Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 28 Mac 2021

Teks Pengacara Majlis Sejambak Kasih ,Sekalung Budi

 

TEKS PENGACARA MAJLIS SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI

untuk meraikan kenaikan pangkat

En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid.

 

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Yang Berusaha, Tuan Haji Hishammuddin bin Siraj , Pengetua SMK  Kampong Jawa,

Yang diraikan En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa.

Yang dihormati ,Puan Anita binti Mad Idris ,YDP PIBG SMK Kampong Jawa,wakil PIBG.

Yang Berusaha  Puan Hajah Norshidah bt Mohd Saad PK Kanan Pentadbiran.,

Yang Berusaha,  Tuan Haji Muzikir bin Muhammad,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hong Li,Penolong Kanan ko kurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa ,

Yang dihormati,  Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran  ,rakan-rakan guru dan staf sokongan  SMKKJ  yang dirahmati ALLAH sekalian,

                                                                                      

Selamat Datang ke MAJLIS SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI

untuk meraikan

”Perpisahan sempena Pertukaran kenaikan pangkat  Yang berusaha ” En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa ke SMK Tinggi Klang sebagai penolong Kanan Kokurikulum .

 

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

 

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En Kamal

 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

 

Terima kasih diucapkan kepada En. Kamal atas bacaan doa itu tadi.

 

 

 

 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

 

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan

Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

 

 

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.Tibalah kita ke majlis ucapan.

.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada yang dihormati Puan Khatija Bee binti Hamzah Wakil Guru Petang,untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang  Yang dihormati Puan Khatija Bee binti hamzah di atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha, Tuan Haji Hishammuddin bin Siraj , Pengetua SMK Jalan Kampong Jawa  untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

 

Terima kasih diucapkan kepada yang Yang Berusaha, Tuan Haji Hishammuddin bin Siraj , Pengetua SMK Jalan Kampong Jawa  atas ucapan itu tadi.

 

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang diraikan En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

 

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang diraikan En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jaw atas ucapan itu tadi.

 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

 

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan  En. Amir Saifuddin Bin Abd. Majid,Mantan Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa.

 

Seterusnya kita saksikan pula persembahan multimedia buat titipan yang diraikan En Amir.

Demikian lah tadi persembahan multimedia buat kami warga SMMKKJ

 

 

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan  Encik Amir untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 

 

 

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

 

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan

 

Tuai padi antara nampak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

 

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan En Amir kerana sudi bersama kita pada pagi  ini dan kami semua mendoakan agar Encik amir . ceria di tempat baru.

 

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

 

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

 

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.