Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 6 Januari 2012

Semalam tanpa lena...mengharapkan hari ini yang terbaik


13.gifSemalam saya tidak tidur...hati memikirkan untuk taklimat disiplin untuk pagi ini..Memikirkan ini semua buat saya rasa sedikit tekanan.Namun pengalaman sentiasa menjadi pengacara majlis sebelum ini membantu melegakan kegelisahan..Nampaknya wajah saya pastinya tak berseri mengadap pelajar-pelajar nanti...apa yang saya bimbangkan idea semasa bercakap hilang tiba-tiba.Peluang malam tadi saya ambil dengan membuat sedikit catatan sebagai panduan untuk memberikan taklimat nanti..Sesungguhnya setiap detik semakin memberi saya pengalaman di bumi Kenyalang ini.
Semalam juga saya sedekit terganggu kerana terasa kehilangan dengan murid-murid saya di dalam kelas PPKI 8.Saya tahu mereka juga terasa sedih seperti saya.Entahlah bila fikirkan bukan pun tak jumpa dah mereka ni..Hari-hari pasti jumpa,cuma saya dan mereka umpama dah anak-anak saya sendiri. Bersama mereka ,beberapa anugerah untuk kelas dapat diperolehi.Antaranya Kelas Terbaik 2010,Pengurusan Kelas Terbaik 2011 dan Anugerah  Perhiasan KelasTerbaik ketegori Menengah Rendah sambutan Ramah Tamah Aidilfitri 2010.
Namum begitu,sebagai seorang guru,saya harus sentiasa positif dengan semua murid-murid saya..Kerana setiap orang menyumbang bakti kepada saya.Tahun ini saya menggunakan warna hijau epal sebagai warna tema kelas saya pada tahun ini..Nanti di entry yang akan datang saya tunjukkan suasana dalam kelas saya.
Harus berhenti kerana jam sudah menunjukkan 4.4o pagi..Syukur jua pada Ilahi kerana masih bernafas dan menikmati fajar yang mula menyising...Pada teman-teman terima kasih kerana sentiasa ada buat saya.Terlalu sayang kalian dan tak mahu kalian hilang.

Cikgu Ita
(Anak Pantai)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!