Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 3 April 2012

Contoh Pantun Di Akhir Majlis

Blue Roses 
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawahlah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Blue Roses 
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Blue Roses 
Pohon beragan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara

Blue Roses 
 Di atas dahan burung tempua 
Melihatrusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi
Blue Roses 
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Blue Roses 
Dari Rokan ke Indragiri
Membawa tinta ke Kuala Linggi
Baliklah tuan rehatkan diri
Esok kita bersua lagi

Blue Roses 
Dari Kedah ke pekan sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi


 

10 ulasan:

  1. terima kasih sye ucpkan...kerana pantun ini telah melengkapkan cerita sye...untuk kwn -kwn...

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu kami ambil pantun untuk majlis di sekolah mohon halalkan

    plajar teknik melaka bukit piatu

    BalasPadam
  3. Ambil lah....semoga kejayaan sentiasa di miliki

    BalasPadam
  4. Terima kasih cikgu.... mohon halal yerrr...

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas sisipan pantun ne..banyak membantu.

    BalasPadam
  6. terima kasih untuk persiapan pt3 bm lisan 2019

    BalasPadam
  7. Terima kasih utk info ini, for persiapan pt3 lisan

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!