Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 30 April 2011

Kuntuman bunga ciptaan Mak

Inilah hasil daripada tangan mak dibantu oleh anak sedara(Sa)..membuat beberapa kuntuman bunga daripada kertas berwarna.Sebenarnya mak memang mempunyai kemahiran membuat bunga telur daripada kertas .Masih ku ingat suatu masa dahulu mak selalu mengambil tempahan daripada orang membuat pelbagai jenis bunga telur semata-mata untuk menampung kehidupan.Dulu aku hanya memerhati sahaja mak membuat bunga tu..hari ini aku perhati jugak mak buat tapi dah dapat ilmunya.Bila aku kembali mengajar nanti,aku nak ajarkan pada anak-anak murid aku pula.
Sesungguhnya bunga ini pastinya menjadi satu nilai yang berharga kerana terciptanya daripada insan yang paling aku sayangi iaitu mak.
Terima kasih Mak kerana membuatkannya untuk saya..yang paling aku terharu mak bersungguh buatkan untukku kerana kukatakan pada Mak,ingin kubawa bunga ini ke sekolah bagi menghiasi kelasku.
ISTIMEWANYA SEORANG IBU ADALAH KERANA KESABARAN YANG DIMILIKINYA.WALAU APA DUGAAN YANG MELANDA ,LETIH YANG TIDA MAMPU DICERITAKAN DENGAN KATA-KATA, DIA SENTIASA PUNYA MASA UNTUK SEORANG ANAK .MENGAJAR SESUATU YANG BARU DAN MENATANG SETIAP SEORANG ANAKNYA PENUH TANGGUNGJAWAB.
Mak..semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah.
Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!