Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 10 April 2010

Teks Ucapan Pengacara Majlis Festival Nasyid Sekolah-sekolah Bahagian Kuching,2010

Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assamualaikum mulanya kata
Awal bismillah  pembuka bicara. 


Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu ilahi.


Salutation
Yang berusaha barisan hakim yang adil lagi bijaksana,
Yang dihormati.guru-guru pengiring,guru-guru,para peserta kumpulan nasyid serta para pelajar yang dikasihi sekalian....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat Ilahi,kerana dengan limpah izinnya ,dapat kita bersama-sama berkumpul di Auditorium ini bagi menyaksikan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching,2010.

Taklimat Ketua Juri

Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias cantik pandangan
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput juri berikan penerangan. 

Bagi memulakan majlis,dengan sukacitanya,menjemput ..........................................................selaku ketua juri,untuk memberikan taklimat pemarkahan pertandingan nasyid pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada...................................................atas penerangan itu tadi.

Barisan Juri

Sebelum kita menyaksikan pertandingan nasyid,izinkan saya memperkenalkan barisan hakim yang akan mengendalikan pertandingan nasyid kita pada hari ini.
Memperkenalkan...
1.............................................................Selaku ketua juri,dari.................................seterusnya
2...............................................................
3................................................................
4...................................................................
5................................................................
6..................................................................
7...................................................................
8...................................................................


Sekolah-sekolah Yang Bertanding

Untuk makluman hadirin sekalian,pertandingan nasyid pada kali ini disertai oleh sepuluh sekolah rendah dan enam buah sekolah menengah.Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah:
  1. SK St.Teresa
  2. SK Lumba Kuda
  3. SK Gersik
  4. SK Saramariang
  5. SK Tan Sri Datuk Haji Mohammad
  6. SK Stapok
  7. SK Lebai Mentali
  8. SK Bau
  9. SK Stoh 
  10. SK Buso
  11. SMK Tun Abang Haji Openg
  12. SMK Seni,Kuching
  13. Kolej Patinggi Abang Haji Abdillah
  14. SMK Tunku Abdul Rahman
  15. SMK Siburan 
 dan
   16.SMK Lundu

Pertandingan Bermula

Siti Wan Kembang perintah kelantan
Nama termasyur zaman dahulu kala
Saat yang dinanti telahpun datang
Pertandingan nasyid akan bermula.

Para hadirin sekalian,
Kumpulan Pertama

Kini tibalah masanya,majlis menjemput Kumpulan ...............................................yang akan menyampaikan lagu pertama berjudul.............................dan lagu kedua.........................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dari kumpulan ............................................................dari ..................................................

Kumpulan Kedua.

Kita beralih pula kepada kumpulan kedua..dipersilakan.Kumpulan ini mengelar kumpulan mereka dengan nama.......................................akan membawakan lagu pertama berjudul..............................................dan lagu kedua.............................................................Dipersilakan.

Demikian tadi persembahan dari kumpulan...............................................yang berasal dari .........................................

Kumpulan Ketiga.
Seterusnya dijemput kumpulan ketiga yang menamakan kumpulan mereka .........................................membawa kan dua buah lagu.Lagu pertama berjudul.....................................dan lagu kedua............................Dipersilakan.

Terima kasih..Kumpulan.............................merupakan pelajar dari sekolah.............................................

Kumpulan Keempat
Kita beralih kepada kumpulan keempat dengan nama kumpulan..........................................akan membawakan lagu pertama berjudul................................dan lagu kedua pula................................Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan....................................Merupakan pelajar-pelajar dari sekolah...............................................Terima kasih diucapkan.


..Kumpulan Kelima


Kita sampai sekarang ,kepada kumpulan kelima .Dipersilakan kumpulan.........................................yang akan mendendangkan dua buah lagu berjudul ........................................................dan..........................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Demikianlah tadi persembahan pelajar dari sekolah....................................................
Kumpulan Keenam

Seterusnya kita beralih kepada kumpulan keenam.Dijemput kumpulan........................................yang akan menyampaikan dua buah lagu berjudul......................................................dan...........................................
Sama-samalah kita saksikan persembahan kumpulan.........................................Dipersilakan.


Sidang hadirin sekalian,
Nampaknya kumpulan yang bertanding pada kali ini semuanya hebat-hebat belaka .Pastinya barisan panel hakim pening kepala untuk mencari pemenang.
Bagi mengurangkan rasa pening,apa kata majlis berehat seketika dan majlis akan bersambung pada pukul......................Dijemput barisan juri menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan di bilik.......................

Alhamdulillah kita akan menyambung kembali pertandingan nasyid pada pagi ini.

Kumpulan Ketujuh.

Majlis menjemput kumpulan seterusnya iaitu kumpulan................................yang akan menyampaikan lagu pertama berjudul.........................................dan lagu kedua................................
Dengan itu.dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dari kumpulan ........................................merupakan pelajar-pelajar dari sekolah..............................Terima kasih diucapkan.

Kumpulan Kelapan

Kini kita menjemput pula kumpulan kelapan.Mengelarkan kumpulan mereka dengan nama ..............................Akan mendendangkan dua buah lagu .Lagu pertama berjudul.................................dan lagu kedua.....................................................Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan.................................Untuk makluman para hadirin ,kumpulan.....................itu tadi adalah pelajar-pelajar dari sekolah......................................Terima kasih diucapkan..

Kumpulan Sembilan.
Hadirin dan hadirat sekalian....marilah pula kita saksikan persembahan nasyid dari kumpulan...............................Mereka akan menyampaikan lagu ........................................................dan.................................................................
Terima kasih diucapkan.Kumpulan,........................................tadi adalah dari sekolah...................................

Kumpulan Sepuluh.
Kita beralih kepada kumpulan kesepuluh dengan nama kumpulan..........................................akan membawakan lagu pertama berjudul................................dan lagu kedua pula................................Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan....................................Merupakan pelajar-pelajar dari sekolah...............................................Terima kasih diucapkan.
Kumpulan Kesebelas


Kita sampai sekarang ,kepada kumpulan kesebelas .Dipersilakan kumpulan.........................................yang akan mendendangkan dua buah lagu berjudul ........................................................dan..........................................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Demikianlah tadi persembahan pelajar dari sekolah....................................................

Kumpulan Kedua belas
Majlis diteruskan lagi dengan alunan persembahan kumpulan keduabelas.............................yang menamakan kumpulan nasyid mereka sebagai......................................Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Begitulah persembahan bertenaga daripada kumpulan.......................................................

Kumpulan Ketiga belas

Seterusnya kita akan dihiburkan dengan alunan nasyid kumpulan.........................................yang akan membawakan dua buah lagu berjudul.....................................dan lagu kedua........................................
Majlis dengan ini mempersilakan.

Kumpulan Keempat belas.
Begitulah keasyikannya,hasil persembahan kumpulan................................Merupakan pelajar-pelajar dari sekolah......................................Terima kasih diucapkan.Persembahan berikutnya adalah persembahan daripada kumpulan keempat belas pada hari ini yang menamakan kumpulan mereka sebagai.................................yang akan membawakan dua buah lagu berjudul.....................................dan lagu kedua...................................................Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada kumpulan........................................dari sekolah.............................................

Kumpulan Kelima belas

Hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis seterusnya berbesar hati menjemput kumpulan kelima belas untuk mempamerkan persembahan nasyid mereka.Mengelarkan kumpulan mereka dengan nama...............................................................yang akan membawakan dua buah lagu yang berjudul.................................................................dan......................................................


Kumpulan Keenam Belas

Kini tibalah masanya majlis menjemput kumpulan terakhir iaitu kumpulan.......................................Dengan lagu.................................................dan................................................Hadirin sekalian terimalah persembahan daripada kumpulan.....................................................

Demikian tadi persembahan terakhir Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah Kuching,2010.

Sidang hadirin sekalian,kita akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada barisan juri bagi pengiraan markah.

Selamat Pagi Semua

Good Morning

Aktiviti Hari Ini

Have a colorful SaturdayAku harap sangat hari yang akan aku lalui ini penuh dengan kegembiraan...tapi mengapa ekk rasa sunyi je dalam hati ni...
  • Aktiviti hari ini.
  1. Hari ini terpaksa pergi  sekolah sebab kena ganti...Tapi semangat tak adalah ...kenapa ekk..Malasnya aku nak mengajar hari ini...
  2. Nak jupe dengan Cikgu Saiee bincang pasal teks ucapan yang aku buat nie...tapi lega bila fikir benda nie dah siap.
  3. Nak tengok fail-fail disiplin yang berlambak tu..Hari Isnin tunggulah apa reaksi nazir pasal disiplin aku nie..harap-harap ok le.Jangan banyak teguran dahlah.
  4. Rekod pengajaran harian dari isnin lagi belum buat ni..kenalah ngadap laptop hari ini jugak.Kesibukan dengan emcee bola baling buat banyak kerja aku tertunggak....
  5. Teks untuk perhimpunan mingguan pun belum buat lagi ni...isk yang mana satu aku nak mula dulu...Ya Allah permudahkanlah urusanku ini...Amin...
Yang Pasti Mesti "senyum sokmo"





Smile, Be Mine

Maaf Kerana Kesibukanku

I am Sorry...Sejak dua menjak nie..busy dengan ta
nggungjawab kat sekolah..terpaksa le lupakan seketika bloq kesayangan ni..walaupun hati meronta-ronta nak menulis,meluahkan apa yang terpendam..Maaf pada teman-teman yang sentiasa ada di sisi walaupun jauh dari pandangan mata terpaksa melupakan kalian buat seketika....Tapi rindu tetap ada tau..


Waking up without you...
Percayalah deh....teman bagi diri ini amat berharga dan bermakna........sepi dan kosong je rasa.
Thinking of You

Harap Baby Akil Cepat Sembuh

Get Well Soon Graphic #42Buat anak sedara Cekda yang bongsu....semoga cepat pulih dari penyakit kuning...Rindu  nak peluk baby Akil...Tak sabar Cekda nak tengok anak sedara Cekda yang comel nie...Peluk cium dari Cekda..Muahh..

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Nasyid



TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
BAHAGIAN KUCHING  TAHUN 2010.
13 April 2010.

Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

 Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak.

Yang Berhormat Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Adun Semariang .

Yang Berhormat.  Hj Fadillah Bin Hj Yusuf ……………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………
Yang Berbahagia . En Beduie Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching.

Yang Berusaha, En Ramli bin Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru merangkap pengerusi pengelola Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Kuching, 2010.

Yang dihormati pengetua-pengetua ,guru besar-guru besar,guru –guru,tuan-tuan-puan-puan serta para peserta pertandingan nasyid sekalian.

Hadirin dan Hadirat sekalian,
Salam bahagia,salam hormat,salam sejahtera dan diucapkan selamat datang ke Auditorium Pusat Pelancongan Sarawak, untuk acara kemuncak Majlis Penutupan Rasmi Festival Nasyid Peringkat Bahagian ,Kuching.

Untuk makluman hadirin,Pertadingan Nasyid sekolah-sekolah peringkat bahagian Kuching 2010 telah dimulakan pada pagi tadi dan baru sahaja berakhir .Sebanyak 6 penyertaan dari peringkat menengah dan 10 penyertaan dari peringkat rendah.



Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.


Nyayian Lagu Negaraku



Hadirin dan hadirat  sekalian,

Bagi menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia,marilah sama-sama dengan penuh semangat menyanyikan lagu kebangsaan ,Lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan atas nyayian Lagu Negaraku itu tadi.

BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis,  marilah sama-sama  menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Abdul Majid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Abdul Majid atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID.
Hadirin dan Hadirat sekalian,

Negeri Sarawak aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan atucara pertama,

Majlis dengan ini mempersilakan yang berbahagia .En Beduie Bin Uney .Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,merangkap pengerusi induk Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Bahagian Kuching 2010, untuk menyampaikan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Bin Uney ,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,atas ucapan sebentar tadi.


UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN.

Cempaka sari warisan sejati
Menjadi kebanggaan seisi negeri
Ucapan perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari.

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian.
Seterusnya mjlis menjemput Yang Berbahagia En Beduie Uney Pegawai Pelajaran Daerah Kuching untuk mempersilakan Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Bahagian Kuching 2010.
Majlis mempersilakan…..

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berhormat ,Datuk Hj Daud Abdul Rahman ucapan dan perasmian itu tadi.

Ucapan tuan menyerikan majlis
Warga pendidik tampak ceria
Kesudian Tuan merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira.

Kain pelikat panjang sembilan
Tersusun corak cantik warnanya,
Tuan pemimpin disegani watan
Kami menumpang sinar cahayanya.


ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI FESTIVAL NASYID.

Hadirin sekalian


Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan ……………………………………………………………………selaku ketua jemaah hakim untuk memberikan ulasan dan seterusnya mengumumkan keputusan rasmi pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Bahagian Kuching .Majlis dengan ini mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………………………………..







MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH.

Hadirin dan hadirat sekalian…

Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan penyampaian sijil dan hadiah kepada yang terbaik antara yang baik. Sebelum itu,majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha En Beduie Bin Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuchingbagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang.

1-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri..

Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri.

Dipersilakan…………………………………………………..Selaku Ketua Jemaah Hakim.

Seterusnya………………………………………………………………………………….

Dan……………………………………………………………………………….

2- Sijil Penyertaan untuk sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.


Di persilakan guru pengiring
1-Sk St. Teresa
2-Sk Lumba Kuda
3-SK Gersik
4-Sk Semariang
5-SK Tan Sri Datuk Haji Mohammad
6-SK Stapok
7-SK Stoh
8-SK Lebai Mentali
9-SK Bau
10-SK Buso

11-SMK Tun Abang Haji Openg
12-Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
13-SMK Seni,Kuching
14-SMK Tunku Abdul Rahman
15-SMK Siburan
Dan
16-SMK Lundu.









Seterusnya di jemput pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Rendah.

Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari SK……………………………………………………………….

Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari……………………………………………………
Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah rendah iaitu kumpulan…………………………………………………………..dari……………………………………


Seterusnya dijemput pula pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Menengah .

Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari ……………………………………………………………….

Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari……………………………………………………
Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah menengah iaitu kumpulan…………………………………………………………..dari……………………………………
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada sekolah –sekolah yang mengambil bahagian .Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk.Mohon Yang Berbahagia Datuk untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan En Bedui Bin Uney untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Datuk.Majlis mempersilakan….

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Uney atas penyampaiann cenderamata itu tadi.


PERSEMBAHAN SEKOLAH RENDAH

Para hadirin yang dihormati,
Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara bagi menyaksikan yang terbaik antara yang baik ,yang terhebat di antara yang hebat.Justeru itu,sama-samalah kita saksikan persembahan dari johan pertandingan nasyid kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.

Tuan-tuan dan puan-puan terimalah kumpulan…………………………….dari SK………………………untuk membuat persembahan. Dipersilakan.


Demikianlah tadi persembahan dari Johan pertandingan nasyid sekolah –sekolah rendah bahagian Kuching.



PERSEMBAHAN SEKOLAH MENENGAH

Hadirin yang dihotmati sekalian,

Seterusnya kita saksikan pula persembahan dari Johan pertandingan nastid peringkat menengah.Dipersilaka Kumpulan…………………………………………….dari …
…………………………………………..untuk membuat persembahan.


Demikianlah tadi persembahan dari Johan Pertandingan Nasyid kategori Menengah Sekolah-sekolah bahagian Kuching.

Lagu Ibu Pertiwiku



Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini,  mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

 Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman,Menteri Muda Hal Ehwal Islam Di Pejabat Ketua Menteri,serta Yang Berhormat –Yang Berhormat,Tuan-tuan,Puan-puan hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.

Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.

Dengan berakhirnya nyanyian Ibu Pertiwiku itu tadi maka berakhir sudah majlis kita.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Bedui Bin Uney untuk mengiringi  Yang Berhormat Datuk ,Yang Berhormat-Yang Berhormat,Dif-dif jemputan untuk ke dewan bagi menikmati sedikit hidangan.



Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.