Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 15 Februari 2011

Amanlah Dikau Disana-Arwah Hadi

white rose 
Entah kenapa malam tadi mata tidak begitu terlelap.hati berdebar mata kanan bergerak..arrg rupanya ada perkhabaran duka yang kuterima daripada Penyelaras PPKI menghantar sms untuk memberitahu anak murid yang aku sayang telahpun pergi bertemu penciptanya tepat pukul 1.00 pagi pada 15 Feb 2001..
Terpaku seketika,kuusap mata berkali-kali dan sms itu kubaca ulang demi ulang.Seakan tak percaya terus menelefon cikgu khatijah mohon kepastian. Ternyata perkhabaran itu benar...Sememangnya arwah bagiku seorang murid yang begitu baik..Walaupun mempunyai kekurangan iaitu tidak boleh bercakap tetapi arwah boleh memahami apa yang orang lain cakapkan padanya..Kuakui selama menjadi guru Pend.Khas ini,arwah antara murid yang aku sayangi...Masih kuingat kali pertama arwah mendaftar ke sekolah SMK Demak Baru..Perasaan aku telah wujud satu keakrapan antara aku dengannya..Telah juga kunyatakan pada cikgu-cikgu yang lain sebelum ini,yang aku tidak mampu untuk memarahinya walau terkadang arwah tidak menyiapkan kerja sekolah yang kuberikan kepadanya...apabila masa mengajar di kelas arwah..mata ini akan mencari-cari di mana arwah berada..Pabila waktu pulang seringkali mata ini memerhati dari tepi tingkap Arwah membongceng motosikal ibunya lagak seperti seorang budak kecil walau umur arwah dah menjangkau 15 tahun...Tersenyum aku waktu itu melihat telatahnya..Dan pastinya aku tidak lupa ,pertama kali melihat arwah begitu keras hati pagi itu untuk tidak mahu pergi ke sekolah..Aku termasuk antara guru yang memujuk arwah ketika itu.Penghujungnya Cikgu Safwan terpaksa mendokong arwah masuk ke kelas.Penyiasatan terus dibuat rupanya arwah dibuli murid yang lain..Selepas itu setiap hari arwah datang ke sekolah seperti biasa..
Hadi...bulan Feb rupanya dalam cikgu begitu seronok dan teruja dengan projek keusahawanan cikgu...hingga cikgu terlupa ketidakhadiran Hadi ke sekolah.Sehinggalah perkhabaran duka yang cikgu terima pagi tadi.Sungguh..cikgu langsung tidak dimaklumkan oleh guru lain yang Hadi tidak sihat..Andainya cikgu tahu,pasti kaki ini tidak keberatan untuk menjenguk Hadi..Terkilan tapi itu semua tidak memberi apa-apa makna..Cikgu mohon ampun dan maaf,gurauan cikgu terkadang melampaui batasan.Maafkan cikgu kerana tidak dapat hadir di hari persemadian Hadi..Hanya dari kejauhan cikgu iringi Al-fatihah .tenanglah dikau sayang di syurga yang telah dijanjikan..Pasti rindu dan ingatn ini pada Hadi tetap tak akan ada pengakhirannya...
-Kini Ianya menjadi Memori Seorang Guru-
-Anak Pantai-
Cikgu Ita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!