Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Sabtu, 2 Januari 2010

Bijaklah mengatur langkah.

Tahun baru menjengah lagi...Setahun berlalu, tidak terasa berlalunya.....Memulakan langkah baharu dalam apa jua keadaannya,harus diteruskan tanpa rasa ragu.Tahun ini tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya.Jika semalam kegembiraan mengiringi setiap langkah kita,jangan pula menempelak diri kerana tahun ini tidak seperti yang kita impikan...Semoga kita lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Mereka yang memikirkan apa yang berlaku di hari,minggu,bulan dan tahun ke hadapan tidak ada salahnya.Ia pasti akan dapat membantu kita menyediakan diri.Apa sahaja yang ingin kita lakukan ia perlu mempunyai perancangan.Apatah lagi tugas kita melibatkan ramai pihak..Jangan kerana nila setitik rosak susu  sebelangga.Jangan kerana kita lebih berkuasa ,idea daripada orang lain kita abaikan..

Hari ini bermula kembali tugasku di sekolah iaitu pendaftaran pelajar baru dan lama. .Hari pertama di tahun 2010...Bangun pagi perasaan berkobar-kobar.Kalau boleh ingin kupandu kereta laju-laju.Tak sabar rasanya nak tatap wajah-wajah anak-anak didik tersayang dan mak bapak mereka..sampai sekolah walau aku terlewat jika dibandingkan dengan cikgu-cikgu yang lain,tapi aku sampai jugak dengan waktu yang ditetapkan..Sampai sekolah terus aku jumpa Cikgu N yang sama bertugas denganku di Tingkatan 3E...Fuhhh..ramai jugak mak bapak datang penat tangan duk kira duit dan tulis buku resit...tapi satu disebalik ini yang mengecewakanku....tiada pengurusan dan perancangan yang betul, membuatkan pendaftaran jadi lambat....Nie lah dia...semangat yang berkobar-kobar tadi telah dirosakkan oleh pihak-pihak tertentu...tapi kejap je lepas tu aku dah semangat balik nie...Tak sabar tunggu hari Isnin nie....Wahai anak-anak murid istimewaku..cikgu kembali..rindu nak tengok gelagat kalian nie...tak sabar..Tahun nie  cikgu dah buat plan baru untuk kalian..Pasti hotttt gitu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998