Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 24 Mac 2010
Rindu kat kalian
Rasanya setiap hari nak bagi tau diri ini sentiasa rindu pada insan-insan yang paling aku sayangi.....Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah..
Tengok gambar kat atas nie...sebenarnya ada kenangan jugak...Dulu masa kat kg aku sentiasa menyusuri gigi air dan pasti tangan tak akan lupa menitipkan beberapa ayat kat pasir tu.Bila ombak tu datang, catatan itu akan hilang,Bila hilang aku tulis lagi...Segala perasaan yang terpendam semuanya aku curah kat pasir tu...Kini dah ada bloq sendiri...pasir tidak kutinggalkan tetapi kerana bloq ada,curah kat bloq jelah..tetapi sesekali ke pantai pasti tangan tetap akan menari-nari menuliskan bait kata..Anak pantailah katakan.
Kau Tetap Abadi
Waktu yang berlalu........
Meninggalkan banyak memori
Cerita kita
Menjadi kenangan kini
Telah pun kusimpan
Dalam ingatan ini.
Segar di sudut hati
Kerana apa yang terjadi
Seperti mimpi-mimpi
Datang dan pergi
Suka duka kita silih berganti
Kita harungi dengan berani
Keranamu teman...
Tak terupaya untuk kutinggalkan
Walau memori baru sentiasa bertandang...
Kerana Memori bersamamu....
Abadi di hati...
Aktiviti Hari Ini
Aktiviti hari nie..pepagi sibuk dah buat kraftangan dengan kelas PKBP 2.Buat alat muzik maracas .Tak boleh nak tunjuk lagi.Minggu depan baru boleh tunjuk kat sini.Yang paling buat aku sibuk duk melayan murid-murid kelas perdana yang buat hal.Banyak jugak surat-surat pertuduhan perlu ditaip untuk mereka.Budak nie satu,dahlah tak pandai dan miskin lak tu,tapi miskin jugak budi pekerti...terharu aku ingat kesusahan mak bapak mereka tapi anak tak menghargainya..bila aku kenangkan sememangnya aku bertuah kerana Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh cabaran kemiskinan...Disamping tu jugak perlu kemaskinikan bloq PKBP jugak..Semua guru sibuk sekarang nie kerana persediaan pameran pendidikan antarabangsa di Kuching ,nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)