Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 21 Mac 2012

PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING.




PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING.

1.0-PENDAHULUAN
“Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia” dan guru sebagai pendidik adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai “permainan minda”dalam mendidik murid-murid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia.PPKI SMK Demak Baru ditubuhkan pada 2004. Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama .PPKI SMK Demak Baru menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

2.0-PROGRAM INKLUSIF

2.1-SEJARAH INKLUSIF
Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.




2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF
2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.
-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)
-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas “Satellite” di sekolah biasa.(Octopus Model)
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.




2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .
4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.
2. Guru sukar memberikan tumpuan.
3. Berlakunya penglabelan
4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas.
5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.


3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU

3.1-LATAR BELAKANG


Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak Baru bermula sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah program yang sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat dirapatkan.
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa.
Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana.Seramai 2 orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di Tingkatan 4.

3.2-MATLAMAT
Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.

2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.


3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996.

4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina.


3.3-OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).


3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana.

4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.


3.4-KUMPULAN SASARAN

Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.





3.5-JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF





Pengerusi : En Rambil Hj Hasbi (Pengetua)
Naib Pengerusi : En Jamal Shukuri Bolhassan (GPK PK)
Setiausaha : Pn Dayang Hasimah Bt Awang Madian (SU Kurikulum)
AJK : Pn Norzita Mohamed (SU HEM/Guru Sejarah)
: Cik Ruhana Bt Bujang (SU KK/Guru Bahasa Melayu)
: En Jamaluddin Juni (PPM)
: Cik Nillip (PPM)
: Pn Chong Fui Fon (Guru Geografi)
: Pn Kamariah Kunggi Bt Abdullah (Guru Bahasa Inggeris)
: En Badrulisham Ameran (Guru Matematik)
: En Mohd Safwan Alias (Guru Sains)
: En Badrol Hisham Majid (Ustaz)


3.6-FAIL PROGRAM INKLUSIF
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
• Jawatankuasa Program Inklusif,
• Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
• Biodata murid yang diinklusifkan,
• Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
• Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
• Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
• Rekod prestasi murid,
• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.


3.7-STRATEGI PERLAKSANAAN

Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.

3.7.1-Sebelum Program

1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .
2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM .
5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut.
6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.
8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8.
9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.

10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan.
11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2 Perdana,3 Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.
12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.
13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata pelajaran wajib sahaja diinklusifkan.
14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8. (Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8)


3.7.2- Semasa Program

1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat.
4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.
5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.
6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran murid khas.

3.7.3- Program Mentor Mentee
1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid.
3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan . mengadakan kelas tambahan.
4. Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumatbagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar.
5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.




3.7.4-Senarai Mata Pelajaran Yang Diikuti


3.7.4.1- Tingkatan 2 Perdana dan 3 Perdana
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Geografi
• Pengetahuan Agama Islam
• Matematik
• Sains
• KHB/ERT
3.7.4.2-Tingkatan 4A
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Pengetahuan Agama Islam
• Matematik
• Sains
3.7.4.3-Tingkatan 4Sains
• Bahasa Melayu
• Kimia
• Biologi
• Matematik
• Pengetahuan Agama Islam
• Bahasa Inggeris
• Sejarah


3.7.5-Selepas Program
1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga.
5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Sarawak dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

3.8-PENCAPAIAN
1. Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di Lampiran A dan B)
2. Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum
-Nur Syazwani Bt Marais telah mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perak.Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bowling Terbuka yang dianjurkan oleh SMK ST Joseph.
3.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum
Mohd Qamarrul Izzat b Mohd Sani telah
• Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.
• Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan .
• Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi .
• Tempat Ketiga dalam Pertandingan “Spelling” Terbuka pada Minggu Bahasa peringkat sekolah.
4.Pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari ,bersosialisasi dan berkeyakinan.



4.0 RUMUSAN
Kejayaan perlaksanaan program ini di PPKI SMK Demak Baru adalah berdasarkan perancangan yang telah diatur dan dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Guru- guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Dalam Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri,agama dan masyarakat dan juga mampu untuk ddduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat global di luar sana.



7.0-LAMPIRAN
1. Lampiran A dan B-Keputusan dan Analisa PMR
2. Lampiran C- Salinan Sijil
3. Lampiran D- Gambar Pelajar
4. Lampiran E-Gambar Kelas Persediaan
5. Lampiran F-Gambar Kelas Perdana yang diinklusifkan
6. Lampiran G-Gambar suasana sosialisasi Pelajar Khas bersama guru dan pelajar aliran perdana
7. Lampiran H- Gambar suasana pelajar khas Inklusif bersama pelajar khas yang lain.
8. Lampiran I- Gambar suasana kelas tambahan
9. Lampiran J-Jadual waktu Aliran Perdana
10. Lampiran K- Jadual Waktu PPKI 8

71 ulasan:

  1. amat saya harapkan anda dapat meninggalkan sepatah dua kata di sini sebagai tanda ingatan.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih banyak. Sangat membantu dalam tugasan harian. Moga akan terus sukses dan llah segala urusan. Amin

      Padam
  3. salam , harap sudi beri email untuk berhububg...

    BalasPadam
  4. salam. saya mendapat maklumat baru dalam dunia pendidikan...syukran.

    BalasPadam
  5. terima kasih untuk info ini... kebenaran untuk dijadikan sebagai rujukan...

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas maklumat. Mohon perkongsian dan email

    BalasPadam
  7. Assalam mualaikum kak....mohon perkongsian...syafrizal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam....ye silakanlah..mana yang rasa berguna tu ambillah ya..

      Padam
  8. Assalammualaikum .Saya Minta izin menggunakan maklumat ..terima kasih dan tahniah kerana anda benar-benar guru yang TULIN

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam...silakan...alhamdulillah....semoga segalanya berjalan lancar ya

      Padam
  9. Assalamualaikum cikgu, sy minta izin utk ambil maklumat di sini sbg salah satu bahan kajian sy. Maklumat mengenai program inklusif dr cikgu ini amat membantu sy mengembangkan hasil kajian sy. Trma kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..semoga segalanya berjalan lancar ya

      Padam
  10. mohon kebenaran utk berkongsi maklumat bagi menyiapkan tugasan pengajian saya mengenai pendidikan inklusif...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambillah...semoga sedikit sebanyak dapat membantu

      Padam
  11. Assalamualaikum......

    walaupun saya bukan guru pendidikan khas tapi sangat respect pada guru-guru pendidikan khas. mereka dikelilingi oleh insan-insan istemewa menjadikan mereka adalah lebih istemewa. tidak semua mampu untuk bergelar guru pendidikan khas. Tahniah kepada cikgu....
    semoga rahmat Allah sentiasa melindungi cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam...

      terima kasih puan kerana memahami kami guru-guru khas ini.semoga Allah sentiasa merahmati puan jumariah juga

      Padam
  12. assalam, mohon izinkn sy kongsi maklumat ini..terima kasih kerana sudi berkongsi makluma yg sangat berguna dan bermanfaat buat semua warga PPKI..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam...hanya sedikit yang dapat saya membantu kepada yang memerlukan...dan cuba untuk memahamkan orang lain

      terima kasih kerana sudi melawat memori seorang guru

      Padam
  13. ASSALAMUALAIKUM..mohon kebenaran untuk kongsi maklumat ini.info yang diberikan amat berguna kepada semua terutamanya kepada semua warga pendidik.Terima kasih.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum. Tahniah kepada cikgu. saya sangat kagum dengan ketabahan cikgu. Mohon kebenaran menggunakan maklumat ya. Saya juga seperti rakan di atas yang menggunakan maklumat yang cikgu berikan untuk tujuan tugasan. Moga cikgu sentiasa sihat dan gembira untuk mengongsikan lagi bahan-bahan. Terima Kasih daun keladi.-LIN

    BalasPadam
  15. Waalaikumussalam...terima kasih kerana mengunjungi blog Memori Seorang Guru..apa yg boleh membantu tu gunakan lah ya..
    saya doakan tugasan itu berjaya disiapkan...

    BalasPadam
  16. asssalamualaikum. syabas moga cikgu lebih maju kehadapan...saya ingin mohon keizinan untuk guna bahan cikgu...terima kasih moga mendapat keredhoan Allah swt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam...mana bahan yang dapatt membantu tu ambillah ya..memang niat untuk membantu siapa yang mermerlukan...

      Padam
  17. Assalamualaikum dan salam perkenalan....mohon keizinan utk saya menggunakan maklumat yang dipaparkan bagi membantu saya menyiapkan tugasan ttg pendidikan inklusif...Terima kasih yang tidak terhingga untuk segala maklumat yang telah dikongsikan bersama dalam laman cikgu ni. semoga kita diberi kekuatan oleh Allah SWT utk terus cekal dalam melayari kehidupan suka duka sebagai seorang pendidik hendak-Nya....Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusslam...semoga bahan ni sedikit sebanyak dapat membantu cikgu ya..semoga kita menjadi cikgu yang disayangi dan dibanggakan oleh anak-anak murid kita .InsyaAllah..

      Padam
  18. Assalamualaikum. Mohon izin untuk menggunakan maklumat saudari ke atas kajian ynag saya sedang jalankan. Maklumat yang saudari paparkan sedikit sebanyak membantu saya. Sekian.

    BalasPadam
  19. salam.pernah mengajar di smk pandan jaya ker

    BalasPadam
  20. salam...tahniah atas dedikasi cikgu mendidik anak-anak pendidikan khas ini..Semoga cikgu sentiasa sabar mendidik mereka..Izinkan saya mengongsi maklumat-maklumat yang telah cikgu berikan di atas..terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kassih..saya jadi cikgupun kerana adanya mereka.insyaAllah kesabaran itu akan sentiasa ada.ambil lah mana yg boleh membantu ..hanya sedikit yang dapat saya berikan.

      Padam
  21. salam.. saya ckgu baru yang trlibat dgn inklusif murd2 pk. bleh tak berkongsi maklumat serta tunjuk ajar.tq

    BalasPadam
  22. Terima kasih di atas maklumat yang dikongsikan. Tahniah kerana menjadi seorang guru yang teristimewa buat insan istimewa. Cikgu adalah yang guru terbaik dikalangan yang terbaik.... Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dik...berkongsi ilmu demi membentuk insan istimewa menjadi lebihistimewa..kita lah insan yang terpilih Allah berdamping dgn insan istimewa ini..
      Alhamdulillah

      Padam
  23. Mohon share untuk tugasan saya.

    BalasPadam
  24. Hi...minta kebenaran untuk mengambil info yang sungguh berguna bagi menyiapkan tugasan. Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye cikgu silakanlah....semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  25. Setelah membaca pendidikan Inklusif di sekolah cikgu ini , saya berharap dan berdoa apa yang dijalankan akan mendatangkan hasil bagi membawa anak-anak istimewa ini dapat merasai kehidupan yang sempurna seperti anak-anak normal . Apa yang dipapar telah memberi kefahaman saya kepada kelas KKPI dan Pendidikan Inklusif. Dan saya dengan ini memohon agar cikgu dapat mengizinkan maklumat yang ada ini sebagai panduan saya menyelesaikan tugasan saya dalam tajuk pendidikan inklusif. Harap dihalalkan apa yang saya ambil dalam ruangan ini.
    Terima kasih.

    Vios5061.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesilakan...apa yg dapatmembantu tu ambillah ya..kita semua sama2 berbakti demi anak-anak istimewa ini

      Padam
  26. Thanks dgn segala info yg diperolehi dari blog cikgu.Terjumpa blog ini secara tak sengaja semasa tgh cari bahan utk asignment OUM.Semoga cikgu berbahagia bersama keluarga dan murid2 istimewa..........lagunya pun sedap.Keep good works for good deeds!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dik kerana berkunjung ke blog ni...semoga dapat menyiapkan assigment dengan baik ya.semoga tabah dalam mengharungi liku2 hidup sebagai seorang siswa dan juga bekerja...banyak cabaran tu...semoga berjaya

      Padam
  27. mohom gunakan info

    BalasPadam
  28. Terima kasih dgn info ini dpt memudahkan tugasan oum saya, bolehkah menggunakan maklumat sbg panduan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya silakan..saya doakan agar dapat saudari menyiapkannya dengan cemerlang ya

      Padam
  29. Minta izin ambil maklumat..tq

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum.. mohon share.. tqvm.. sgt2 membantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..silakan cikgu...semoga dapat buat yang terbaik

      Padam
  31. Assalamualaikum...minta share maklumat untuk siapkan tugasan saya sabagai panduan. terima kasih.

    BalasPadam
  32. Semoga berjaya hendaknya..buat yg terbaik

    BalasPadam
  33. Kata-kata keramat cikgu di atas amat menusuk kalbuku...sesungguhnya duniaku juga sama seperti mu...dikelilingi anak2 istimewa bukan sahaja disekolah tetapi juga dirumah. Mohon panjangakan idea ini untuk manfaat pendidikan terkini dunia pen. khas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan...mana yg baik tu ambil lah ya Demi anak2 Istimewa kita

      Padam
  34. Amat terharu dengan kata-kata diatas, sesungguhnya duniamu sama dengan duniaku yang bukansahaja dikelilingi kanak2 istimewa di sekolah tetapi juga dirumah.Mohon share ilmu yang dipaparkan.

    BalasPadam
  35. terima kasih cikgu. Mohon kebenaran cikgu untuk saya gunakan content cikgu dalam subjek pendidikan saya.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!