Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Khamis, 26 Mei 2011

Khamis..biarlah masa hari ini lambat berputar...

Have a wonderful thursdaySeperti  biasa ..pagi ini seperti semalam juga,mata terbuka tika kulihat jam didinding menunjukkan pukul 2.30 pagi. Entah kenapa susah untuk kulena sampai ke dinihari.Rasanya kerana faktor bebanan kerja yang membuat otak ni berfikir dan terus berfikir..perasaanpun sama tak menentu..Sekejap aku happy sekejap rasa sedih.silih berganti bertukar suka duka.Ada juga ingin kubuang ego ini untuk menyatakan sesuatu pada seseorang,perasaan terkilan aku pada dia...Tapi insan ini pura-pura buat tak memahami ..payah sangat ke nak tunaikan permintaan aku ni.
Semalam ,ketenangan yang aku harapkan bertukar sebaliknya.Pepagi lagi kesabaranku tak terkawal...aku melepaskan kemarahan pada insan-insan yang cuba mengambil kesempatan..biarlah orang kata aku kurang ajar..insan seperti ini jangan diberi muka sangat.Hilang mood aku pagi semalam.Dalam masa yang sama terima surat dari jabatan ,SSDM perlu disiapkan dalam hari ini juga dan perlu dihantar pada 27 Mei iaitu esok..giler dah rasa dengan sistem dia yang menyusahkan dahlah aku ni bukan terer bebenor dengan IT nie..Nak mintak tolong dengan sapa..Hari ini nak kena coll En Zul kat PPD kalau dia sudi datang kat sekolah untuk ajar bagaimana nak buat seribu rahmatlah buat aku.Yang sedihnya nanti orang bercuti...aku pulak nampaknnya hari-harilah kena pergi ke sekolah untuk menyiapkannya sebelum Gawai ni..Terkadang kerja mengajar khas nie tidaklah setension kawan-kawan guru aliran perdana tapi tension aku ni sebab kerja-kerja di luar bidang tugas yang sebenar. Sesekali terfikir lak buat apa aku nak susahkan diri..biar je sebab kita tak tahu nak buatkan..sapa suruh lantik aku jadi Setiausaha Disiplin kan dah menyusahkan semua orang..Tapi jiwa aku bukan macam tu..Tanggungjawab yang diserahkan padaku semampu mungkin akan kulakukan sebab tu rasa terkilan dan jauh hati kalau orang anggap aku macam-macam..Ada lega juga di hati apabila check kat pesanan kat facebook tadi ada pesanan daripada Cikgu Mazlan  bekas (PK HEM)  nak jumpa kat Medan Hamidah untuk ajar aku buat SSDM.Terima kasih sangat..Jasamu kukenang.
Hari ini juga kena siapkan pentas untuk majlis hari guru esok hari..backrop dahpun disiapkan oleh cikgu Khatijah,Lina, Salina dan Kak Dayang sambil dibantu oleh anak-anak murid istimewa..Terima kasih sangat kat dia orang kerana membantu dan memahami kekalutan yang aku alami.
Hari ini adakah juga egoku akan berkurangan dengan seseorang..tunggu dan lihat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998