah nak gi gym pun.Apatahnya setiap hari saya duk angkat berat. Angkat air di telaga dekat rumah Mah atau telaga Pok Su Lah..Telaga ini lah yang menjadi nadi membekalkan air buat kami sekeluarga.Boleh dikatakan setiap hari saya buat benda tu kecuali saya demam je..Ini antara kerja wajib saya yang diarahkan oleh mak saya.Anak yang baik mana boleh derhaka kan,..Baiklah sangat saya ni..Kalau tak percaya tanya lah mak saya.:)
  • Kerja ini pun wajib jugak..Selepas angkut air tu..penat ,letih belum boleh rehat lagi.Saya kena pastikan daun-daun buah pisang dikutip dan dibuang..Mana -mana barang jualan perlu dikemaskan..Papan kedai perlu dikutip dan kedai harus ditutup.Aktiviti inilah paling menyiksakan bila mana time nak ambik papan kedai tu saya kena mengadap insan-insan yang duk kat wakaf tu..saya tak perasan tapi memang saya perasan mata dia orang duk perhatikan gelagat saya,Terkadang buat saya rimas terkadang buat saya cukup malu tapi terkadang tu ada gok rasa sunyi bila mana diaorang tak ada kat situ..isk pelikkan saya ni..
Aktiviti inilah yang saya suka.Waktu senja dah mula hadir menjelmakan diri.Waktu inilah saya dan kakak akan melepaskan lelah seketika kat pantai..Sambil berjalan kaki saya pasti akan saya basahkan dengan air ombak..Tenang rasa bila dapat menyejukkan kaki ..Hilang rasa penat seharian buat kerja.Kira waktu ini waktu rehat kamilah..Malam pulak ada lagi kerja.Bukan je belajar tapi kerja-kerja membantu mak yang belum selesai..Bila di pantai kami biasanya menunggu cahaya merah diufuk barat..Bayang-bayang perahu semakin kelam dari pandangan mata..Pecikan cahaya sangat cantik terkena ombak..Hmmm hanya insan-insan yang tinggal di pantai sahaja tau betapa nikmatnya melihat keindahan ketika senja itu.Sesekali saya ukirkan kata-kata.Luahkan apa yang terbuku dari hati.Mengharap luahan saya di baca oleh insan lain.

Inilah citer saya..kisah saya bila tibanya waktu petang..
Kisah saya ..perjalanan hidup saya
kini menjadi memori teramat indah..
Tak mampu dan tak mungkin untuk kita kembali pada masa dahulu..

-Anak Pantai-

Saya Budak Kampung Anak Pantai



Anda orang kg ke...
 
Saya anak orang kampug..dilahirkan disebuah daerah di Batu rakit ,Kuala Terengganu 39 tahun yang lalu.Semestinya saya bersyukur menjadi anak kg dan anak pantai kerana saya dapat menikmati betapa sejuknya bayu pantai.Betapa indahnya suasana sekelling dengan litupan daun-daun kelapa yang melambai-lambai.Sesekali mata dihiasi dengan indah batu yang terapung di atas air..jauh dari pandangan pula kelibat Pulau Redang dan Pulau Bidong yang sayup mata memandang..

Apa yang best kat Batu Rakit
:)))
Kalu pendapat saya ..pendapat diri sendiri..apa yang menarik menjadi anak Batu Rakit..Hmmm semestinya banyak yang bestnya.
Pendapat saya nie berdasarkan semasa saya masih menjadi penghuni di sana.zaman kecil saya hinggalah zaman remaja.
Banyak nostalgia yang tidak mungkin saya lupakan.
Kg saya terkenal dengan kawasan penduduk yang rata-rata mencari sumber pendapatan di laut.
Justeru kehidupan saya banyak masa dihabiskan di pantai..
Pantai sumber pencarian..
Pantai tempat permainan
Pantai tempat hati meluahkan perasaan.
Tempat ini penduduknya saling bekerjasama,aktiviti gotong royong dan kemasyaratan sentiasa diadakan,Lebih-lebih lagi dengan keaktifan KEMAS. 
Ada sebuah perpustakaan,kedai makan ,sekolah rendah ,masjid dan beberapa buah kedai runcit dan kedai makan.
Jarak kg ini mengambil masa 25KM ke bandar Kuala Terengganu.
Rata-rata penduduk di dalam kategori sederhana dan miskin..
Bila sebut miskin ni..keluarga saya salah satunya.
Walaupun tinggal di rumah sendiri tapi tanah bukan milik keluarga saya..
Kami menyewa tanah yang kami duduki .
Bila sebut menyewa tanah orang ni..faham-faham jelahkan.
Tidak mudah untuk buat sesuka hati..
Nak sambung rumah ke..nak baiki rumah k..punyalah susah..
Jadilah rumah saya seperti pondok buruk yang mempunyai tiang seribu
Apa boleh buat .kami tiadak punya harta..hanya sentiasa mengharap belas ihsan orang lain.
Namun ini lah yang menjadi titik tolak kebahagiaan yang kini saya kecapi...
Yang bestnya tempat ini adalah salah satu tempat pemprosesan keropok lekor.
Sepanjang jalan pantai pulak ada gerai-gerai yang menjual ikan ,sotong celup tepung serta dihidangkan pula dengan minuman air kelapa yang amat menyegarkan.
Kini homestay di Batu Rakit tumbuh bagai cendawan kerana kesedaran masyarakat pada Pantai di Batu Rakit amat cantik dan masih selamat untuk aktiviti mandi manda.

HIhi..saya promosi kg ni...apasalahnya kan..
Siapa yang tak sayang kg sendiri..
 
Tempat selalu saya lepak
 
Nak tahu tak tempat yang selalu saya lepak masa di kampung dulu..
Carta pertama mestilah di pantai..
Itulah tempat lepak saya dari kecil hingglah saya remaja.
Pantai ini terlalu dekat pada diri saya..
Ombak dan pantai menyaksikan segala yang berlaku pada 
diri saya.
 
Tempat kedua pulak di atas beranda kayu tepi jalan rumah Mek Yam..keluarga Cina yang berjiran dengan rumah saya.
Boleh dikatakan saya suka melepak sambil mata-mata memerhati kereta ,motor atau orang yang lalu lalang.
 
Masa zaman sekolah ,pernah jugak melepak atas bukit Bucu..Saya dengan Kak Jan dan beberapa orang kawan yang lain selalu melepak ke sana tiap kali selepas waktu mengaji..Pernah peristiwa lucu kami terjatuh ketika main rakit di belakang bukit tu..dan lari litang pukang kerana terdengar bunyi seakan bom mahu meletup..
Saya juga suka melepak kat rumah-rumah jiran atas labur rumah dia orang..Ramah saya ni ,tulah saya pergi melawat rumah jiran-jiran..kih-kih..
Tapi dalam ramah saya ni saya dulu seorang sangat pemalu..
Entah sayapun tak tahu kenapa.
Tengok orang saya rasa macam tengok rimau.
Kalau orang tengok saya lagilaqh saya mengelabah..
Tapi saya tau kenapa sebabnya
Kerana saya rasa amat rendah diri..
Kalau anda di tempat sayapun mungkin akan rasa macam tu jugak kan..
 
Saya juga melepak kat mengabang..Kat pantai saya tu ada satu tempat takungan air yang dipanggil mengabang.
Saya dengan Kak Jan suka main kayu balak yang ada dalam mengabang tu..
Terkadang sedang asyik bermain tak sedar mak datang dengan membawa pelepah nyiur 
nak pukul kami..
Tempat lepak saya yang seterusnya hihihi.atas pokok ceri.
Tak kira masa mesti saya panjat pokok berhampiran dapur rumah saya.
Saya banyak habiskan masa diatas pokok tu.
Jika saya tension k..saya makanlah buah-buah ceri yang dah merah tu..
Jiwa remaja katakan selalu memberontak..
 
Tempat lepak saya seterusnya adalah perpustakaan desa.
Disitulah sumber saya mendapatkan bahan untuk belajar,Yelah saya orang miskin ,keluarga tak mampu membeli buku,nasib baik perpustakaan ada kat kg saya ni. 
Kat perpustakaan inilah juga saya tempat saya lihat insan yang saya suka..
Kih-kih lucunya..

Permainan masa dulu-dulu
 
Saya masih ingat lagi permainan saya ketika dulu..
Perempuan memang tak lari dari main masak-masak.
Saya selalu main di belakang rumah jiran saya yang bernama Ambak..sebab anaknya kawan dengan saya.
Biasanya daun-daun menjadi mangsa masakan kami..
Selain itu..kalau kat tepi pantai selalunya kami main permainan gelap ceroh..Permainan yang melibatkan dua kumpulan.Baling bola pada tin ,Baling Selipar.Main Tul Nyuruk..Main teng-teng.Gali lubang dalam tanah buat main congkak.. Main guli dan batu serembang..
Pecah buah getoh,tarik upih nyiur dan macam -macam lagi..
Huh indahnya bila dikenang balik,
Dulu kawan tak kira lelaki perempuan sama-sama bermain..

Kini..tempat ini tidak lagi saya duduki..
Segalanya telah menjadi nostalgia 
Walaupun jauh disudut hati 
terlalu menyayangi kg Batu Rakit
Kerana 
ada cerita aku dan dia
disini..
dan sentiasa segar diingatan



Jangan Takut Dengan Cabaran

keyakinan dalam diri haruslah sentiasa  utuh 
barulah setiap cabaran yang datang dapat kita tangkis.
belum cuba belum tahu
jangan pula takut untuk mencuba
kerana setiap cubaan itu 
bisa memberikan kita pengalaman dan pengajaran yang amat 
berharga.
-Anak Pantai-

Sekitar Program Bacaan Yasin Dan Tahlil