Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Jumaat, 18 Mac 2011

Catatan Lahirnya Insan Bernama Muhammad Azib bin Mohd Faisal

Ketika nie..tunggu masa dipanggil untuk masuk ke dewan bedah.luaran je nampak happy tapi dalam hati Allah saje yang tau...Mengigil satu badan.sebelum tu doktor pakar bius telahpun datang bagitau prosedur bius yang akan dijalankan pada petang nanti.Doktor memilih bius spina bukan epidural seperti tahun 2009 ketika melahirkan Aimy dulu..Aku terimanya je mana yang terbaik.Pukul 2.30 petang aku mula disorongkan ke bilik pembedahan.Ketika itu badan semakin kuat terketar-ketar..Aku nyatakan pada doktor tipulah kalau aku rasa tak takut..Doktor cakap itu semua dilalui oleh orang yang bakal melalui pembedahan.
Kali ini aku mendapat sedikit kekuatan kerana inilah kali pertama dan terakhir suami dapat menyaksikan aku melahirkan baby dan bertambah syahdu apabila dia dapat melihat proses pembedahan nanti.Ketika jururawat membawa suamiku ke bilik persalinan ,dan aku pula melihat pembantu dan doktor membuat persiapan untuk pembedahan..Ya Rabbi tak tahu perasaanku ketika itu..Berzikir tak henti ..takut sememangnya.Aku kemudian diminta duduk sambil memegang bantal.2 kali doktor pakar bius menyuntikku di tulang belakang...Tak berapa lama kaki mula terasa kebas dan wayar untuk memastikan jantung dan tekanan darah mula dipasang..Mata aku mula tercari-cari kelibat suami.Rupanya dia masuk tanpa aku sedari..Proses pembedahan pun bermula...Tapi kali ini ada sedikit masalah apabila kepala babyku terlekat dan doktor mengambil masa yang lama untuk mengeluarkannya..Dalam hati memang terasa mesti ada masalah.Akhirnya berjaya jugak baby aku dikeluarkan tapi sedikit panik langsung tidak mengeluarkan suara.Setelah doktor berusaha membantu barulah kedengaran suara babyku Azib menangis.Lega apabila dia selamat walaupun ketika itu aku masih berjuang ..
Pembedahan kali ini memang terasa sedikit kesakitan.Kalau sebelum ini aku terasa sakit setelah selesai pembedahan dan apabila ubat bius dah habis.Tapi kali ini lain pulak.Aku terasa sakit sangat ketika doktor membuat proses seterusnya dan ketika aku dijahit. Kesakitan yang teramat menyebabkan aku bagitau doktor aku tak tahan sakit.Selepas itu doktor memberikan aku gas untuk disedut dan aku terlena seketika.Bila terjaga aku terasa badanku besar seperti gajah tetapi kesakitan tetap tak hilang.Dua kali aku diberi gas itu untuk disedut...Aku terasa lambtanya masa beredar...Nasiblah aku dah tak dapat bersalin lagi.....Sememangnya aku terasa sangat terseksa pembedahan kali ini..Tepat pukul 6.00 petang barulah aku disorongkan ke wad...

Lahirnya permata hati Muhammad Azib Bin Mohd Faisal tepat pukul 3.43 ptg pada 14.3.2011 di Normah Medical Centre.
Hari kedua Azib di Hospital dan melihat dunia.
Ketika ini staf-staf LHDN datang melawat...

 Gembira tak terkata kakak dan abang menjemput adik Azib pulang.
 Hari ketiga Azib dilahirkan di dunia




Hari keempat Azib
Hari kelima Azib
 Hari kelima Azib terpaksa dibawa ke hospital Normah untuk pemeriksaan tahap kuningnya

Azib tertidur selepas darahnya diambil dibahagian kaki..Langsung dia tak menangis.Tahap kuning Azib 12 .menurut doktor belum sampai tahap duduk bawah lampu.Hari Isnin kena bawa lagi untuk pemeriksaan tahap kuningnya.


Gelagat lucu Azib





 Gelagat lucu kakak Aimy dengan Azib.Ingatkan dia cemburu dengan kehadiran adiknya..Rupanya Aimy tiada perasaan.Happy je memanjang.Terlalu prihatin asyik nak sayang dan nak pegang adiknya.

 Gelagat ayah dan Alif. Bahagia dengan kehadiran orang baru
Akulah insan yang bahagia ketika ini..walaupun masih dalam kesakitan...Bengkak diperut masih belum hilang..Nak bergerakpun susah nak cakap tapi demi Azib aku kuatkan semangat

4 ulasan:

  1. Tahniah dapat baby ke 5.Moga sihat mak dan anaknya.Saborlah...apa yg di rencana akan terjadi jua....masa utk sesuiakan keadaan bila itu terjadi...Tak kan lari gunung di kejor.ku faham perasaan mu bila menatap wajah anak itu...Apa pun tahniah sekali lagi..utk anak terakhir dari rahim mu.

    BalasPadam
  2. tahniah dgn kelahiran Azib! puan seorang yg tabah dan punyai jiwa yg kental.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!