Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 5 Januari 2010

Belajarlah untuk berubah

Sekadar renungan.....


Cikgu-cikgu PKBP yang baik hati.....

Tahun baru 2010 masih baru bersama kita .2009 telah kita tinggalkan.Pastinya banyak suka duka antara kita yang berlaku akan menjadi memori kini...Sedih bila terpisah dengan anak murid yang telah lama bersama kita telah menamatkan alam persekolahan.Hanya doa mengiringi mereka agar mereka sentiasa bahagia di luar sana..

Hadirnya 2010 sebenarnya memberi kita peluang sebagai guru istimewa ini untuk terus memperkasakan minda kita dan tenaga agar kejayaan mendidik anak-anak istimewa kita dapat kita nikmati hasilnya...janganlah hanya melepaskan batuk di tangga semata-mata mereka tidak mampu..Buanglah perasaan yang negatif terhadap mereka.Hanya kita yang dapat membantu mereka selain ibubapa mereka.Percayalah..dalam hati mereka sentiasa mereka mendoakan kerahmatan buat kita sebagai guru mereka.Ini sebenarnya pengalaman saya semasa di SMK Pandan Jaya..menitis air mata saya apabila anak murid saya mendoakan saya agar panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.Murid itu bernama Nur Aufa..rupanya dia pandai menilai keikhalasan kita mengajar mereka.Kalau sebelum ini ,pesyarah UKM pernah memberitahu murid -murid Istimewa akan sentiasa mendoakan kita dan benarlah rupanya kata-kata pesyarah itu tadi.Perkara ini terjadi kerana murid itu tadi membandingkan saya dengan seorang guru lelaki yang sedang mengajar dia ketika itu..dan sehingga kini di Smk Demak Baru ini,saya sentiasa mendengar murid-murid mendoakan untuk saya agar saya sentiasa dimurahkan rezeki...Alhamdullilah saya sentiasa di berikan Allah rezeki yang tidak disangka.sangka...Justeru itu..saya sedarkan diri saya dan kawan-kawan guru seperjuangan yang mengajar anak-anak istimewa ini agar sentiasa berfikiran positif dan majukan diri kita sebagai seorang guru khas yang mampu mendidik dan melahirkan anak istimewa yang berjaya...

Cadangan Saya
  • Ajarlah mereka dengan seikhlas hati..amanah yang diberikan kepada kita jangan kita persiakan..InsyaAllah kita dapat mengharungi diri kita sebagai seorang guru khas yang ceria sepanjang masa.
  • Seandainya kita hanya sebagai seorang guru,ikutlah dan hormatlah penyelaras dan siapa yang lebih berkuasa kerana berjayanya sesuatu program itu apabila kita sama-sama sealiran pendapat dan apa sahaja kecuali perkara-perkara yang menyalahi peraturan.Kalau A cakap boss kita.A jugaklah kita.
  • Buatlah perancangan yang baik dan berkesan agar bakat mereka dapat kita cungkil..Anak istimewa ini kalau kita yang tidak mencungkil bakat mereka siapa lagikan...
  • Seandainya anak -anak murid cikgu berupaya untuk menghadapi peperiksaan UPSR,PMR atau SPM,bantulah mereka jangan kita rosakkan masa depan mereka dengan membiarkan mereka belajar di kelas khas tanpa diberi pendedahan yang sepatutnya.Bincanglah dengan pengetua atau guru besar untuk menempatkan mereka belajar secara inklusif dengan murid-murid biasa seperti tempatkan mereka sepenuhnya masa atau masukkan mereka ketika matapelajaran tertentu.Matapelajaran tertentu seharusnya diambil perhatian seperti Sains,Matematik atau Kemahiran Hidup.Minta persetujuan ibu bapa mereka sebelum kita tempatkan mereka ke kelas inklusif dengan membuat surat kebenaran. Di samping itu juga sedarkan guru-guru biasa agar dapat menerima budak khas kita dalam kelas mereka.Kita boleh kempen dan sedarkan mereka ini ketika kita bersembang di bilik guru,kantin dan sebagainya agar mereka tidak terkejut dengan anak istimewa kita.Berikan tempoh paling lama 3 bulan sama ada murid kita dapat menerima pengajaran di kelas biasa.Belum cuba belum tau..ya cikgu..pengalaman saya di SMK Pandan Jaya..Alhamdullillah saya tidak tersalah arah .Anak murid yang saya tempatkan di SMK Pandan Jaya telah mendapat 5A dalam PMR..kita juga yang banggakan kalau anak murid kita berjaya..
  • Sentiasalah buat perubahan dari masa ke semasa...jangan kita seperti kura-kura tapi jadilah kita seperti seekor kancil yang pantas dan bijak.Seharusnya kita sentiasa berlumba-lumba untuk bersaing antara kita sekolah mana yang lebih hebatkan.Persaingan yang macam ini amat bagus...dan yang merasa nikmat serta keberuntungnnya adalah kita sebagai seorang guru ,ibu bapa ,pengetua dan murid kita sendiri..Jangan tunggu orang lain buat baru kita buat.Sesungguhnya amat bahagia kalau apa  yang kita buat dapat diikuti oleh orang lain.Kita perintis kepada sesuatu program...sapa tak bangga.Itu dah satu nikmat yang Allah bagikan.
  • Kalau saya diberi peluang...saya akan lakukan
  1. Saya nak tubuh kadet Pertahanan Awam.saya nak tengok anak murid saya pandai kemahiran berkawad,pertolongan cermas sebab bila berlaku apa-apa kecemasan kita mampu menanganinya..
  2. Kalau saya guru MPV masakan setiap hari saya nak ajar anak murid saya masak .Saya nak panggil pakar-pakar masakan setiap minggu datang ke sekolah ajar anak murid saya..kalau kena bayar.insyaAllah saya sanggup guna duit sendiri kalau sekolah tak nak bayar...malangnya saya tidak diberikan matapelajaran ini....
  3. Kalau saya kena ajar Kemahiran Hidup saya nak buat tanaman herba.saya nak tanam apa sahaja pokok herba.Saya akan labelkan nama-nama pokok dan kegunaanya.Lepas tu wujudkan nurseri jual anak -anak pokok herba pada yang sudi.Setiap Lanskap di sekolah dihiasi dengan pokok-pokok herba ini. 
  4. Saya jugak nak bekerjasama dengan pihak pertanian agar dapat menghulurkan khidmat nasihat dan perkidmatan bagi merealisasikan impian saya.
  5. Kalau boleh saya nak buat tempat mencuci kereta untuk cikgu-cikgi dengan sedikit bayaran.Duit itu separuh diberikan kepada murid dan separuh lagi saya masuk tabung... 
  6. Untuk murid-murid PKBP yang tahap paling rendah..ajarlah kemahiran yang boleh membantu mereka untuk mengharungi kehidupan ini..Dalam BM pun saya ajar KH contohnya saya mengajar perkataan baju.Selepas ajar mereka membaca dan mengeja masa yang separuh lagi saya ajar mereka bagaimana melipat baju...itu sahaja lah cara saya untuk memberi kemahiran kepada mereka.(nanti bersambung ya ...saya nak pergi meeting)

Nota Sejarah Ting 1-Bab 2 (sambungan)

Zaman Logam

1.Zaman Logam dipercayai bermula kira-kira 2500 tahun dahulu.Logam gangsa dan besi mula digunakan dalam pembuatan besi untuk menggali ,memburu,menebang,menebas dan sebagainya.

2.Masyarakat Zaman Logam mempunyai adat dan kepercayaan tertentu

3.Kubur kepingan batu dijumpai di Sungai Lang,Selangor.

4.Kegiatan utama mereka berburu,bercucuk tanam,menangkap ikan, menternak binatang dan berdagang.

5.Alat-alat gangsa dipercayai berasal dari Dongson di Vietnam. Gendang dan loceng gangsa digunakan di Pulau jawa Bali, Sumatera dan Negara Thai.

6.Pusat membuat alat-alat gangsa di negara Thai terletak di Ban Chiang.

7.Petempatan utama orang Zaman Logam terletak di
  • Batu Buruk di Terengganu
  • Sungai Lang dan Sungai Langat di Selangor
  • Sungai Tembeling di Pahang
  • Sungai Muar di Johor
  • Sungai Terengganu di Terengganu.
Pelabuhan Awal di Malaysia

1.Pelabuhan-pelabuhan yang terawal di Malaysia terletak di Kuala Selinsing di Perak,Sungain Emas dan Pangkalan Bujang di Kedah,Jenderam Hilir di selangor dan Santubong di Sarawak.

2.Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang -pedagang kerana lokasinya di pertengahan jalan perdagangan antara India dan China.
3. Semenanjung Malaysia mempunyai hasil bumi seperti damar,rotan,bijih timah dan emas.

4.Mata wang dalam bentuk kulit siput cowrie digunakan untuk urusan perdagangan.

5.Pedagang India menamakan Semenanjung Malaysia sebagai Suvarnabumi atau Bumi Emas kerana terdapat banyak emas.

6.Ahli geografi Yunani,Ptolemy menamakan Semenanjung Malaysia sebagai Golden cheronese yang bermaksud Semenanjung Emas.

Untuk PKBP 8(najmi,nazmi rizduan,farah,wanie,sinthia,maxwell,qamarul,arina)belajarlah jangan putus asa...kalian mampu berjaya kalau rajin k...

Nota sejarah Ting 1-Bab 2 (PKBP 8)

Gugusan Kepulauan Melayu Zaman Pra-Sejarah

1.Gugusan Kepulauan Melayu merujuk kepada kawasan-kawasan Semenanjung Malaysia ,Borneo,Sumatera,Pulau Jawa dan pulau-pulau yang berhampiran.

2.Gugusan Kepulauan Melayu Zaman Pra-sejarah melalui empat tahap perubahan iaitu
  • Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)
  • Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah)
  • Zaman Neolitik (Zaman Batu)
  • Zaman Logam (Zaman Gangsa -Besi)
Zaman Paleolitik
1. Penduduk terawal di Malaysia dipercayai terdiri daripada orang Paleolitik  atau Zaman Batu Awal.
2.Mereka menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada batu untuk memburu binatang,mengetuk,melicin,menumbuk dan mempertahankan diri.

3.Gua Batu kapur dan tebing sungai menjadi tempat tinggal mereka
4.Mereka mengamalkan cara hidup sara diri.
5.Petempatan orang Paleolitik di Malaysia terdapat di
  • Kota Tampan, Perak
  • Gua Niah, Sarawak
  • Tingayu, Sabah
Zaman Mesolitik

1.Zaman Mesolitik atau Zaman Batu Tengah dipercayai bermula sejak 11 000 tahun dahulu.

2.Air laut yang membanjiri daratan di Pentas Sunda seperti Selat Melaka,Selat Sunda, Laut Jawa,dan lautan lain mula mempengaruhi cara hidup masyarakat di Gugusan Kepulauan Melayu.
3.Mereka tinggal di gua batu kapur dan tebing sungai .Mereka memburu binatang,memungut hasil  hutan ,menangkap ikan,dan bercucuk tanam.

4.Mereka mula membuat tembikar daripada tanah liat .Tembikar ini digunakan daripada tanah liat.Tembikar ini digunakan untuk memasak.

5.Mereka mula berhubung dan bertukar barangan dengan penduduk di kawasan lain.Ini terbukti dengan penemuan kulit siput di gua.

6.Petempatan utama orang Mesolitik terletak di
  • Gua Cah di Kelantan
  • Gua Kecil di Pahang
  • Gua Niah di Sarawak
  • Gua Gomantong di Sabah
  • Gua Kepah di Kedah
  • Jenderam Hilir di Selangor.
Zaman Neolitik

1.Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru bermula sejak 5000 tahun dahulu.

2.Kehidupan mereka lebih teratur dengan penggunaan batu yang lebih halus buatannya dan cantik berbanding dengan zaman Mesolitik.

3.Mereka telah mencipta kapak,beliung dan pisau untuk bercucuk tanam, menggali,mengupas ,memotong dan berburu.

4.Orang Neolitik menetap berdekatan dengan sungai .Mereka pandai membuat perahu.

5.Mereka menggunakan pewarnabatu kawi untuk menghias diri dan mengecat tembikar.

6.Orang Neolitik memulakan perdagangan di Kepulauan Melayu dengan memperdagangkan hasil-hasil laut,hasil-hasil hutan,manik dan tembikar.

7. Petempatan utama orangNeolitik terletak di
  • Gua Cha di Kelantan
  • Gua Kecil di Pahang
  • Gua Kepah di Kedah
  • Gua Gomantong dan Gua Madai di Sabah
  • Gua Tengkorak dan Gua Madai di Sabah
  • Jenderam Hilir di Selangor.
Sambungan nanti ya...

kepada murid-murid kelas pkbp 8 ni baca dulu ya ..nanti minggu depan cikgu nak ajar..cikgu sayang kamu semua.