Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 2 Jun 2010

Diari Untuk Ayah...

Catatan ini buat seorang insan yang kupanggil "ayah" .Entah kenapa tertiba perasaan ini begitu terusik untuk menitipkan sesuatu untuk ayah...Seribu kemaafan kupohon  padamu ayah kerana selama ini perasaan aku padamu begitu jauh...Mungkin ayah dapat faham apa yang aku rasa kalau ayah menggunakan akal fikiran yang waras mengapa anak-anak ayah menjarakkan diri daripada ayah....Andai ayah mengerti..jauh disudut hati ini..sentiasa mengimpikan ayah yang sentiasa mencurahkan kasih sayang pada anak-anaknya...Walaupun kini diri ini telah mempunyai insan yang menjaga susah senangku..tapi kasih sayang seorang ayah tetap aku dahagakan yah....Sering kali aku tertunggu-tunggu bila pulangnya aku ke kampung,pabila tanganmu kucium,telinga ini tertunggu-tunggu lontaran suaramu untuk bertanyakan khabarku..sihat ke aku..jua anak-anakku...bagaimana keadaan aku di rantau orang...Tapi ayah....seringkali yang kedengaran di cuping telingaku...ayah akan memberitahu tangan ayah gatal...motosikal rosak..prepaid dah habis..takde ke aku nak hulurkan untukmu...Ayah, untuk pengetahuan...setiap kali diri ini akan pulang ke kampung halaman,akan kusediakan awal-awal lagi bahagian untuk ayah...Tapi diri ini begitu sedih ayah...Terkilan kerana aku tak sempat hulur sebelum ayah pinta,kerana ayah terlalu cepat meminta..Sikap ayah menyebabkan perasaan ini tergugat dan terkadang menjadikan aku seperti anak yang kurang ajar,...Ayah...sentiasa diri ini mendidik hati agar sabar dengan karenah ayah..Cukuplah hari-hari yang dulu ,betapa diri ini tidak terasa hadirnya seorang ayah...Namun kini,hari ke hari perasaan itu bisa kuusir pergi dan kini hampir hilang..Diri ini cuba merasa apa yang ayah rasa tika dan saat ini..kesunyian di dalam keriuhan...Ramai anak-anak ayah berbintikan nama ayah,tapi perasankah ayah di antara anak-anak ayah itu ,yang memandang ayah sebelah mata.Mungkin malu untuk mengaku ayah ataupun ayah mertua mereka..Tapi salah siapakah ini terjadi..Ayah yang menciptakan segala cerita dan cerita itu hingga kini tiada penghabisannya..
Ayah...
Sempena bulan memperingati seorang insan yang digelar bapa atau ayah...Diri ini menyusun jari memohon ampun dan maaf ,kerana walau apa yang terjadi dahulu sama ada baik atau buruknya ..diri ini tidak pernah malu mempunyai seorang insan seperti ayah..tapi terkadang perasaan kecewa lebih menguasai akal fikiran sebab itulah terkadang tingkahlaku diri ini melukakan ayah..Dulu seringkali yang nampak di mainan mata hanyalah keburukan-keburukan yang ada pada ayah..Begitu derhakanya anakmu ini ayah..Hakikatnya disebalik yang buruk itu,sebenarnya ada memori-memori indahku ketika bersama ayah..Pastinya diri ini tidak akan lupa tiap kali cuti sekolah..ayah yang selalu bawa aku melawat sanak saudara ..hinggakan aku yang lebih mesra dengan saudara mara ayah berbanding adik beradik yang lain..Pasti jua kuingat panggilan manja ayah padaku dulu"adik" kerana jarak dengan adik lelaki ku hampir 6 tahun,menjadikan aku anak yang terlalu manja dengan ayah...Kau tak pernah mengasariku seperti mana kau mengasari anakmu yang lain...Ayah, disaat catatan ini kutulis airmata ini sentiasa membasahi pipi..terasa bigitu jahatnya anakmu ini,kerana selama ini segala kebaikanmu padaku telah kukuburkan...rupanya terlalu banyak juga kenangan manis kita bersama..Pasti jua kuingat..rambutku ini ..siapa lagi kalau bukan dirimu yang menguntingnya..walaupun guntinganmu itu menjadikan aku seperti seorang lelaki,tetapi aku selalu meminta dirimu untuk mengunting apabila kuterasa rambut itu semakin panjang..Pasti jua kuingat..kau langsung tidak marah apabila bergurau dengan ku,walaupun kadang kala gurauanku melampaui batasnya,pijak kepalapun ayah langsung tidak marah.Arrg..banyak lagi kenangan-kenangan manis ayah bersamaku tika dulu...hingga kini..Ayah..hanya pintaku..maafkan segala kesalahanku padamu..Doaku..dirimu sentiasa dirahmati oleh Allah...SELAMAT  HARI BAPA untuk ayah...


                                                 

4 ulasan:

  1. Terlebih dahulu ku ucapkan syabas dan tahniah atas keinsafan yg bersarang dijiwa...Mata yg memandang tak sama dgn bebanan bahu yg memikul..andai mata menyatakan penderitaan bahu akn menyatakan terlebih penyeksaan...walau ayh tak se impi spt insan2 lain dia tetap ayah kita...luruh langit sekalipun ia tetap tak berubah..Bayangkan andai kita berbin/binti "abdullah"?Sanggupkah kita menghadapi seribu tohmah dan nista masyarakat yg hnya pandai menunding jari mencari kekhilafan org lain.Kita patut dan amat2 bersyukur ada insan yg bernama ayah dan rela di binkan dgn namanya..hubungan antra anak dn ayah tak akn terputus walau sejahat mana ayah atau ank itu...walau tak brtnggjawb sekalipun dia tetap darah daging kita...Tidak mengaku seorang itu beriman andai ia tidak di uji dan ujian yg paling getir adalah terima ayah walau selagu mana rupa dan darjatnya....perangai dan sikapnya.Kerana AYAH TETAP AYAH...

    BalasPadam
  2. tq kerana memahami dan peringatan saudara...

    BalasPadam
  3. Penghuni malam3 Jun 2010 10:54 PTG

    Dosa ayah mengabaikn tggjwb sebagai ayah dia yg tanggung tapi dosa kita sebagai anak yg mengabaikan tggjwb sebagai anak tetap juga mendapat pembalasan.Siapa kita nak menghukum orang? Setiap yg baik/buruk pasti ada balasan tapi bila?dimana? dan dgn cara apa tiada siapa pun yg tahu.Ada hikmah disebalik apa yg berlaku..mungkin Allah nak bagi banyak pahala pada anak pantai dan adik beradik yg redha dgn ketentuanNya..itupun jika kita terima dgn hati yg lapang.Qadak dan Qadar Allah mengatasi segala.

    BalasPadam
  4. terima kasih pada penghuni malam,berkongsi pendapat di sini..Sememngnya siapa yang mengalami citer macam saya nie akan tahulah bagaimana rasanya..walau apapun dia..saya sayang dia tiada yg boleh mengantikan tempat ayah walau sebaik manapun diakan..tq

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!