Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 9 Oktober 2011

Rindukan keropok lekor...sayapun buat sendiri..

Orang Terengganu kalau tidak dikaitkan dengan keropok lekor memangnya tak sah.Begitu juga saya.Rasanya kerepok antara menu yang saya suka.Sejak berjauhan dengan keluarga dan Negeri Terengganu ni terpaksalah berdikari sedikit untuk merasa keropok lekor yang sebenar.
Apa lagi aktiviti saya tengoklah gambar kat bawah ni..hihi



Resepi
1 kg ikan selayang
500 tepung sagu
1 sudu kanji
garam
secubit gula
 
Cara menyediakan:
  1. 1. Bersihkan ikan.kemudian asingkan isi dan tulangnya.kemudian kisar ikan atau tumbuk dengan lesung batu.
  2. Gaulkan ikan dengan tepung sagu dan kanji.Uli sebati dan masukkan garam dan secubit gula.Kalau suka letak perasa ajinomoto tu boleh juga.kalau tak letakpun takpe jugak.
  3. Sapukan dulang atau papan pengelek dengan tepung sagu agar tidak melekat.Uli memanjang 
  4. Kemudian rebus keropokdi dalam air panas.Apabila keropok telah timbul,itu tandanya sudah masak dan boleh diangkat.
  5. Angkat dan tuskan airnya.
  6. potong ikut suka dan goreng kekuningan..
  7. Kalau nak rasa keropok losong..lepas uli jangan rebus terus goreng je..
Selamat mencuba...




2 ulasan:

  1. Kalu nak sedap dan lebih lemak dan lebih rasa ikan elok dikurangkan sikit sagu tu...yg kedua,boleh dicampur sedikit ketulan ais dalam isi ikan yang telah disiang dan sebelum ditumbuk dlm lesung...utk menyedapkan lagi rasanya...Tp kalu blh test rasa baru blh bg markah dan ulasan.Rasanya sedap kut...tapi pendeklah kerepok tu...uli ke getel ek?

    BalasPadam
  2. sebenarnya lupa nak tulis..memng sayapunletak ais masa kisar ikan tu..saja buat pendek senang nak goreng terus..

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!