Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 29 Julai 2010

Hari Ini...Aku Bahagia Bersamamu....

Pagi yang ceria...ikut jadual sepatutnya aku mengajar Bahasa Melayu kelas PPKI 6.Lepastu pulak terus sambung kelas PPKI 4..Tapi biasanya kelas BM tu aku ajar dia orang pertanian.Bawa mereka ke kebun tengok apa yang perlu dilakukan..Dalam 10 minit buat aktiviti tu hujan mula turun asalnya renyai-renyai akhirnya lebat jugak..Rancanganpun bertukar..Akhirnya aku suruh Naamah bancuhkan ait teh,beli kuih-muih di kantin dan beli 12 bungkus nasi lemak.Aku katakan pada murid-murid pagi ni aku nak jamukan dia orang..Aku nak ucap terima kasih kerana mereka menjadi anak-anak muridku yang sentiasa menyejukkan hati aku..Apalagi berjamulah kami pagi ni...
Hanya air teh ,kuih dan nasi lemak tapi cukup membuatkan mereka tersenyum..
PPKI 6
Pukul 8.20 pagi aku masuk pulak kelas PPKI 4.Sama jugak sepatutnya kelas Bahasa Melayu..Aku beli sebiji kek dengan Kak Dayang,asalnya nak bagi kat  orang lain..Bila masuk kelas ,aku tanya murid-murid siapa nak kek  yang aku bawa ni...Semua angkat tangan..Aku ambil keputusan memang rezeki dia orang..Apa lagi mulalah projek aku dengan murid-murid PPKI4..Gambar di bawah bukti segalanya.
Lepas  PPKI 4 kelas seterusnya PPKI 2 .Hari ini ada pulak mood dia orang nak belajar..Tapi kena bagi ganjaran iaitu ambil gambar dia orang..Ini yang paling dia orang suka.Yang pasti tukang ambill gambar di kalangan dia orang jugak.
Kalian membahagiakan diri cikgu...kerana tanpa kalian tiada cikgu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!