Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 13 September 2013

Berusahalah

 
Perahu sudah dimiliki 
carilah dayungnya jika nak sampai ke destinasi
itulah ibaratnya
bagi kehidupan kita yang punya cita-cita
kemudahan sudah di depan mata
hanya perlu akal untuk mencari jalan
bagaimana cita-cita itu dapat kita capai
justeru memasang cita-cita
tanpa usaha
ibarat menanti bulan yang tak gugur ke bumi..
Pada kalian yang bernama pelajar..
usahalah selagi ada daya
dan seiring dengan takwa kepada Nya.
InsyaAllah kejayaan milik kalian..
destinasi kecemerlangan diri akan pasti kamu takhluki.. 

-Anak Pantai-

11 /12 September Ada duka ada Bahagia

Alhamdulillah masih diberi kesempatan umur yang panjang hingga kini.Semoga Allah memberkati usia ini dan sentiasa mendapat limpah rahmat dariNya...Pada suami dan anak-anak terima kasih atas pemberian itu..dan terima kasih juga kerana hingga kini masih menyayangi saya.Selamat Ulang Tahun perkahwinan kita yang ke-15..pada 11 september 2013 lalu.maaaf hingga kini masih belum berkesempatan membelikan hadiah buat En Abang..
Pada Alif,tahniah kerana selamat menduduki peperiksaan UPSR.pastinya keputusannya nanti kita tunggu dengan debaran.Doa mak semoga sinar kecemerlangan itu milik kita.Pada Alya...tahun depan lebih mencabar..berusahalah selagi termampu..
Terima kasih juga pada pengetua,rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan diri ini.ingatan kalian amat diri ini hargai..

Semalam..segala yang terancang berjalan dengan sempurna..yang penting dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.Terima kasih pada rombongan PPKI SMK Changkat Lada,Perak yang memilih PPKI SMK Demak Baru sebagai salah satu destinasi kunjungan ketika di bumi kenyalang ini.Maafkan saya andai taklimat yang saya sampaikan mungkin tidak sepenuhnya..doa saya semoga PPKI SMK Changkat Lada iuga sentiasa cemerlang dalam kemenjadian murid PPKI ini.

Tanggungjawab mengadakan pameran bersama Arkid Negara juga berjalan lancar.Banyak yang diri ini dapat ketika bersama dengan pegawai-pegawai mereka.
Semoga Arkid Negara cawangan Kuching ini akan terus memberikan kerjasama kepada SMK Demak Baru ini..