Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 30 Mac 2012

Hadi...Sesungguhnya Terlalu Merinduimu..

Sayu nya hati apabila melihat gambar ni...
Kenangan bersama Arwah Hadi terus kembali menjelma.Rindunya pada dia yang telah pergi buat selamanya.
Hadi..hingga saat ini hadi tetap dalam ingatan cikgu
.Gambar Hadi cikgu tampalkan di dinding tempat meja cikgu,Setiap hari gambar Hadi menjadi santapan mata cikgu.
Pastinya juga ada manik-manik jernih yang akan gugur dari mata cikgu dikala memori-memori tika cikgu mengajar dulu kembali tersingkap.
Belum puas rasanya cikgu mengajar Hadi tapi Hadi telah pergi awal meninggalkan Cikgu.
Adakalanya cikgu mengharapkan dalam tidur cikgu ada mimpi bersama Hadi..Sesungguhnya Cikgu rindukan Hadi.Hadi..tenanglah di alam sana yang telah menjanjikan syurga buatmu.
.Doakan cikgu juga dapat bersama dengan Hadi di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!