Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa

Father's Day 
Salam..
Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur untuk kita berpeluang mengucapkan Selamat Hari Bapa
pada insan-insan yang kita panggil Ayah, Daddy,Abah, dan Sebagainya.
Saya yakin pada anda yang masih mempunyai ayah pastinya difikiran sudah berkira-kira untuk memikirkan apakah kejutan yang bakal anda buatkan untuk insan yang bergelar ayah ini .

Dan bagi anda yang mempunyai anak-anak ,pasti juga tertunggu apakah kejutan yang akan dibuatkan oleh isteri dan anak-anak.
Mungkin dengan hanya sekadar ucapan dan kad atau mungkin menjamu selera diluar dengan menu istimewa.Ataupun menerima pemberian hadiah yang tidak terjangkakan.

Bagi saya pula,jika tahun lepas saya berpeluang mengucapkan selamat Hari Bapa ini pada ayah saya.Tahun ini pula hanya telefonlah yang mampu saya lafazkan..
Tapi mungkin anda tidak percaya saya langsung tidak mempunyai no telefon ayah saya.Kejam kan saya.Nombor telefon kawan-kawan semua saya simpan tapi kenapa saya tidak langsung menyimpan nombor insan yang saya berbinti kan dengan namanya.Esok saya akan cuba usahakan mendapatkan nombor ayah saya dengan Kak Jan.
kesian ayah sayakan..
Jenis apakah saya nie..Saya seorang pendidik yang selalu menasihati anak-anak murid saya supaya sentiasa mengingati nombor-nombor telefon mak dan ayah mereka.
Saya perli pada murid-murid yang lupa no telefon mak ayah mereka
Saya marah pada mereka...
Tapi saya...
Langsung nombor telefon ayah tidak terdapat dalam simpanan telefon saya.
Ya Allah..semoga saya masih diberi peluang untuk saya mengucapkan Selamat Hari Bapa pada ayah saya.Bukakanlah pintu hati saya untuk menerima apa sahaja tentang ayah saya dengan hati yang terbuka.
pada anda diluar sana..hargailah ayah dan mak kita selagi dia masih ada.Bersyukurlah anda kerana kalian mempunyai ayah yang bertanggungjawab,penyayang dan sentiasa berkorban demi anak-anak.
Pada anda yang telah kehilangan ayah buat selamanya.sedekahkanlah Al-fatihah tanpa jemu.Doa dan harapan semoga insan yang kita sayangi tenang di alam sana.
-Anak Pantai-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!