Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 18 Februari 2010

Kenangan masa mengaji

Bila aku ingat kenangan masa mengaji dulu...tersenyum sorang-sorang.....Mengaji di rumah Chu/Pok.Insan berdua ini kini telah lama meninggalkan dunia..Kerana mereka berdualah aku mengenal alif ba ta kata orang..Pastinya jasa mereka takkan kulupa.Apa yang inginku kongsikan adalah cerita disebalik itu.Sebenarnya waktu pergi mengaji adalah saat yang paling aku suka.Apatak nya,suasana di tempat mengaji waktu itu yang buat antara faktor semangatnya kami nak pergi mengaji..Dikelilingi pokok-pokok getah sudah pastilah menjadi tempat permainan kami,main sembunyi-sembunyi dibalik pokok getah. Paling kami suka cari buah getah lepas tu bertanding pukul buah getah.Boleh dikatakan hari-hari pergi mengaji tapi niat nya lain.Bila tiba arwah Chu atau Pok nak ajar samapi memanggil-manggil kami naik atas rumah.Masa tu perasaan takut kat dia orang langsung takde...
Bila masa mengaji pulak...akan kedengaranlah riuh rendah suara kami bersembang.Berleter arwah dengan sikap kami.Tengah-tengah mengaji ..tiba -tiba ada acara lari kejar mengejar..sorang perempuan seorang lagi lelaki.yang kejar tu pulak perempuan..Dia orang berdua macam anjing dengan kucing.Yang lelaki suka menyakat yang perempuan pulak jenis panas baran..Itu suasana yang akan dapat dilihat hari-hari..Mungkinkah hari ini kalau mereka bertemu akan berlaku adegan kejar -mengejar lagi tak tahu lah...
Selalunya bila arwah akan buat bubur asyura.Saat ni memang aku suka lihat.Berkawah-kawahlah bubur yang dibuat sebab makbapak ada yang bagi duit,beras,gula k atau apa-apa saja .Teringat bila time tu tempurung menjadi rebutan untuk dibuat bekas letak bubur yang cair...bestnya kalau ingat masa tu...
Bila waktu hujan jugak aku suka.Belakang tempat mengaji tu ada bukit dan di kawasan tu akan bertakunglah air apabila hari hujan...Peristiwa yang tak dapat aku lupa.aku ,kak jan ,mek ani dan yati telah main rakit dalam kawasan air yang bertakung tu..Dalam syok main kami diterjah oleh orang tua yang bimbang air kat situ dalam juga.Terkejut dengan terjahan tu..apalagi terbalik lah rakit tu..Habis basah kuyup pakaian kami...Kerana kejadian tu terpaksalah kita orang berjemur tengah panas nak keringkan dulu pakaian .Maklum anak yang baik sangat takut dengan mak ayah dia..chewah...
Kat bukit  tu pulak cantik jugak bagi sapa-sapa yang suka tengok keindahan alam..macam akulah.hihi.Bila lepas mengaji je aktiviti kita orang panjat bukit..Kononnya menghayati alam semula jadilah,,Suatu hari tu tengah syok panjat bukit ,kawan aku nama mek ani tu kata dia terdengar bunyi seakan ada bom..masa tu caya giler.apalagi litang pukang kami lari turun bukit.Kalaulah mak ayah kita orang tau..siaplah.
Balik mengaji pulak satu hal,bukan terus balik rumahpun pasti singgah kat mana-mana.Tapi satu kenangan yang buat aku tersentuh bila ingat saat dulu..Kerana kemiskinan aku terlupa hak orang..aku suka ambil buah limau kat belakang sekolah dulu .Bila balik mengaji je pasti aku dengan kakak pergi kat situ dapat sebijipun dah buat aku suka.Aku tak tau lah siapa tuan pokok tu...Moga Tuhan maaf kan aku...

4 ulasan:

  1. Bila terbaca catatan kenangan ni macam aku pun pernah lalui sama.Mungkin aku lebih senior kut.Tempat dan nama insan yang ajar ngaji pun sama.Tapi aku tak kenal pun ita..Bunyi yang macam bom tu memang bom pun sebab kat situ atau disebelah bukit bucu ada padang tembak lah.Kat bukit bucu tu lah ada terdpt buah getah yang 'kuat'.juara setiap kali lawan.Tentang bubur sura plk,ita terlupa tentang sudu dari daun nyiur yang dikerat pendek.pah tu makan kat wakaf tepi jalan.Tadah acapkali kena marah ke ujung kacau sura lak.Yalah bkn senang nk jadi sura sekerat hari kacau baru masak.sblm nk jd akulah org harapan yg gi kedai beli barang2 di kedai embak zek di Padang Polis.Sampai sekarang tak ada lagi sura sehebat zaman itu.Pokok limau tu sebenarnya bkan org tanam pun.ia tumbuh sendiri.Tapi ia tumbuh ditanah org maka jadi hak tuan tanah lah..aku kenal tuan tanah tu..dah mati pun tapi aak2 dia ada...Sekarng ni boleh katok buah getah lagi ker...masih kuat ke tangan tu..

    BalasPadam
  2. Mungkin kita kenal kut tapi nama tak tau.Maklum ramai yang mengaji kat sana.Kalau imbas balik memang lucu kan.Terlupalah ambil daun nyiur tu buat sudu.memang betulpun kumpul ramai 2lepas tu pakat makan sambil borak2.Lagi satu masa ambil pasir kat pantai saat paling saya suka.berduyung-duyung pergi pantai bawa besen sebab nak ambil pasir.Sampai kat pantai bukan ambil terus pasir tu tapi main dulu.Rasanya tangan ni dah tak sekuat dulu nak katok buah getah.Kalau dulu tangan ni dah biasa jadi tak rasa sakit lah.Buah getah yang kuat masih kenal k

    BalasPadam
  3. Buah getah yg tahan/kuat kenal lagi..tp yang nakalnya buah tu dibuang isi dan diganti dgn minyak tar.lg kuat tau..mgkn ada lagi kut pokok tu skrg.sy terlalu lama dah tinggalkan kg.merantau negeri org.kat situ tiada rezeki utk kita.alamt dlm i/c pn dah tukar.sedara ramai dah yg pergi bt selama-lamanye tp kenangan ini tetap segar dihati.bile khatam blh makn nasi kunyit kan...

    BalasPadam
  4. Saat makan nasi kunyit tu memang antara yang dituggu-tunggupun.Makan free apa tak sukanya.Rasanya pokok getah tu memang ada lagi tapi orang-orang yang mengaji kat situ yang dah pergi.macam kitalah.Rezeki kita di tempat orang bukan di kg halaman sendiri.dah takdir kan..apapun kg halaman tetap jugak indahnya walaupun dah bahagia di tempat orang.saya masih lagi guna alamat lama.surat menyurat guna alamat tempat kerja...semacam ada nilai lah kat alamat tu..Ialah lahkan tiap kali blik kg pasti kita dengar khabar orang2 yang kita kenali dulu dah pergi..

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!