Semoga Azib membesar dengan baik,menjadi anak yang Soleh, cemerlang dalam kehidupan.Besar dah anak bongsu mak.Maaf kalau mak tidak cukup memberikan kasih sayang buat Azib.

Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.