Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 22 Januari 2019

Keusahawanan PPKI (latihan Menulis Buku Lejar)


LEJAR


Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.

Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga 
Lajur butir – mencatat nama akaun
Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)
Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga

LATIHAN 1 (Kumpulan Cekal)

1-Modal sebanyak RM 500.00 diterima pada 8 Ogos 2018


2-Membeli aiskrim untuk projek jualan RM 250.00 14 Ogos 2018


3-Jualan barang niaga RM 200.00 pada 15 Ogos 2018


4-Membeli bahan-bahan ABC RM 60.00 20 Ogos 2018


5-Membeli Ais batu RM4.00 25 Ogos 2018

6-Membayar sewa tapak RM 10.00 kepada  Koperasi Sekolah pada 30 Ogos 2018


Pernyataan di atas menunjukkan urusniaga pada bulan Ogos.
1-Buatkan akuan tunai 
2-Carikan untung atau rugi .


Rekodkan urus niaga tersebut dalam akaun tunai.


Simpan kira

l Simpan kira  merupakan peringkat awal dalam proses perakaunan

l Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat

l Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunan.

l Kerja simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutin


Akaun  Tunai

l Digunakan untuk merekod semua urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran tunai oleh peniaga

l Bahagian debit akaun tunai merekodkan semua penerimaan wang tunai.

l Bahagian kredit merekodkan pembayaran wang tunai oleh perniagaan.





LATIHAN 2

1 Mei  2018 - baki tunai di tangan RM 1000.00

    
6 Mei  2018 -Membeli barang secara tunai RM 220


13 Mei 2018 - Jualan sebanyak RM 300.00 diterima


14 Mei 2018- Membeli gas RM 30.00  untuk aktiviti jualan.


16 Mei 2018 - Membayar upah RM 20.00


16 Mei 2018 -Membeli barang Aiskrim 180.00


17 Mei 2018 -Jualan sebanyak RM250.00
  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!