Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 26 Ogos 2021

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021 ;ELAK JENAYAH SIBER JUVANA,PPKI SMK KAMPONG JAWA

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021 ;ELAK JENAYAH SIBER JUVANA

HARI :KHAMIS

TARIKH:29.7.2021

MASA:9.00 PAGI

PENGUMUMAN,

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, mohon Kerjasama murid-murid untuk memastikan microphone sentiasa berada di dalam keadaan tertutup dibuka sekiranya diminta .Juga murid diingatkan tidak mengganggu atau mencelah ketika ucapan berlangsung.Ibu bapa  dan murid-murid diingatkan untuk mengisi kehadiran pada hari ini pada link yang akan di edarkan nanti.Penyertaan dan kehadiran  pada hari ini wajib kerana murid dianggap hadir PDPR.

KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

 

Bulan purnama di malam hari

Sinar terpancar indah terperi

Kehadiran semua kami hargai

Semoga majlis bertambah seri

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa selaku pengerusi program pada hari ini

Yang Dihormati Ustaz Kamal Firdaus Bin Ahmad ,Guru Bimbingan dan Kaunseling ,SMK Kampong Jawa ,selaku penceramah pada hari ini.

Yang Dihormati Puan Anita Bt Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa

Yang Dihormati Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan Pemuafakatan ibu bapa  Pendidikan Khas

Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hon Li ,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

SELAMAT DATANG KE PROGRAM MAJLIS PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021 ;ELAK JENAYAH SIBER JUVANA

.

Pertamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya dapatlah kita bersama-sama berhimpun menerusi google meet pada pagi yang indah dan bermakna ini untuk menjayakan program  MAJLIS PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021 ;ELAK JENAYAH SIBER JUVANA   yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.SMK Kampong Jawa.  Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan Pendidikan anak -anak murid PPKI 

Antara objektif program ini diadakan ialah memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya penggunaan peranti telefon bimbit di rumahdan juga cara -cara mengelakkan diri dari terjebak dengan jenayah dan gangguan seksual online .Diharapkan juga ceramah ini dapat membuka minda murid-murid tentang jenayah buli siber dan penderaan emosi dan terakhir membimbing murid tentang langkah- langkah yang perlu jika terlibat dalam kes penderaan emosi dan fizikal.

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

Selawat serta salam buat Nabi junjungan ,moga kesejahteraan,kedaimaian serta keberkatan sepanjang majlis ceramah berlangsung, Majlis kita pada hari ini,  dimulakan dengan bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya menjemput En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor  untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor   atas bacaan doa sebentar tadi.

 

 

 

 

 

 

 

UCAPAN PK PPKI

 

Pakai baju kancing suasa

Jangan dilupa adat susila

Tanpa kita melenggahkan masa

Ucapan aluan dipersila

 

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis  menjemput dan mempersilakan  Yang berusaha Puan Nordiana ,Penolong Kanan PPKI   SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN OLEH PN HAJJAH NORSHIDAH BINTI MOHD SAAD

Anak gadis memakai selendang

Selendang di beli di Kuala  Perlis

Dipersilakan puan kami mengundang

Berikan ucapan merasmi majlis.

 

Seterusnya,  majlis menjemput Yang Berusaha  Puan Norshidah binti Mohd saad , Penolong Kanan Pentadbiran  SMK Kg Jawa Sekolah Amanah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program  sentuhan Nurani 2021 elak jenayah siber juvana.

 

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha, Puan Hajjah norsidah binti Mohd Saad  penolong kanan pentadbiran SMK Kampong Jawa  di atas ucapan Perasmian yang disampaikan sebentar tadi.

 

TAKLIMAT CERAMAH PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021.ELAK JENAYAH SIBER JUVANA

Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah kita pada hari ini

 

1.      Nama diberi  En Kamal Firdaus bin Ahmad.Berusia 42 tahun

2.      Beliau  berasal dari  Pontian  ,Johor.

Sejarah pendidikan beliau ialah mula belajar di  SR Keb Tanjung Air Hitam Pontian..kemudian melanjutkan pelajaran di SMK Kayu ara Pasong Pontian seterusnya ke SM Vokasional Juasseh Kuala Pilah..UiTM Shah Alam - Dip. In electronic engineering.Maktab perguruan teknik kuala lumpur - teknologi elektronik.dan yang terakhir ke UIAM GOMBAK - Bac in education Guidence and Caunceling.BELIAU JUGA . Pemegang tauliah mengajar di Selangor dibawah MAIS

 

BEKAS JURULATIH PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN SELANGOR

 

PIMPINAN NGO D'MAHABBAH YANG TERLIBAT MEMBANTU ASNAF DAN MEREKA YG TERJEJAS SEJAK PKP 1.0 DAN TERKINI TERLIBAT DALAM MEMBANTU PENGURUSAN JENAZAH COVID 19..

 

KAUNSELOR DI SMKKJ

 

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Ustaz Kamal Firdaus bin Ahmad  ceramah  atau taklimat beliau.

 

Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah motivasi pada hari ini atas ceramah yang sungguh  MENARIK IAITU USTAZ KAMAL FIRDAUS BIN AHMAD ATAS CERAMAH BELIAU SEBENTAR TADI.

 

BUKIT BERBARIS BANYAK BATUNYA

DI PADANG DATAR KITA BERTEMU

MAIN GAME ADA WAKTUNYA

KERJAKAN DAHULU PDPR DAN TUGASMU

 

 

SESI SOAL JAWAB

Hadirin sekalian,

Kini tiba pula ke sesi soal jawab.Sekiranya ada sebarang kemuskilan ibu bapa atau murid-murid bolehlah mengajukan soalan ini kepada penceramah kita pada hari ini.

 

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan murid yang mengajukan pertanyaan sebentar tadi.

 

PENUTUP 

Sidang hadirin sekalian,

Kita sampai dipenghujungnya,pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenhujung ini untuk menyatakan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi  ini nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.Di Dedekasikan kepada

Penceramah pada hari ini,Semua Pentadbir  ,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKKJ

Guru-guru PPKI dan PPM

Ibu bapa dan murid PPKI SMKKJ

serta semua pihak terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan Program kita pada hari ini.

Bunga seroja di atas para

Jatuh ditimpa buah berangan

Andai kata tersilap bicara

Kemaafan jua kami pohonkan.

SESI BERGAMBAR

Dipohon  semua yang ada untuk membuka kamera masing-masing bagi sesi bergambar.buka kamera masing-masing untuk sesi bergambar.

Kini selesai sudah Program kita pada hari ini .  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan sekalian , atas kesudian menghadiri majlis hari ini.

Jumaat, 20 Ogos 2021

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS KHAS ,PPKI SMK KAMPONG JAWA.

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN  MINGGU  PENDIDIKAN KHAS ,PPKI SMK KAMPONG JAWA.

SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)

 

 

HARI :JUMAAT

TARIKH:20.8.2021

MASA:  2.30 PETANG

PENGUMUMAN,

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, mohon Kerjasama murid-murid untuk memastikan microphone sentiasa berada di dalam keadaan tertutup.Dibuka sekiranya diminta .Juga murid diingatkan tidak mengganggu atau mencelah ketika ucapan berlangsung dan disepanjang majlis ini berlangsung nanti.Tidak juga dibenarkan menulis apa-apa di ruangan chatting atau sembang kecuali ada pertanyaan .

KATA

 ALUAN PENGACARA MAJLIS


 Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

 Yang Berbahagia Puan Faizatul Aimi binti Mustapa ,  Pengerusi Badan Permuafakatan Ibu Bapa Pendidikan Khas .

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa merangkap  pengerusi program pada hari ini

Yang Dihormati Puan Anita Bt Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.

Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hon Li ,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Petang

SMK Kampong Jawa

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

SELAMAT DATANG KE  MAJLIS PENUTUP  MINGGU PENDIDIKAN KHAS KAMPONG JAWA 2021.

Pertamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya dapatlah kita bersama-sama berhimpun menerusi google meet you tube  pada petang  yang indah dan bermakna ini untuk menjayakan Penutupan Minggu  Pendidikan Khas   yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.SMK Kampong Jawa.  

Minggu Pendidikan Khas  yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa akan melabuhkan tirainya. Murid-murid PPKI telah  berpeluang menunjukkan bakat yang terpendam dan kebolehan dalam pertandingan  yang dianjurkan . Terdapat banyak aktiviti dijalankan sepanjang minggu tersebut, antaranya ialah  Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Bento, Pertandingan Capan dan kolaj, dan  Pertandingan Gubahan Tuala. Semua pertandingan ini telah dijalankan .

 

BACAAN DOA

Apa diterbang di tengah  lembah

Tentunya kayu saya lentangkan

Semoga berkat majlis disembah

Bacaan doa kita dahulukan

 

Hadirin sekalian,

 Majlis diteruskan dengan bacaan doa.Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan  En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor  untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan  terima kasih kepada En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor   atas bacaan doa sebentar tadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

UCAPAN PK PPKI

Indah Mentari terbit di kuala

Tampak cahaya cerah berserakan

Sebelum majlis kita bermula

Ucapan alu-aluan kita dahulukan.

 

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa.untuk itu,  majlis  menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa merangkap  pengerusi program pada hari ini untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

 

UCAPAN PERASMIAN OLEH

Daun semulur daun kari

Buah cempedak banyak jerami

Kepada puan masa  diberi

Mohon rasmikan majlis penutup  kami

 Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya,  majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan  Yang Berbahagia  Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan Permuafakatan Ibu bapa Pendidikan Khas SMK Kampong  Jawa,Sekolah Amanah untuk menyampaikan bingkisan kata ,dan sekaligus merasmikan Penutupan  Minggu Pendidikan Khas ,SMK Kampong Jawa 2021

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan

Demikian satu pengucapan yang telus,pecikan kata yang halus,membawa mesej dan makna yang kudus.

Majlis merakamkan sekalungan perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan  Permuafakatan Ibu bapa  Pendidikan Khas di atas ucapan perasmian penutupan  yang disampaikan sebentar tadi.

 

 

 

TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin dan hadirat sekalian

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini,marilah kita sama-sama saksikan tayangan multimedia sepanjang Minggu Pendidikan Khas ini berlangsung.

Demikianlah tadi tayangan multimedia sepanjang Minggu Pendidikan Khas untuk tatapan semua.

 

PENGUMUMAN SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS

Indah sungguh di pagi hari

Berwarna warni berseri-seri

Tiba kini acara yang dinanti

Pengumuman pemenang  bermula kini

Hadirin yang dihormati sekalian,untuk makluman semua,berikut akan diumumkan  pemenang bagi setiap pertandingan yang di adakan Minggu Pendidikan Khas.

Untuk Pengetahuan semua hadiah dan sijil kepada semua pemenang dan saguhati akan diberikan apabila hari bersekolahan secara bersemuka nanti.Pada hari ini hanya nama pemenang di bacakan .

Berikut disampaikan keputusan pemenang bagi

 

GUBAHAN TUALA

Tempat Ketiga -Siti Nur Aini Binti Shukor

Tempat kedua -Muhammad Hakimi Bin Noor Khairidzani

Tempat pertama -Nur Khadijah Shahirah Binti Abdul Razak.

PESERTA

MARKAH PURATA

KEDUDUKAN

ASHWINA NAIR A/P SIVAKUMARAN

 

77

4

EMIR HUSAINY BIN MOHD ROSLI

71

7

MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD SOBRE

73

6

MUHAMMAD AIMAN ASYRAAF BIN RUSLI

76

5

MUHAMMAD HAKIMI HILMI BIN NOOR KHAIRIDZANI

83

2

NUR KHADIJAH SHAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK

89

1

SITI NUR AININ BINTI SHUKOR

82

3

 

 

 

BENTO

PESERTA

MARKAH PURATA

KEDUDUKAN

ADAM HARRIS BIN SUKRI

 

90

2

MOHAMAD SHAKEEL WAAIZ BIN SEAKISMAYEL

 

88

3

MUHAMMAD IKHWAN DAHLAN BIN ABDULLAH

 

80

5

MUHAMMAD SHAZRIL GHADAFIE BIN MOHD SAHRIL

 

82

4

NORYSHA HANNA BINTI ZAIRUDY

 

82

4

NUR KHADIJAH SHAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK

92

1

 Tempat Ketiga -Mohamad Shakeel Waaiz bin Seakismayel

Tempat kedua -Adam Hariss Bin Sukri

Tempat pertama -Nur Khadijah Shahirah Binti Abdul Razak.

 

 

CAPAN

PESERTA

MARKAH PURATA

KEDUDUKAN

ASHWINA NAIR A/P SIVAKUMARAN

79

4

MOHAMAD SHAKEEL WAAIZ BIN SEAKISMAYEL

83

3

MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD RAHMAN

79

4

NUR ALIYAH AMIRA BINTI SUHAIMI

77

5

NUR HANIM BINTI ABDUL RAZAK

90

1

NUR NAJWA NAJIHAH BINTI ROZALI

87

2

Tempat Ketiga - Mohamad Shakeel Waaiz bin Seakismayel

Tempat kedua – Nur Najwa Najihah Rozali

Tempat pertama -Nur Hanim Binti Abdul Razak

   

 

 

 

 

 

KOLAJ

PESERTA

MARKAH PURATA

KEDUDUKAN

AFIQ ZULKHAIRIL BIN NASHARUDDIN (KITA JAGA KITA)

81

4

AFIQ ZULKHAIRIL BIN NASHARUDDIN (STAY AT HOME)

87

2

NURUL HIDAYAH BINTI ASMIR RIZAL

90

1

SYAZWANI BINTI PISOL

83

3

Tempat Ketiga -Syazwani binti Pisol

Tempat kedua -Afiq Zulkhairi bin Nasharuddin

Tempat pertama -Nur Khadijah Shahirah Binti Abdul Razak.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK ATAS TALIAN SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN KHAS

Tempat Ketiga - MUHAMMAD HAKIMI HILMI BIN NORR KHAIRIDZANI KSSMPK TING 5

Tempat kedua - Nur Khadijah Shahirah Binti Abdul Razak. KKBL 3

 TEMPAT PERTAMA -EMIR HUSAINY BIN MOHD ROSLI KSSMPK TING 2.

 

Demikian lah tadi keputusan pertandingan .Tahniah dan Syabas kepada para pemenang,yang kalah usah menjerut rasa ,cuba lagi di lain masa ,di lain acara

 

Adat nan baharu berubah-ubah

Adat manusia mengandung salah

Keputusan pertandingan diketahui sudah

Ada yang menang ada yang kalah



PENUTUP 

Sidang hadirin sekalian,

Kita sampai dipenghujungnya,pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenhujung ini untuk menyatakan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada petang  ini nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.Di Dedekasikan kepada

Semua Pentadbir  ,barisan hakim.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKKJ

Guru-guru PPKI dan PPM

Ibu bapa dan murid PPKI SMKKJ

serta semua pihak terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan Program kita pada hari ini.

Bunga seroja di atas para

Jatuh ditimpa buah berangan

Andai kata tersilap bicara

Kemaafan jua kami pohonkan.

SESI BERGAMBAR

Dipohon  semua yang ada untuk membuka kamera masing-masing bagi sesi bergambar.buka kamera masing-masing untuk sesi bergambar.

Kini selesai sudah Program kita pada hari ini .  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan sekalian , atas kesudian menghadiri majlis hari ini.